dialih bahasa oleh Awan Putih.
Solidariti Antarabangsa dengan Palestin : Pemerhatian Peribadi
Setelah penemuan baru-baru ini mengenai laman solidariti di Facebook bertajuk “International Community to Save Palestine” pada saat ini telah mencapai lebih 8,000 ‘suka’ (baca: likes), masalah berhubung solidariti antarabangsa dengan perjuangan rakyat Palestin perlu ditangani sekali lagi. Walaupun ramai yang menyukai laman ini mungkin mempunyai niat yang baik, istilah ‘menyelamat’ (baca: save) membawa banyak konotasi berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali. Semenjak dari permulaan lagi aktivisme antarabangsa, sentiasa terdapat garis halus antara perpaduan dan penganiayaan, khususnya apabila berkaitan dengan permasalahan rakyat Palestin.
Apabila masyarakat antarabangsa mula untuk belajar dan memahami lebih mengenai perbuatan yang dahsyat oleh penjajah Israel, ia mungkin mendorong beberapa untuk bergerak untuk mencerahkan lagi perkara jenayah ini yang bertentangan dengan kemanusiaan; sungguhpun begitu, ini tidak menjadikan mana-mana masyarakat antarabangsa sebagai jurucakap kepada rakyat Palestin, dan juga tidak bermakna mereka patut berterusan melayan rakyat Palestin sebagai inferiors. Sebagai seorang rakyat Palestin, ini mesti diperjelaskan: kami mempunyai suara kami sendiri dan kami tidak memerlukan orang untuk bercakap bagi pihak kami, kami tidak bisu dan kami menolak untuk didiamkan. Dengan itu, ia sangat penting untuk faham bahawa dengan mengambil posisi untuk bercakap bagi pihak rakyat Palestine, sesorang itu juga telah mengambil tindakan untuk mendiamkan rakyat Palestin. Jikalau anda mahu menunjukkan perpaduan, maka bertindaklah sebagai gema (baca: echo) dan bukannya satu suara untuk panggilan kebebasan dan keadilan.
Sebuah komrad Palestin pernah menyatakan sebelum ini, Palestine bukanlah kes kebajikan. Tindakan berterusan oleh komuniti antarabangsa dengan lagaknya sebagai seorang jurucakap bagi rakyat Palestin seakan-akan serupa dengan taktik penjajah untuk terus inferiorize rakyat Palestin. Seakan-akan sama dengan cubaan oleh Israel untuk menunjukkan kepada dunia yang mana lebih baik untuk rakyat Palestin, ia sangat penting bagi masyarakat antarabangsa untuk tidak mengikuti jejak langkah penjajah ini.
Memegang mikrofon
Jikalau anda menjadi salah seorang masyarakat antarabangsa yang dalam solidariti bersama Palestin, ia adalah sangat penting untuk memahami pemahaman pelbagai cubaan untuk bercakap bagi pihak rakyat Palestin, dan apa yang sepatutnya dilakukan di tempatnya, untuk menunjukkan keakraban yang sesuai. Jikalau anda sebagai seorang individu yang mahu memegang mikrofon, maka berbuatlah begitu di tanah air anda menentang normalisasi kerajaan anda dalam bersepakat dengan keadaan apartheid, atau terhadap pembiayaan buta untuk Israel, sama ada oleh kerajaan anda atau syarikat-syarikat yang mendedahkan kewarganegaraan anda. Jikalau anda mahu memegang mikrofon, maka berbuatlah sebagai seorang individu yang bercakap menentang kolonialisasi, bercakap menentang apartheid dan bercakap menentang penglibatan semua yang berdiam diri. Sebaliknya janganlah berbuat demikian dengan membuatkan rakyat Palestin seolah-olah mangsa yang tidak berupaya serta dalam keadaan terdesak yang memerlukan penggerakan oleh antarabangsa. Seumpama hanya satu cara untuk membebaskan Palestin adalah apabila masyarakat antarabangsa yang melakukannya. Peganglah mikrofon itu kerana anda menentang ketidakadilan, bukan sebagai wakil kepada rakyat Palestin. Dengan mempunyai pandangan kebapaan (baca: paternalistic) kepada seluruh penduduk dan dengan mengabaikan pergerakan rintangan dengan mempercayai jalan untuk pembebasan terletak di tempat lain, anda tidak menyatakan solidariti; anda menyatakan mentaliti penyelamat berkulit putih(white saviour mentality).
Bukti Kemanusiaan
Tambahan pula, sebagai seorang warga antarabangsa yang dalam solidariti dengan Palestin, ia bukanlah tanggungjawab anda untuk membuktikan dasar kemanusiaan rakyat Palestin. Keinginan untuk membuktikan dasar kemanusiaan rakyat Palestin sedang bermain terus ke dalam tangan-tangan pandangan dunia white-supremacist, serta menepati cita-cita barat yang mensyaitankan (baca:demonise) rakyat Palestin dalam kehidupan seharian. Jikalau anda dalam perpaduan, maka berbuatlah demikian dengan tidak melihat kami sebagai inferior, tambahan lagi, bahkan pelbagai cubaan dengan niat yang baik untuk membuktikan yang rakyat Palestin bukanlah “pengganas yang media menjadikan mereka, mereka juga berdarah seperti orang lain” adalah menjadikan rakyat Palestin seumpama inferior, dasar kemanusiaan kami tidak memerlukan pengesahan. Daripada ini yang menjadi produktif, ia lebih menafikan sifat-sifat manusia yang positif rakyat Palestin. Tidak ada keperluan untuk membuktikan dasr kemanusiaan kami kepada sesiapa. Kami rakyat Palestin, bukan haiwan.
Sokongan rintangan yang Terpilih
Rakyat Palestin mempunyai sejarah yang lama berkenaan menentang penjajahan yang menjangkaui lebih jauh daripada aspirasi penjajahan Israel pada 1948. Kami telah menggunakan semua kaedah anti-kolonial dalam perjuangan kami yang meluas, termasuklah tentangan bersenjata dan tidak bersenjata. Jikalau anda dalam solidariti dengan rakyat Palestin dan bersetuju dengan hak kami terhadap penentuan nasib sendiri(self-determination), maka anda dalam perpaduan dengan hak kami untuk menentang penjajahan dalam semua cara, termasuk penentangan bersenjata, tiada kompromi. Bukanlah sesorang yang telah dijajah memerlukan undang-undang untuk mengambil kembali maruahnya, bagaimanapun, resolusi PBB 3070 oleh perhimpunan agung juga menyatakan penduduk yang dijajah mempunyai hak untuk membebaskan diri sendiri menggunakan penentangan bersenjata. Sokongan terpilih untuk satu bentuk tentangan sahaja (biasanya tidak bersenjata) bukanlah solidariti yang tulen.
Kritikan dan Pengejaan
Sebagai seorang ahli masyarakat antarabangsa yang bersolidariti dengan Palestin serta permasalahan rakyat Palestin, satu lagi isu yang penting untuk difahami adalah had input anda ke arah expresi psikologi dan emosi oleh yang dijajah. Ia bukanlah posisi bagi mana-mana aktivis perpaduan untuk menilai atau menentukan bagaimana rakyat Palestin perlu bertindak balas apabila berhadapan dengan penjajahan Israel dan apartheid. Tambahan lagi, dengan kehidupan yang melalui begitu banyak regim penjajah, ia merupakan hak rakyat Palestin untuk merasakan pelbagai jenis emosi dan jika ini termasuk kemarahan, ia tidak sepatutnya dipermainkan dan diperkecilkan. Dengan itu, masyarakat antarabangsa tidak patut mencuba untuk menasihat rakyat Palestin bahawa marah-marah itu tidak produktif atau apa-apa emosi yang mereka rasakan tidak sesuai untuk perjuangan mahupun mereka telahpun mengaitkan mesej yang salah untuk isu ini. Rakyat Palestin memang berkemampuan untuk membuat keputusan bagaimana untuk merasa dengan sendirinya. Akhir sekali, solidariti yang jelas menunjukkan sokongan untuk kaedah rakyat Palestin menamatkan penjajahan Israel bukannya dengan memberitahu mereka bagaimana untuk menamatkannya. Bukan semua, tapi ramai ahli antarabangsa yang datang dari satu tempat yang lebih privilej dan tidak harus jatuh ke dalam perangkap yang sepatutnya menjadi suara perjuangan; sekali lagi, ia amat penting untuk memahami bahawa posisi anda adalah untuk memerhati dan menjadi rakyat Palestin yang dipimpin dan bukannya cuba untuk memimpin rakyat Palestin.
Pengagihan kebudayaan
Satu lagi salah faham yang boleh diambildi luar sejarah ialah budaya. Kekliruan ini mungkin tanpa niat jahat, namun pelbagai tindakan pengagihan kebudayaan oleh masyarakat antarabangsa boleh diperbaiki apabila mereka sendiri secara meluasnya menjadi dilengkapi dengan pengetahuan dan hormat terhadap budaya rakyat Palestin. Contohnya, kuffiyeh (scarf berkotak-kotak) telahpun baru-baru ini diadaptasi oleh barat melalui penyataan fesyen. Kuffieyeh di Palestin memaparkan sejarah yang panjang terhadap rintangan dan kewujudan. Maka, mengabaikan sejarah dan kebudayaan yang penting bukan sahaja memberi gambaran yang salah malah satu penghinaan untuk identity kebudayaan Palestin. Satu aspek tambahan yang penting yang perlu diambil kira, ialah dengan tidak melihat rakyat Palestin sebagai orang eksotik dengan budaya yang eksotik. Reaksi orientalis seperti ini hanya mengesahkan ketuanan-putih. Tambahan lagi, kami bukanlah objek yang untuk dikagumi.
Rintangan objektifikasi dan romantisasi
Dengan pertambahan mendadak kewartawanan-gambar dan dokumentasi peribadi yang berterusan terhadap tindakan rakyat Palestin dan penentangan terhadap penjajah, ia sangatlah mudah untuk menyimpang ke jalan rintangan objektifikasi dan romantisasi (baca : objectifying and romanticizing resistance). Penentangan rakyat Palestin tidaklah berlaku supaya orang ramai boleh mengadakan projek-projek seni, dan para pejuang rakyat Palestin, bukanlah model untuk galeri seni yang seterusnya. Jika anda berada dalam perpaduan yang bukan menjejaskan, pandangan anda terhadap rakyat Palestin tidak boleh serupa dengan novel revolusi yang romantik. Me-romantikkan perjuangan ialah salah satu cara meng-objekkan rakyat Palestin. Salah satu contoh, adalah dengan fotografi dekat terhadap mata para wanita, yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tindakan yang mereka telah mengambil bahagian, ini bukan sahaja merendahkan perjuangan tersebut, malah para wanita di Palestin juga. Idealisasi telah menghilangkan daripada strategi teknikal dan perjuangan keras, yang sebenar terhadap pembebasan. Ia memperkecilkan permasalahan ini dan mengurangkan nilai kepentingan perjuangan terhadap penjajahan. Perjuangan rakyat Palestin terhadap pembebasan ini bukanlah satu puisi; ia adalah suatu reality yang tidak dapat dimaafkan dengan menuntut keadilan dan hak asasi manusia.
Mengetahui sejarah
Sebagai isi terakhir, seseorang itu perlu bersedia untuk menanam diri mereka dalam pengetahuan dengan mempelajari mengenai sejarah rakyat Palestin secara tepat dan pengembaraan pembelajaran itu mesti dilakukan oleh seseorang dan hanya dirinya sendiri, jikalau anda sebagai masyarakat antarabangsa akan bangun dalam perpaduan bersama dengan orang yang dijajah di Palestin yang diduduki. Ini secara khususnya penting bagi aktivis perpaduan yang ingin melawat, sebelum anda berada di atas tanah Palestin, ia adalah penting untuk tidak memberikan sokongan buta yang kosong dalam maknanya. Sebaliknya, seperti yang telah dijelaskan. Permbelajaran sebanyak mungkin perlu berlaku, melalui pembacan dan penggunaan media, sama ada yang menjadi arus perdana atau social dan sebagainya. Selain daripada ini, ia adalah penting untuk tidak pergi ke Palestin dengan mentality untuk melawat orang yang kurang bernasib baik kerana itu adalah apabila sesorang mula inferiorize kami. Dan semestinya tidak melawat dengan mentality menjadi penyelamat kami, atau sebagai hero, kerana set-minda seperti ini hanya menambah lagi kompleks penyelamat putih. Jadi, apabila anda tinggal di Palestin, ingatlah; perpaduan adalah satu tanggungjawab besar, dan sejarah tidak sepatutnya dilupakan.
*Pos ini ditujukan untuk menyampaikan pemerhatian personal terhadap salah faham maksud sebenar di sebalik perpaduan dan permasalahan rakyat Palestin. Semua masyarakat antarabangsa yang memberi perpaduan tulen mengenali diri mereka sendiri.
*Kredit pengubahsuaian kepada Lan Gley
No comments:
Post a Comment