Dialih bahasa oleh Durratun Naasihin daripada artikel asal "The Arab Spring: Children of Revolution" yang diterbitkan dalam The Economist pada 21 Jun 2013
‘Arab Spring’ sudah sedia maklum dengan penglibatan anak-anak muda. Ini kerana, 70% daripada keseluruhan populasi yang mendiami kawasan timur tengah dan Utara Afrika berumur bawah 30 tahun; fakta yang telah diperbincangkan dengan panjang lebar. Tapi bagaimana dengan dengan kanak-kanak revolusi tersebut? Bagaimanakah pergolakan politik di Mesir, Libya dan Tunisia mempengaruhi kanak-kanak? Tautan pelbagai kisah dan anekdot mula menunjukkan gambaran sebenar apa yang berlaku. Pada tahun 2011 sewaktu kebangkitan menentang Muammar Gaddafi di Libya; 4000 kanak-kanak telah dipindahkan dari tiga kawasan tumpuan konflik–Ajdabiya, Brega, dan Ra’s-Lanuf–menunjukkan simptom kecederaan psikologi, menurut laporan yang disediakan Save the Children, satu pertubuhan amal. Simptom-simptom tersebut termasuklah kencing malam, sifat agresif, dan gagap. Sesetengah ibu bapa mendapati bahawa anak-anak mereka membuat isyarat kemenangan menggunakan jari semasa sedang tidur. Di mesir, satu kajian yang melibatkan lebih 500 orang kanak-kanak yang berusia antara 9 hingga 12 tahun, yang dijalankan oleh University of Cairo, mendapati 67% daripada mereka menyatakan kehidupan mereka adalah lebih teruk berbanding sebelum tercetusnya revolusi. Ramai antara mereka yang menunjukkan petanda gangguan stress pascatrauma (post-traumatic stress disorder atau PTSD), cemas dan stress.
Manakala di Tunisia, impaknya kurang ketara. Nauffel Gaddour, ketua Unit Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja di University of Monastir, satu bandar di perairan selatan Tunis, mengatakan kes melibatkan PTSD di kliniknya hanya meningkat sebanyak 0.5% antara tahun 2003-2010 dan 2011-2013. Walau bagaimanapun untuk kawasan pedalaman dan yang berhampiran sempadan Algeria––kawasan yang masih lagi belum stabil––impak daripada revolusi ke atas kesihatan mental kanak-kanak ini mungkin lebih ekstrem. “sekurang-kurangnya di kawasan perairan, saya merasakan terdapat satu perasaaan umum dalam kalangan kanak-kanak bahawa revolusi merupakan sesuatu yang baik, dan saya berpendapat sentimen seperti ini membantu melindungi kanak-kanak tersebut daripada terkena trauma yang teruk”, terang beliau. Manakala kanak-kanak Libya yang beliau lawat di kem pelarian di Tataouine, selatan Tunisia, “mental mereka teruk tercalar, lebih teruk berbanding kanak-kanak Tunisia,” ujar beliau. “Ini kerana revolusi di Libya lebih banyak menumpahkan darah.” Bahkan, 500 saki baki kumpulan militia di situ masih boleh mendabik dada dengan keahlian kanak-kanak dalam kumpulan mereka
Anak-anak muda Mesir sering bertembung dengan pihak berkuasa–453 kanak-kanak, termasuk yang seawal usia 9 tahun, telah ditahan antara januari hingga mei tahun ini kerana terlibat dalam tunjuk perasaan, menurut satu kajian daripada Committee for the Defence of Egypt’s Demonstrators, satu pertubuhan hak asasi. Dalam satu persidangan yang berlangsung pada bulan April mengenai keganasan di Sekolah di Tunisia, pegawai sekolah rendah menyatakan terdapat peningkatan mendadak konfrontasi antara guru dan murid.
Namun kebangkitan ini juga menimbulkan satu lagi kesan yang tidak berapa sihat terhadap kanak-kanak. Anak-anak muda masani menunjukkan minat yang lebih besar terhadap perkembangan isu-isu semasa. “ saya tidak pernah membaca surat khabar sebelum revolusi,” menurut Asma yang berumur 14 tahun dari kawasan utara Tunis. “ kini ini seakan keperluan”. Para guru sekolah rendah di Tunisa juga melaporkan bahawa perbendaharaan kata para pelajar turut berkembang sehingga merangkumi perkataan seperti “revolusi”, “kebebasan” dan–sesuatu yang kurang menyenangkan–“degage”, perkataan perancis yang bermaksud “pergi berambus”, antara perkataan yang sering dilaungkan oleh penunjuk perasaan semasa menyingkirkan presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Kanak-kanak Mesir turut mengadakan tunjuk perasaan di kampus sekolah, berdemo untuk sebarang isu daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa oleh guru sehinggalah kepada harga makanan di kafetaria dan juga pemakaian purdah. Anak-anak muda Libya menyatakan bahawa mereka berbangga terlibat dalam gerakan untuk mengubah masa dengan negara mereka; malah sebahagian daripada mereka secara sekarelanya terlibat untuk membersihkan jalanan, memperbaiki bangunan dan mengawal lalu lintas.
Namun semangat revolusioner semata-mata tidak boleh diterjemahkan sebagai keyakinan politik. Bercakap mengenai Pomegranate, satu kumpulan dari Tunisia yang berusia sekitar awal remaja boleh menyatakan satu-persatu permasalahan yang baru muncul di negara mereka. “dadah, keganasan dan salafi,” mereka menambah. Apabila ditanya mengenai harapan mereka untuk masa hadapan,serta merta, air muka mereka berubah. Mereka merenung jauh, kemudian mengangkat bahu dan dengan sopan, mula berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment