Oleh: Zulqarnain
Masih basah kenangan indahZaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisiPara sahabat mentadbir bumi
laksana api yang menyala
Zaman nubuwwah era khulafa’Islam
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan
Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah tho’ifah
Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam
Ayuhlah para mujahidAyuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimah AllahAgar terbangun
Dunia Baru Islam !
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam.Selawat serta salam buat junjungan Rasulullah SAW,keluarga,para sahabat dan sesiapa sahaja yang terus menerus mematuhi perintah Allah swt serta mengikut risalah-risalah baginda hingga ke akhir zaman,insyaAllah.Mata rantai ini kan tetap tersambung,jitu !
Bait-bait lagu Zikr-Dunia Baru Islam nyata mengalun penuh makna,menyuburkan kembali ingatan tentang hari-hari semalam yang telah lama kita tinggalkan.Kedengaran agak retorik,agak hiperbola di sini,seolah-olah kitalah Tariq bin Ziyad nya yang gagah perkasa,memimpin barisan pejuang Islam dengan semangat ‘menang ataupun syahid’ , menakluk Andalus ,ataupun kitalah Sultan Muhammad al-Fatih nya,’hero’ Istanbul yang memerintah Kota Constantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul.Namun,walau siapa pun kita,ber’bin’ dan ‘binti’ kan siapa,bumi mana kita berpijak sekali pun,beruntunglah bagi mereka yang dalam hatinya masih segar ingatan tentang hari-hari semalam di mana Islam berada di puncak kegemilangan,masih bermain-main lagak hebatnya panglima Islam menghunus pedang,menyusun atur strategi perang.Beruntunglah,bukan sahaja mereka,bahkan kita yang dalam hatinya memasang impian,mengirim doa terus ke langit ke 7,moga-moga hari semalam menjelang kembali seperti mana janji Rabbi di sebalik helaian Qur’ani.Jasad ini mungkin tidak berada dalam era 800 tahun yang lalu di mana Andalus indah dengan Islam sebagai tulang belakangnya,tidak juga dalam era 300 tahun yang lalu di mana Turki gah di mata dunia,tetapi tekunnya pembacaan demi pembacaan,gigihnya kajian demi kajian membuka mata hati,menyentuh hati nurani untuk terus mengimani setiap langkah bermakna pejuang Islam terdahulu.
Namun,tersemat seribu satu kisah akan jatuh bangun empayar- empayar hebat Islam itu.Andalus memang indah,dahulu dan sekarang.Indahnya Andalus dahulu kerna cahaya tauhid yang dibawa Islam itu sendiri ,namun indahnya ia sekarang sekadar menutup segala noda dan perbuatan keji yang pernah dilakukan ke atas umat Islam terdahulu.Pancuran air, tamadun yang dimegah-megahkan, lagu dan syair digubah untuk mengungkapkan keindahannya, dan keilmuan sains dan teknologinya sering menjadi bahan paparan media. Memang Andalus hebat.Tetapi ia bukanlah seindah yang digambarkan.Dalam menelusuri kisah kehebatan Andalus,muncul seorang Tariq bin Ziyad,tokoh yang muncul dari misteri sejarah,melakar kejayaan luar biasa menguasai Semenanjung Iberia dalam sekelip mata,bersama Musa bin Nusair,wakil khalifah di Afrika Utara.Akibat fitnah,mereka dipanggil pulang ke Damsyik lalu lenyap dalam misteri sejarah yang matinya tidak bernisan,hidupnya tiada catatan.Pilu.Pernah satu ketika,angkatan perang di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad seolah-olah lemah semangat lalu Tariq berkata “Wahai saudara-saudaraku,lautan ada di belakang kalian,musuh ada di depan kalian,ke manakah kalian mahu lari ?Demi Allah,apa yang kalian miliki hanya kejujuran dan kesabaran…” Melihat kembali lemahnya semangat barisan pejuang di bawah pimpinan Tariq sehingga mahu menyerah sebelum beraksi,teringat hadis sabda Rasulullah yang berbunyi :
“Seburuk-buruk sifat yang ada pada seorang lelaki ialah kedekut kerana takut miskin dan lari dari medan perjuangan.” [Abu Daud]
Sebagaimana lenyapnya Tariq bin Ziyad dalam misteri sejarah,begitu juga Sultan Muhammad al-Fatih apabila dibuang negeri dari Konstantinopel ke Pulau Saint Helena sehingga baginda mengehembuskan nafas yang terakhir,masih di tanah asing bukan di tanah tumpah darahnya.Pilu.Namun,jerih perjuangan mereka masih,akan dan selalu segar dalam lipatan sejarah,menjadi obor membakar semangat menjulang tinggi dalam sanubari ansarullah kini.”Allahu Akbar ! Allahu Akbar !” ,lalu membahana laungan keramat itu memenuhi segenap ruang angkasa Konstantinopel seakan-akan ingin runtuh langit kota itu.Ya !Sultan Muhammad al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng Byzantium.Maka bersemarak lagi dan lagi laungan takbir oleh barisan pejuang Islam sambil memasuki kota tersebut,lalu tanah Konstantinopel menjadi saksi pertumpahan darah juang yang mungkin setiap titisan menjadi saham buat mereka di negara abadi nanti.Tentara Uthmaniyyah akhirnya berhasil menembusi kota Konstantinopel melalui Pintu Edirne lalu berkibarlah bendera Daulah Uthmaniyyah di puncak kota bersejarah itu.Begitulah keindahan dan kegemilangan empayar-empayar Islam terus-menerus mewarnai sejarah ditambah dengan kalimah tauhid yang tertegak mensejahterakan sekelian alam.Namun harus selalu kita ingat bahawa hukum Allah adalah hukum yang paling sempurna dan tepat.
“Pedang itu tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh orang Muslim.Ia digunakan semata-mata dengan perasaan perikemanusiaan demi kepentingan umat yang lebih luas.”
[Sahih Muslim,III : m/s 938]
Walau bagaimanapun,langit tak selalunya cerah,mehnah dan tribulasi sentiasa menjengah lalu mengubah helaian sejarah yang dahulunya tersisip kemas dan indah.Konstantinopel buat julung-julung kali menjadi saksi pengkhianatan umat Muhammad saw sendiri yang selama ini berteduh di bawah lembayung rahmat Allah yang Esa,sanggup menggulingkan pemerintah kota itu,dan sejak itu,baginda digantikan dengan sultan-sultan boneka sehinggalah Revolusi Turki berlaku pada tahun 1924,didalangi oleh Mustafa Kamal Attarturk.Kisahnya sama di Al-Andalus iaitu di Valencia.Muslimah dilarang menutup muka,serban diharamkan dan mereka yang melanggar peraturan ini akan dihukum menjadi hamba di lading milik paderi.Tidak cukup dengan itu,pengkhianat-pengkhianat itu menghancur binasakan hamam (tempat mandi berwap di Turki) dengan alasan tidak mahu umat Islam mandi,biar kotor dan jijik.Selain itu,anak-anak yang lahir diperiksa dan jika dikhatan, keluarganya akan dihukum.
Betapa pentingnya rentetan perjalanan gemilangnya Islam dahulu sehingga sesiapa sahaja yang ke Turki mahupun Sepanyol,jika hanya berkejar mahu merakam gambar,berjalan di lorong-lorong kecil sambil membeli belah tanpa membuka mata hati ,amatlah rugi.Mungkin juga tanah yang suatu ketika dahulu pernah disimbahi darah para ansarullah terus mekar harum merentasi ruang dan masa,terus-menerus mentarbiyyah setiap jiwa yang singgah ke sana.Kembara Ustaz Hasrizal memberi jawapannya.
“Semasa saya bertugas di Ireland Utara dahulu, ramai juga daripada kalangan saudara baru Irish yang memeluk Islam, yang mendetikkan minat kepada Islam, adalah semasa mereka datang berkunjung ke Turki”.
“Budi bahasa orangnya!” kata seorang saudara baru.
“Kebersihannya” kata seorang yang lain.
“Azannya” beritahu seorang lagi.
Macam-macam.
Seolah-olah kembara mereka mampu mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya.Seperti firman Allah swt dalam surah al-Hajj :
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. [Al-Hajj 22:46]
Menelusuri setiap rentetan perjalanan dalam pahit manis kisah kehebatan Islam ini mampu membawa kita kepada Dia,Pencipta yang Agung.Kerna itu,yang dahulunya tak suka membaca lagikan tentang sejarah,kini helaian-helaian sejarah semalam yang dibelek-beleknya,yang tak suka menulis,kini rancak bercerita,yang kurang ‘berperasaan’ kini makin ekspresif dalam melontarkan idea.Semuanya kerana Dia.Alhamdulillah.Moga-moga perubahan demi perubahan membawa kita langkah demi langkah dekat dengan Dia yang Mencipta segala-galanya, mudah-mudahan mekar dan suburnya cinta dalam hati kita terhadap Allah yang satu itu berpanjangan,berkekalan merentas ruang dan masa dan moga-moga Islam kembali tertegak di segenap pelosok alam sebagaimana hebatnya ia pada masa yang lalu,moga sejarah itu berulang kembali.Moga-moga juga roh perjuangan mereka subur dalam sanubari kita,ansarullah.Mimpi kita mimpi menangnya Islam ! InsyaAllah !
Nabi Muhammad saw berkata : “Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan.” [Tarmizi dan Nasa’i]
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment