Wednesday, 10 July 2013

Lima Doa Sahih Ketika Ramadan Setiap Muslim Perlu Ketahui

(Alih bahasa oleh Awan Putih.Artikel asal dari Muslimmatters.org boleh didapati disini.)



Berikut merupakan lima Doa pada bulan Ramadan yang ringkas dan mudah dihafal yang saya ambil dari buku Adhkaar karangan Imam Nawawi. Saya pastikan yang doa-doa yang diambil ini hanyalah hadis-hadis yang sahih(gred Hasan atau lebih). Bawahnya pula anda akan mendapati doa tersebut dalam Arab, transliterasi, terjemahan dan beberapa komentar dimana yang perlu.



Apa yang perlu diucapkan kali pertama anda melihat anak bulan Ramadan

اللَّهمَّ أَهلَّهُ علينَا بالأمنِ والإيمانِ والسَّلامةِ والإسلامِ ربِّي وربُّكَ اللَّهُ
Transliterasi: Allahumma ahillahu alayna bil-amni wal-īmān was-salaamati wal-islam.  Rabbi wa rabbuka Allāh
 


Terjemahan : Ya Allah, jadikan ini sebuah permulaan yang penuh dengan aman dan keimanan, keamanan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah.

Komentar : Perhatikan bahawa doa ini di pasangkan dengan aman dan keimanan seolah-olah mereka sebuah pasangan kembar. Sememangnya, dalam bahasa Arab juga bunyi mereka seakan akan sama(Amn dan Emaan) kerana perkataan yang satu diambil dari yang satu lagi. Doa ini juga memasangkan keamanan dan Islam(Silm dan Islam) kerana disini juga yang perkataan yang satu itu diambil dari perkataan yang sebuah lagi. Pendeknya, dua konsep paling penting dalam agama kita (Islam dan iman) kedua-duanya diambil dari perkatan-perkataan yang membawa makna aman dalam bahasa Arab, Amn dan Silm. Kita mohon supaya Allah menjadikan Ramadan ini penuh dengan keamanan.



Apa yang perlu diucapkan ketika berbuka puasa saat matahari terbenam setiap hari

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
Transliterasi: Dhahaba adh-Dhama' wabtallatil-urooq wa thabatal-ajr inshaa'Allāh


 Terjemahan : Kehausan sudahpun pergi, urat-urat telahpun basah, dan pahala telahpun dipastikan dengan izin Allah.

Komentar : Ingat, ketika berbuka puasa ialah antara masa-masa yang mana dua mempunyai potensi tinggi untuk diterima. Jadi bolehlah anda membuat doa Nabi ini dengan doa-doa lain yang anda buat.

 

 

Apa yang perlu diucapkan jika seseorang mencaci anda ketika anda berpuasa

إني صائمٌ ، إني صائمٌ
Transliterasi: Innee saa'im, innee saa'im

Terjemahan : Aku sedang berpuasa, aku sedang berpuasa

Komentar : Imam Nawawi menyebut bahawa ini patut disebut secara kuat supaya si pencaci itu boleh menderngar dengan harapan dia memberhentikan caciannya, ataupun boleh juga diucapkan secara diam sebagai peringatan kepada diri. Namun, pndapat pertama lebih kuat.



Apa  yang perlu diucapkan setelah berbuka puasa dengan sebuah kumpulan manusia.

أفطر عندكم الصائمون ، وأكل طعامكم الأبرار ، وصلت عليكم الملائكة
Transliterasi: aftara indakum as-saa'imoon, wa akala ta'aamakum al-abraar, wa sallat alaikum al-malaa'ikah

Terjemahan : Semoga orang-orang yang berpuasa berbuka puasa di tempatmu, dan semoga yang soleh makan dari makananmu, dan semoga para malaikat mendoakanmu.



Apa yang perlu diucapkan jika bertemu Malam Lailatul Qadr

اللَّهمَّ إنَّك عفُوٌّ تُحبُّ العفوَ فاعْفُ عنِّي
Transliterasi: Allahumma innaka afuwwun tuhibbu al-afwa fa'fu anni

Terjemahan : Ya Allah Engkau yang mengampunkan, dan engkau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku.


Penulis, Anas Hlaylel, boleh diikuti di Facebook page berikut:

No comments:

Post a Comment

Popular Posts