My story of growing up in a polygamous sect, becoming a teenage bride,
and breaking free of Warren Jeffs.
(Elissa Wall)
|
Buku ini merupakan autobiografi, yang ditulis sendiri oleh Elissa Wall. Wall merupakan bekas ahli dalam salah satu kumpulan agama tertutup (mazhab) di Amerika. Kumpulan yang diberi nama Fundamentalist Church of Jesus Christ of Latter Day Saints (atau singkatannya ialah FLDS) ini merupakan cabang daripada salah sebuah lagi kumpulan yang mengamalkan agama ortodoks di Amerika. Bezanya ialah, FLDS mengamalkan plural marriage ataupun poligami. Seperti yang kita sedia maklum, di Amerika, adalah satu kesalahan besar bagi seseorang suami beristeri lebih daripada satu kerana dasar Amerika yang mengamalkan perkahwinan monogami. Malahan, jika disabitkan kesalahan, boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang berat.
Kembali pada cerita asal, buku ni menceritakan kembali kisah hidup si penulis (ketika masih menjadi ahli FLDS), bagaimana kehidupan mereka yang terasing daripada orang lain (ahli kumpulan ini mengamalkan poligami, dan lagi banyak isteri, lagi terhormat dan tinggi darjat seseorang suami itu dalam kaca mata ahli kumpulan) dan yang lebih menarik, bagaimana kehidupannya ketika terpaksa bergelar sebagai seorang isteri ketika hanya berumur 14 tahun.
Itulah sinopsis ringkas yang dapat penulis catatkan mengenai buku ni. Kalau difikirkan kembali, tajuk poligami ni memang agak taboo untuk disentuh. Terutamanya bagi mereka yang bukan beragama Islam dan memegang cara hidup Barat. Tidak berniat untuk mencetus kontroversi, tapi sekadar berkongsi pandangan.
Sebagai seorang wanita, siapa yang rela intuk dimadukan? Terus-terang, sudah menjadi fitrah manusia tidak suka untuk berkongsi, apatah lagi berkongsi kasih. Tetapi, sudah termaktub dalam Al-Quran (An-Nisa': ayat 4) bahawa perkara ini dibenarkan. Dan penulis percaya, setiap perintah yang Allah turunkan itu mempunyai hikmah tertentu. Yang hairannya, mengapa masih terdapat segelintir wanita Islam yang terang-terangan menolak poligami? Takut suami tidak berlaku adil? Mungkin. Cemburu pada isteri muda? Agaknya. Namun, apakah sebab kukuh atau alasan konkrit golongan yang menolak poligami?
Terus-terang, penulis sebenarnya selalu menimbulkan persoalan-persoalan seperti ini. Puncanya? Penulis nak sangat tahu mengapa manusia sering mencari alasan untuk menidakkan yang batil itu, sehingga kadang-kadang mengeluarkan kata-kata yang boleh memesongkan akidah. Nauzubillah... Bagi penulis, mesti ada hikmah yang tersembunyi mengapa Allah membenarkan seseorang lelaki itu untuk mempunyai isteri lebih daripada seorang. Dan yang paling penting, kebenaran yang Allah berikan ini bukanlah untuk disalah-guna oleh si lelaki bermata keranjang. Sudah banyak cerita yang penulis dengar mengenai poligami, dan kebanyakannya memaparkan kisah yang negatif. Sebabnya? Si isteri tua bergaduh dengan isteri muda. Sang suami membohongi isteri yang dirinya sudah dimadukan sehingga bertahun-tahun. Banyak lagilah. Pelik kan? Takkanlah perintah yang Allah turunkan itu adalah untuk membebani hambanya? Wallahualam...
Bagi penulis, apa yang paling utama adalah dari segi niat dan perlaksanaan yang mengikut syariat. Jangan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran waktu nak bernikah lagi sekali je, tapi cara hidup masih lagi terikut-ikut budaya Barat. Insyaallah, sekiranya niat si suami untuk mengahwini wanita lain itu adalah semata-mata kerana Allah, dan cara pembahagian yang adil mengikut syarak, serta cara hidup yang mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam, tidak akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini...jangan sampai anak-anak jadi mangsa sudahlah...
Nota kaki: catatan ini merupakan pandangan peribadi penulis.
No comments:
Post a Comment