oleh Patrick O. Strickland ,artikel asal muncul di Electronic Intifada pada 10 Mei 2013.
diterjemahkan oleh Awan Putih
Protes dari pihak berhaluan kanan Israel yang membakar bendera Palestin didepan Tel Aviv Universiti pada acara memperingati Hari Nakba pada tahun lepas.
Aktivis Palestin dan Yahudi akan bersama-sama untuk memperingati pembersihan etnik yang membawa kepada penubuhan Israel dalam satu majlis di Universiti Tel Aviv awal minggu depan.
Ini akan menjadi tahun kedua dimana para pelajar akan memperingati Nakba – bahasa Arab untuk malapetaka, nama yang diberikan kepada hari kekejaman kuasa-kuasa Zionis pada tahun 1948.
Para pelajar akan mendeklamasikan puisi, termasuklah karya-karya penyajak Palestin, Mahmoud Darwish, dan seorang pelarian dari Tantura, sebuah kampung Palestin yang dimusnahkan oleh militia Zionis pada Mei 1948, akan menyampaikan kisahnya kepada para audiens.
“Nakba berlangsung sehingga hari ini”
Pelajar-pelajar Palestin yang menyampaikan kisah-kisah keluarga mereka “akan menekankan pengertian disebalik Nakba yang masih berlangsung sehingga kini,’ kata Noa Levy, seorang pelajar graduan dan seorang penganjur. “Samada ianya saudara-saudara dalam kem-kem pelarian yang tidak dapat berjumpa dengan mereka, situasi ekonomi dalam pekan-pekan dan kampung-kampung yang kebanyakannya didiami oleh pelarian, ataupun usaha bersama untuk hak dan pengiktirafan di Israel.”
“Acara kami ini unik [kerana] ianya sangat umum [di] ruang utama di kampus,” kata salah seorang penganjur, pelajar Dan Walfish.
Pembacaan akan dibuat dalam kedua-dua bahasa Hebrew dan Arab, Walfish berkata, “ untuk menunjukkan bahawa Nakba bukan sahaja isu Palestin, tetapi juga sebuah subjek yang perlu diketahui dan diperingati oleh Yahudi Israel sekali.”
“Ianya bukan sebuah demonstrasi,” tegas Walfish, menekankan bahawa acara itu “non-partisan dan terbuka kepada semua.”
Walaupun diskusi awam mengenai Nakba dalam Israel hari ini telah pun ditekankan sebelum-sebelumnya, Walfish berkata para organizer “tidak tahu tekanan jenis apa yang elemen-elemen politik akan paksa terhadap universiti itu [tahun ini].”
Porak-peranda
“Tanpa memahami naratif dari pihak Palestin
untuk tahun 1948, anda tidak dapat memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Palestin pada hari ini, dan tidak dapat memahami apa
isu-isu yang wujud di antara negara ini dan rakyat Arabnya,” kata Salah Mohsen
dari Adalah, sebuah Pusat Legal untuk Hak Arab Minoriti di Israel.
Peringatan Nakba pada tahun 2012 di kampus,
yang mengumpul sekurang-kurangnya seramai 500 pelajar Palestin dan Yahudi
Israel di Universiti Tel Aviv, serta beberapa orang professor, telah menghasilkan porak peranda dalam dunia politik dan media Israel.
Kerana
ditakuti akan menyalahi Undang-Undang Nakba – sebuah undang-undang
diskriminatori yang mengugut untuk menarik kembali pembiayaan kepada mana-mana
organisasi yang memperingati ulang tahun penubuhan Negara Israel sebagai sebuah
"hari untuk berkabung” – pihak universiti telah meminta pihak penganjur untuk
menanggung sendiri bayaran sekuriti bagi acara tersebut serta mengharamkan penggunaan
pembesar suara.
Acara
memperingati yang sama turut dibatalkan di lain-lain tempat di Israel,
termasuklah satu yang dirancang di Universiti Haifa.
Pukulan besar kepada Israel
Seminggu
sebelum acara memperingati pada tahun 2012, Gideon Saar, mantan menteri
pendidikan di Israel, memberi tekanan kepada Universiti Tel Aviv untuk
menghalang acara tersebut dari terus berlangsung. Alex Miller, salah seorang
ahli kabinet Israel, Knesset, berkata. “ Ianya amat memalukan bagi sebuah acara sebegitu
untuk diadakan di tempat umum, ianya merupakan cabaran yang langsung kepada simbol-simbol negara dan kedaulatannya” (dalam artikel berita Haaretz, 13 Mei 2012)
Majlis
peringatan itu menarik beberapa kaunter-protes, termasuklah ahli-ahli Knesset
dan aktivis dari Im Tirtzu, sebuah kumpulan politik yang berhaluan ekstrem kanan.
Pelajar dari Im Tirtzu dikatakan telah
berhadapan dengan pelajar-pelajar Palestin di universiti tersebut yang sedang
membuat protes kepada serangan Israel ke atas Gaza pada November lepas, sambil
melaungkan slogan-slogan yang berunsur perkauman, termasuklah “Kematian keatas Orang-Orang
Arab.”
Walaupun
mengakui bahawa pihak Universiti Tel Aviv telah pun “menyokong hak untuk
mengadakan acara tersebut,” Noa Levy berkata bahawa pihak keselamatan universiti telah
meminta bahawa para pelajar untuk menukar nama acara tersebut dari “majlis” kepada “protes”
atau “perhimpunan” – “seakan-akan pihak Zionist mempunyai monopoli terhadap apa
yang boleh ditafsirkan sebagai majlis atau tidak. Kami masih lagi
berjuang terhadap permintaan ini.”
Ancaman
Pihak
penganjur menjangkakan bahwa tekanan akan membatalkan atau melembutkan tona
majlis tersebut.
“Kami
masih lagi mahu melangsungkan majlis ini walaupun menerima ancaman dari
parti-parti yang berhaluan ekstrem kanan dan juga cubaan pihak keselamatan universiti
untuk menghalang kami, samaada secara spesifik memberitahu kami untuk menukar
nama acara ini ataupun dengan meletakkan halangan-halangan birokratik untuk
melambat-lambatkan persetujan akhir.” Kata Ruba Salem, salah seorang ahli sayap
pelajar kepada Hadash, sebuah parti politik berhaluan kiri di Israel.
Salem
berkata bahawa pada tahun 2012, pihak penganjur dan aktivis-aktivis diserang di
Facebook dan laman media sosial yang lain pada hari-hari sebelum majlis
tersebut. Beberapa pelajar turut menerima “ancaman dan kata-kata kebencian(hate speech)” dari mereka
yang menentang acara ini,” jelasnya lagi.
Pada
acara tahun 2012, beberapa orang yang mengikut kaunter-protes telah menyerang
majlis tersebut. “Beberapa ahli kaunter-protes telah mencerobohi halangan
sekuriti, dan tanpa reaksi dari pihak polis, mengoyakkan papan-papan tanda
kami, serta turut menggunakan kata-kata kesat terhadap kami,” tambah Salem.
Sebuah video insiden tersebut– yang telah diambil oleh wartawan ini – boleh ditonton di Youtube.
Rula
Khalaily, seorang pelajar di Universiti Tel Aviv, memberitahu Electronic
Intifada bahawa aktivis-aktivis Im Tirtzu mengemelnya sebelum acara 2012 itu
berlaku. Emel itu mengatakan bahawa dia dan pihak penganjur akan “menerima
balasan.”
Beberapa
minggu kemudian, Khalaily dan tiga orang lagi aktivis utama telah diugut
melalui sebuah surat yang diberikan kepada dekan Universiti Tel Aviv, yang
mengenakan sumpahan terhadap pelajar-pelajar tersebut dan memberikan nombor-nombor kad
pengenalan mereka. Surat tersebut mendakwa bahawa para aktivis merupakan “pembawa kepada ancaman Nakba” dan “sumpahan” tersebut dibuat kerana “ancaman terhadap
Zionis”.
Setelah dinasihati oleh dekan universiti tersebut, para pelajar menarik balik keputusan mereka untuk memberitahu kepada pihak umum mengenai surat berkenaan pada tahun
lepas. “Ianya merupakan sebuah risiko; mana-mana fundamentalis mungkin boleh
mengambilnya sebagai sebuah mesej untuk membunuh kami.” Khalaily menambah.
Sejarah
Memulakan tradisi memperingati hari Nakba di universiti-universiti
di Israel merupakan salah sebuah gerakan meluas yang berkaitan dengan hak untuk
menceritakan sejarah. “Mesej utama ialah untuk membincangkan mengenai hari Nakba sebagai hari
berkabung untuk masyarakat Palestin,” kata Khalaily, ”dan untuk memberitahu
kerajaan Israel bahawa mereka tidak akan dapat menghalang kami dari bercakap
mengenai sejarah kami.”
Pihak penganjur turut menekankan kepentingan perkongsian dan penyertaan bersama oleh orang Yahudi dan Palestin dalam memperingati hari Nakba. “Kami mahu berkongsi kesengsaraan hari Nakba, secara terbuka dan bersama, dan
memulakan satu diskusi awam mengenai Nakba, [yang] masih berlangsung dengan
menghalang kedatangan kembali pelarian-pelarian Palestin, dengan merampas
tanah-tanah orang Palestin, dan menghalang hak kesamarataan kepada orang-orang
Palestin,” kata Walfish.
“Diskusi ini perlu
bermula dari sebuah tempat yang ada kemanusiaan, hak manusia, memori dan kesengsaraan,”
kata Walfish. “Kami rasa membetulkan jenayah-jenayah yang telah dilakukan pada
tahun 1948 amatlah penting untuk masa depan yang lebih baik yang akan
dikongsikan bersama oleh orang-orang Yahudi dan Palestin.”
Patrick O.Strickland merupakan seorang wartawan bebas dan
karya beliau telah muncul di Aljazeera English, Al Akhbar English, Electronic
Intifada, Middle East Monitor, Palestine Monitor dan lain-lain. Ikuti beliau di
Twitter @pstrickland.
No comments:
Post a Comment