Tuesday, 30 July 2013

Memburu Lailatul Qadar



Oleh : Ustaz Danial Farhan Dolmat



Dalam ayat ketiga Surah al-Qadr, Allah menegaskan bahawa malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Kebanyakan orang menyatakan bahawa pahala beramal di malam al-Qadar adalah sama dengan pahala beramal selama seribu bulan yang bersamaan 83 tahun lebih.

Jika kita perhatikan baik-baik ayat ketiga Surah al-Qadr itu, kita akan memahami bahawa pahala beramal di malam al-Qadar sebenarnya LEBIH BAIK daripada pahala beramal selama seribu bulan, bukannya sama seperti beramal selama seribu bulan. Fahami betul-betul.

Kemudian angka 1,000 itu tidak semestinya dipakai secara harfiyah. Ada juga ulama' tafsir yang menyatakan bahawa 1,000 itu menunjukkan banyak. Sama seperti angka 7, kadangkala maksudnya tujuh dan adakala ia membawa maksud banyak. Ini merupakan kebiasaan bangsa Arab dalam menggunakan angka 1,000 dan 7 sama ada secara hakiki atau majazi.

Justeru, dapat difahami juga bahawa pahala beramal di malam al-Qadar lebih baik daripada pahala beramal selama beribu-ribu bulan.


Bilakah Lailatul Qadar?

 
Para ulama' berselisih pandangan dalam menentukan tarikh berlakunya Lailatul Qadar sehingga mencecah lebih kurang 40 lebih pandangan. Cuma pendapat yang lebih dekat untuk diterima ialah Lailatul Qadar itu berlaku di bulan Ramadan pada sepuluh malam terakhir iaitu tanggal malam ke 27. Ini merupakan pandangan Sayyiduna Ubai bin Ka'ab, Sayyiduna Umar al-Khattab, Sayyiduna Abdullah bin Umar, Sayyiduna Huzaifah bin al-Yaman, pendapat yang agak kuat di sisi mazhab Imam Ahmad bin Hanbal, satu riwayat dalam mazhab Hanafi dan ia juga merupakan pandangan majoriti ulama'.

Dalam Sohih al-Bukhari dan Muslim daripada Sayyiduna Ubadah bin Somit bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam pernah keluar pada suatu malam untuk memberitahu para sahabat tentang tarikh sebenar Lailatul Qadar. Sayangnya, baginda berhadapan dengan dua orang lelaki yang bertengkar menyebabkan baginda terlupa tarikh berkenaan. Lantaran itu, Sayyiduna Nabi bersabda, "Saya keluar untuk memberitahu kamu tentang Lailatul Qadar. Tetapi ada dua orang dalam kalangan kamu yang bertengkar membuatkan saya terlupa akan tarikhnya. Boleh jadi ia baik untuk kamu semua. Namun, carilah Lailatul Qadar itu pada malam 29, 27 dan 25."

Tetapi setelah dilupakan, adakah Nabi tahu tarikh sebenar Lailatul Qadar?

Sayyid Abdullah Siddiq al-Ghumari menulis:

"Yang sahih ialah Nabi mengetahui tarikh Lailatul Qadar berdasarkan dua dalil:

a) Imam al-Bukhari menukilkan dalam sohih beliau kata-kata Imam Sufyan bin 'Uyainah yang menyebut, "Dalam al-Qur'an, kalau Allah menyebut 'wama adraka' bererti Allah telah memberitahu Nabi. Kalau Allah menyebut 'wama yudrika' bermakna Allah tak memberitahu Nabi-Nya."

Ertinya, Allah telah memberitahu Rasulullah tentang tarikh sebenar Lailatul Qadar kerana Allah berfirman dalam ayat kedua Surah al-Qadar dengan perkataan 'wama adraka ma Lailatul Qadr?'

b) Al-Tabrani juga meriwayatkan daripada Sayyiduna Abdullah bin Unais bahawa beliau pernah bertanya Nabi akan tarikh Lailatul Qadar. Baginda menjawab, "Saya khuatir orang ramai hanya akan menghidupkan malam itu sahaja. Kalau tidak, pasti saya akan beritahu kamu bilakah tarikhnya."

Begitu juga dalam riwayat al-Bazzar bahawa baginda Nabi mengetahui tarikh Lailatul Qadar, cuma baginda tidak diizinkan oleh Allah untuk memberitahu sesiapa. Namun, baginda tetap memberi isyarat agar mencari Lailatul Qadar pada malam 27 dan 29. Atau pada tujuh malam yang terakhir di bulan Ramadan.
Apakah amalan yang boleh kita lakukan sekiranya ditakdirkan bertemu Lailatul Qadar?

Imam Sufyan al-Thawri menyatakan bahawa amalan yang paling afdhal dilakukan pada malam Lailatul Qadar ialah memperbanyakkan doa. Ini lebih disukai berbanding banyak bersolat tahajud.

Namun begitu, lebih molek jika mengikut sunnah Rasulullah yang mana baginda bersolat dan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an secara tartil. Apabila bertemu ayat yang menceritakan tentang rahmat, baginda akan berdoa memohon rahmat. Apabila bertemu ayat yang menyebut tentang azab, baginda akan berdoa memohon keselamatan dan perlindungan. Al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hambali menyatakan, "Bererti baginda Nabi telah menghimpunkan antara solat, membaca al-Qur'an, berdoa dan tafakur." Dengan erti kata lain, ini lebih afdhal untuk dilakukan pada malam Lailatul Qadar.

Sayyidah Aisyah pernah bertanya Nabi akan doa yang perlu diucapkan jika ditakdirkan bertemu Lailatul Qadar. Baginda mengajar doa yang berbunyi:


اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني.
 

"Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan suka memberi kemaafan. Oleh itu, maafkan aku."

Amalan paling minima yang boleh dilakukan jika bertemu Lailatul Qadar ialah solat Isyak pada malamnya dan Subuh pada paginya pula secara berjemaah.


Adakah wanita uzur syar'ie boleh mendapat bahagian pahala jika bertemu Lailatul Qadar?

Ya, boleh. Dengan syarat dia melakukan amalan soleh sepanjang bulan Ramadan. Walaupun tidak boleh berpuasa, tetapi dia tetap menjaga kehormatan Ramadan serta memperbanyakkan zikir dan doa juga amalan lain seperti sedekah, insya-Allah diharapkan dia mendapat bahagian pahala pada malam Lailatul Qadar. Jika ditakdirkan bertemu Lailatul Qadar, dia hendaklah memperbanyakkan doa dan zikir kerana dua amalan ini boleh dilakukan oleh wanita yang uzur. Oleh itu, jangan berasa susah hati. Beramal dan berdoalah dalam kerangka kemampuan yang ada, insya-Allah ada ganjarannya di situ.
Namun, isu yang lebih penting ialah sejauh mana usaha kita untuk bertemu malam al-Qadar? Setinggi mana keinginan kita untuk menghidupkan malam yang agung itu?

Tepuk dada, tanyalah iman. Selamat bermujahadah. Semoga Allah menerima.

Sunday, 28 July 2013

Pantang Larang Melayu Dahulukala


oleh Baifilbahr

Gambar hiasan "Dapur Rumah Melayu" karya Pehal


Jangan menyanyi sambil masak, nanti dapat suami tua.
Jangan potong kuku malam-malam, nanti harimau datang.
jangan baring meniarap sambil angkat kaki, nanti kena patuk ular.
Jangan duduk atas bantal, nanti punggung bisul.

Sungguh masa kecil dahulu, betapa takutnya kita dengan pantang-larang yang sedemikian.
Pantang-larang yang kalau difikirkan, sungguh karut lagi tidak berasas.
Masakan harimau itu makanan nya orang yang memotong kuku di waktu malam?
Mana mungkin jodoh seseorang ditentukan dengan tabiat menyanyi di dapur?
Jurnal perubatan manakah yang berjaya membuktikan kaitan antara bantal dengan bisul di punggung?

Memang, sungguh karut dan tidak masuk akal pantang larang orang Melayu ni.
Tetapi, tujuan pantang larang ini sungguh murni.
Semua kegiatan yang dilarang itu merupakan kegiatan yang agak kurang sopan (contoh: duduk di atas bantal) ataupun agak berbahaya (contoh: potong kuku di waktu malam, besar kemungkinan akan mencederakan diri. Terutama di zaman yang lampu elektrik belum wujud secara meluas).
Tambahan pula, nature orang Melayu itu lembut dan tutur katanya penuh berlapik.
Jarang sekali untuk diberi teguran secara terus seperti kebanyakan kaum di barat.
Maka, cara paling mudah dan cepat untuk menghalang manusia melakukan kegiatan yang tidak diterima umum ialah dengan menakut-nakutkan mereka.
Makanya lahirlah pantang-larang seperti yang tertera diatas tadi.
Amalan sebegini masih lagi dipraktikkan di zaman Melayu abad ke 21 ini. Tapi malang sekali, usaha menakut-nakutkan itu bukan lagi dijalankan atas niat murni.
Bukan lagi demi menjaga kesejahteraan masyarakat. Bukan lagi atas nama keberadaban sosial.
Dikeluarkan pantang-larang demi mencapai agenda peribadi.
Demi popular ideologi sendiri.
Dituduhnya si kerdil fulan bakal merosak negara, sedang penzalim berkuasa bebas menindas rakyat jelata.
Dijajanya Islam kini dalam bahaya, walhal kemenangan sudah di depan mata.
Apabila diminta menerang erti 'pantang-larang' mereka, semua kecut diam tidak bersuara.
Masih enggan berpijak di bumi yang nyata.

Pantang-larang si Melayu abad 21.

Ibarat orang-orang di jelapang padi.
Menakut burung, sendiri tak berisi.


Kompilasi Tweet dan Gambar dari Tahrir (Penyokong Tentera dan Anti-Morsi) pada 27 July

disediakan oleh Abbas Alias

Semalam Cakna Anak Perantau telah membuat kompilasi tweet dan gambar dari protes pro-Morsi.Pada masa yang sama, terdapat juga sebahagian besar rakyat Mesir berkumpul di Tahrir.  Gambar dari udara menunjukkan beratus ribu rakyat Mesir berkumpul di Dataran Tahrir semalam (27 July 2013) untuk memberikan sokongan kepada Jeneral Al-Sisi. Difahamkan bahawa kesemua media swasta Mesir membatalkan rancangan Ramadan mereka untuk menyiarkan secara langsung keadaan dari Dataran Tahrir, yang sangat berlainan dari Masjid Rabaa(tempat protes pro-Morsi) yang terjadi pertumpahan darah. Gambar-gambar lain dari dataran Tahrir semalam menunjukkan suasana iftar yang sungguh festive, dengan pihak polis bergaul mesra dengan para penyokong tentera, serta turut mengagihkan minuman apabila tiba waktu berbuka puasa.





Raywa Rageh merupakan wartawan Al Jazeera yang membuat liputan dari Dataran Tahrir.




Menteri Dalam Negara Mesir mengeluarkan pernyataan meminta para penyokong Morsi untuk meninggalkan protes mereka di Rabaa(Masjid Rabea al Adawiyah).


Saturday, 27 July 2013

Mesir berdarah kembali! Kompilasi berita dan gambar dari Twitter

Disediakan oleh Abbas Alias

Dianggarkan dalam 70 ke 100 lebih penyokong Morsi maut ditembak oleh pasukan keselamatan Mesir. Penyokong Morsi dan pembangkang Morsi telah berhimpun dalam jumlah yang ramai sejak hari Jumaat untuk menyatakan sokongan terhadap Morsi ataupun pihak tentera. Penyokong Morsi ,yang mana turut diikuti oleh mereka yang tidak semestinya penyokong atau ahli Ikhwanul Muslimin, tetapi terdiri dari para revolusioner yang tidak bersetuju dengan kudeta, berhimpun di dataran Rabea al Adawiyah, sementara penyokong kudeta dan pembangkang Morsi dan IM berkumpul di dataran Tahrir. Berikut merupakan tweet dari kawasan kejadian.

Kesemua tweet berikut dikeluarkan pada hari ini (Sabtu,27 Julai 2013).

Tweet yang dikeluarkan pada 5.25 PM waktu Malaysia.








                                                                  Video dari twitter diatas




Kesemua tweet diatas dilaporkan dari mereka yang menghadiri protes di dataran Rabea al Adawiyah. Terdapat sekumpulan besar para penyokong tentera berada di dataran Tahrir pada masa yang sama.



Wednesday, 24 July 2013

Kami adalah Melayu-Islam, Maka Kami Berhak

Di alih bahasa oleh Awan Putih. Artikel asal diterbitkan dalam LoyarBurok pada 1 Ogos 2012.

Syahredzan Johan bertanyakan ketika di bulan mulia ini, adakah Melayu Islam punya hak yang lebih berbanding dengan yang lain?
Jadi anda sedang berpuasa. Matahari tegak di atas anda, perut anda berkeroncong dan tekak anda berasa kering. Namun skarang baru pukul 12.30 tengahari; masih lama lagi sebelum tiba waktu berbuka. Tiba-tiba, seorang bukan-Muslim muncul di hadapan anda, enak menikmati setin air kola dingin kegemaran anda. Kelihatan seperti dia amat menikmati minuman tersebut. Anda boleh membayangkan sensasi minuman yang sama membasahi tekak anda dengan segala keenakan kafein pendorong-diabetes. Jadi anda berasa tersinggung. Betapa orang ini tergamak untuk minum di hadapan anda? Apakah dia tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia, dengan hanya mahu menghilangkan dahaganya di hadapan orang Islam? Adakah dia tidak tahu bahawa orang Islam merupakan majoriti di Negara ini maka sebab itu kami perlu dihormati?
Ini adalah premis asas yang tersebar luas dalam kebanyakan orang Melayu-Islam di Negara ini. Orang Islam merupakan majoriti dan oleh itu mereka lebih berhak untuk dihormati. Sensiviti Melayu-Islam tidak sepatutnya disinggung; orang awam Melayu-Islam harus dilindungi dari sebarang ancaman, kekeliruan dan banyak lagi perkara buruk dan berbahaya yang boleh menyakiti umat. Sejak kebelakangan ini, sentimen ini telah dijulang tinggi oleh ahli-ahli politik yang oportunis. Oleh itu, kini kelihatan seolah-olah Melayu-Islam makin kurang  toleran dalam menghadapi golongan minoriti.
Melayu-Islam mempunyai hak untuk menafikan pembinaan sebuah kuil Hindu di sekitar kawasan perumahan mereka. Melayu-Islam mempunyai hak untuk menentukan apa nama yang patut digunakan untuk merujuk kepada Sang Pencipta. Melayu-Islam mempunyai hak untuk menghentikan penjualan minuman beralkohol dan menafikan pembinaan sebuah pawagam di kawasan majoriti Melayu.
Setiap Jumaat, Melayu-Islam berhak untuk melupakan sebentar kesedaran sivik mereka dengan meletakkan kereta di serata tempat seolah-olah jalan itu kepunyaan mereka. Melayu-Islam berhak untuk mengadakan ceramah agama untuk setiap sudut kejiranan hatta sehingga lewat malam.
Perdana Menteri haruslah seorang Melayu-Islam, perkhidmatan awam perlu diisi dengan Melayu-Islam dan badan-badan kerajaan perlu dilihat sebagai institusi milik Melayu, tugasan yang pertama dan terpenting adalah untuk melindungi kepentingan Melayu dan Islam.
Premis merasa lebih layak ini juga telah digunakan untuk mewajarkan penganiayaan serta diskriminasi terhadap golongan minoriti seksual dan agama, kononnya kerana termaktub dalam Perkara 3 yang memperuntukkan Islam sebagai Agama Persekutuan. Oleh itu, kita mengatakan bahawa LBGT tidak layak menerima perlindungan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan kerana orientasi seksual mereka bertentangan dengan Islam, walaupun kita mudah lupa perkara-perkara lain, seperti perjudian, juga dilarang dalam islam tetapi masih dibenarkan di Negara ini. Buku-buku telah disita dan diharamkan dan fatwa dianggap sebagai mutlak. Dalam keputusan baru-baru ini, Mahkamah Persekutuan sehingga mengatakan bahawa integriti agama perlu dilindungi tanpa perlu kompromi. Adakah ‘tanpa perlu kompromi’ itu termasuk keluhuran Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini?


Jangan tersilap, ini bukan semata-mata berkenaan Islam. Ini adalah berkenaan bagaimana kita mewajarkan diskriminasi, penganiayaan dan penafian secara terang-terangan terhadap hak  kebebasan asasi, semuanya atas nama agama. Ini berkenaan bagaimana kita melihat dan melayani orang lain sebagai ‘lebih rendah’ daripada kita kerana kita percaya yang kita yang lebih berhak untuk berbuat demikian. Kita membenarkan pencabulan ini kerana kita bekerja di bawah andaian sebagai Melayu-Islam, dengan hanya menjadi orang Melayu dan Islam, kita adalah berhak untuk memiliki yang terbaik di Negara ini kerana kita menduduki kedudukan yang lebih tinggi daripada yang lain daripada rakyat di luar sana.
Tiada sebarang asas undang-undang atau perlembagaan untuk mengabsahkan hal ini. Perkara 3 tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan Perkara 4 jelas memperuntukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Negara ini. Perkara 8 memperuntukkan bahawa setiap warga Negara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata dari segi undang-undang. Perkara yang sering dipetik iaitu Perkara 153 tidak menjadikan Melayu-Islam lebih tinggi dalam undang-undang atau hakikat, ini hanya merizabkan kuota bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dalam hal-hal tertentu.
Jadi bagaimana sekiranya orang Islam adalah majoriti? Kita mempunyai kefahaman yang tempang mengenai demokrasi; seolah-olah dalam demokrasi, hak-hak minoriti adalah lebih rendah berbanding hak majoriti. Itulah sebabnya kita mempunyai Perlembagaan, untuk melindungi dan menjamin kebebasan asasi rakyat dari tirani golongan majoriti.
Kita seolah dapat merasakan nasib umat Islam yang menjadi golongan minoriti di negara-negara lain seperti Thailand, Filipina, Myanmar dan China. Kita menyeru kepada prinsip kebebasan beragama tatkala mendengar berita menara azan diharamkan di Switzerland atau berita burqa yang diharamkan  di Perancis. Sekiranya kita boleh menerima hak-hak minoriti orang Islam perlu dipelihara dalam menghadapi kaum majoriti, kenapa kita tidak mengambil semangat yang sama untuk melindungi hak-hak minoriti bukan Islam di tempat kita? Mengapa perlu hak-hak golongan lain boleh ditunaikan hanya selepas kita sendiri yang menganggap hak-hak itu sebagai boleh ditunaikan?
Jadi sebelum anda menyerang seseorang yang minum di hadapan anda ketika anda sedang berpuasa, tahan diri anda sebentar untuk fikirkan mengenai agama anda. Ketepikan perasaan sebagai lebih layak dan berfikir sebentar; adakah bermakna kerana anda sedang berpuasa, maka ini bermakna orang lain di sekeliling anda dimestikan untuk menyorok makanan dan minuman mereka daripada anda?
Ingat apa yang Islam telah terapkan dalam diri anda , bukan apa yang umat Islam telah memberitahu anda.


Saturday, 20 July 2013

Kanak-Kanak Revolusi


Dialih bahasa oleh Durratun Naasihin daripada artikel asal "The Arab Spring: Children of Revolution" yang diterbitkan dalam The Economist pada 21 Jun 2013



‘Arab Spring’ sudah sedia maklum dengan penglibatan anak-anak muda. Ini kerana, 70% daripada keseluruhan populasi yang mendiami kawasan timur tengah dan Utara Afrika berumur bawah 30 tahun; fakta yang telah diperbincangkan dengan panjang lebar. Tapi bagaimana dengan dengan kanak-kanak revolusi tersebut? Bagaimanakah pergolakan politik di Mesir, Libya dan Tunisia mempengaruhi kanak-kanak?  Tautan pelbagai kisah dan anekdot mula menunjukkan gambaran sebenar apa yang berlaku. Pada tahun 2011 sewaktu kebangkitan menentang Muammar Gaddafi di Libya; 4000 kanak-kanak telah dipindahkan dari tiga kawasan tumpuan konflik–Ajdabiya, Brega, dan Ra’s-Lanuf–menunjukkan simptom kecederaan psikologi, menurut laporan yang disediakan Save the Children, satu pertubuhan amal. Simptom-simptom tersebut termasuklah kencing malam, sifat agresif, dan gagap. Sesetengah ibu bapa mendapati bahawa anak-anak mereka membuat isyarat kemenangan menggunakan jari semasa sedang tidur. Di mesir, satu kajian yang melibatkan lebih 500 orang kanak-kanak yang berusia antara 9 hingga 12 tahun, yang dijalankan oleh University of Cairo, mendapati 67% daripada mereka menyatakan kehidupan mereka adalah lebih teruk berbanding sebelum tercetusnya revolusi. Ramai antara mereka yang menunjukkan petanda gangguan stress pascatrauma (post-traumatic stress disorder atau PTSD), cemas dan stress.
Manakala di Tunisia, impaknya kurang ketara. Nauffel Gaddour, ketua Unit Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja di University of Monastir, satu bandar di perairan selatan Tunis, mengatakan kes melibatkan PTSD di kliniknya hanya meningkat sebanyak 0.5% antara tahun 2003-2010 dan 2011-2013. Walau bagaimanapun untuk kawasan pedalaman dan yang berhampiran sempadan Algeria––kawasan yang masih lagi belum stabil––impak daripada revolusi ke atas kesihatan mental kanak-kanak ini mungkin lebih ekstrem. “sekurang-kurangnya di kawasan perairan, saya merasakan terdapat satu perasaaan umum dalam kalangan kanak-kanak bahawa revolusi merupakan sesuatu yang baik, dan saya berpendapat sentimen seperti ini membantu melindungi kanak-kanak tersebut daripada terkena trauma yang teruk”, terang beliau.  Manakala kanak-kanak Libya yang beliau lawat di kem pelarian di Tataouine, selatan Tunisia, “mental mereka teruk tercalar, lebih teruk berbanding kanak-kanak Tunisia,” ujar beliau. “Ini kerana revolusi di Libya lebih banyak menumpahkan darah.” Bahkan, 500 saki baki kumpulan militia di situ masih boleh mendabik dada dengan keahlian kanak-kanak dalam kumpulan mereka
Anak-anak muda Mesir sering bertembung dengan pihak berkuasa–453 kanak-kanak, termasuk yang seawal usia 9 tahun, telah ditahan antara januari hingga mei tahun ini kerana terlibat dalam tunjuk perasaan, menurut satu kajian daripada Committee for the Defence of Egypt’s Demonstrators, satu pertubuhan hak asasi. Dalam satu persidangan yang berlangsung pada bulan April mengenai keganasan di Sekolah di Tunisia, pegawai sekolah rendah menyatakan terdapat peningkatan mendadak konfrontasi antara guru dan murid.  
Namun kebangkitan ini juga menimbulkan satu lagi kesan yang tidak berapa sihat terhadap kanak-kanak. Anak-anak muda masani menunjukkan minat yang lebih besar terhadap perkembangan isu-isu semasa. “ saya tidak pernah membaca surat khabar sebelum revolusi,” menurut Asma yang berumur 14 tahun dari kawasan utara Tunis. “ kini ini seakan keperluan”. Para guru sekolah rendah di Tunisa juga melaporkan bahawa perbendaharaan kata para pelajar turut berkembang sehingga merangkumi perkataan seperti “revolusi”, “kebebasan” dan–sesuatu yang kurang menyenangkan–“degage”, perkataan perancis yang bermaksud “pergi berambus”, antara perkataan yang sering dilaungkan oleh penunjuk perasaan semasa menyingkirkan presiden Zine el-Abidine Ben Ali. Kanak-kanak Mesir turut mengadakan tunjuk perasaan di kampus sekolah, berdemo untuk sebarang isu daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa oleh guru sehinggalah kepada harga makanan di kafetaria dan juga pemakaian purdah. Anak-anak muda Libya menyatakan bahawa mereka berbangga terlibat dalam gerakan untuk mengubah masa dengan negara mereka; malah sebahagian daripada mereka secara sekarelanya terlibat untuk membersihkan jalanan, memperbaiki bangunan dan mengawal lalu lintas.
Namun semangat revolusioner semata-mata tidak boleh diterjemahkan sebagai keyakinan politik. Bercakap mengenai Pomegranate, satu kumpulan dari Tunisia yang berusia sekitar awal remaja boleh menyatakan satu-persatu permasalahan yang baru muncul di negara mereka. “dadah, keganasan dan salafi,” mereka menambah. Apabila ditanya mengenai harapan mereka untuk masa hadapan,serta merta, air muka mereka berubah. Mereka merenung jauh, kemudian mengangkat bahu dan dengan sopan, mula berlalu pergi.


Wednesday, 17 July 2013

Perpaduan Antarabangsa dengan Palestin

tulisan asal oleh Mariam Barghouti,pautan asal ke blog beliau boleh didapati di sini.
dialih bahasa oleh Awan Putih.
Solidariti Antarabangsa dengan Palestin : Pemerhatian Peribadi
Setelah penemuan baru-baru ini mengenai laman solidariti di Facebook bertajuk “International Community to Save Palestine” pada saat ini telah mencapai lebih 8,000 ‘suka’ (baca: likes), masalah berhubung solidariti antarabangsa dengan perjuangan rakyat Palestin perlu ditangani sekali lagi. Walaupun ramai yang menyukai laman ini mungkin mempunyai niat yang baik, istilah ‘menyelamat’ (baca: save) membawa banyak konotasi berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali. Semenjak dari permulaan lagi aktivisme antarabangsa, sentiasa terdapat garis halus antara perpaduan dan penganiayaan, khususnya apabila berkaitan dengan permasalahan rakyat Palestin.
Apabila masyarakat antarabangsa mula untuk belajar dan memahami lebih mengenai perbuatan yang dahsyat oleh penjajah Israel, ia mungkin mendorong beberapa untuk bergerak untuk mencerahkan lagi perkara jenayah ini yang bertentangan dengan kemanusiaan; sungguhpun begitu, ini tidak menjadikan mana-mana masyarakat antarabangsa sebagai jurucakap kepada rakyat Palestin, dan juga tidak bermakna mereka patut berterusan melayan rakyat Palestin sebagai inferiors. Sebagai seorang rakyat Palestin, ini mesti diperjelaskan: kami mempunyai suara kami sendiri dan kami tidak memerlukan orang untuk bercakap bagi pihak kami, kami tidak bisu dan kami menolak untuk didiamkan. Dengan itu, ia sangat penting untuk faham bahawa dengan mengambil posisi untuk bercakap bagi pihak rakyat Palestine, sesorang itu juga telah mengambil tindakan untuk mendiamkan rakyat Palestin. Jikalau anda mahu menunjukkan perpaduan, maka bertindaklah sebagai gema (baca: echo) dan bukannya satu suara untuk panggilan kebebasan dan keadilan.
Sebuah komrad Palestin pernah menyatakan sebelum ini, Palestine bukanlah kes kebajikan. Tindakan berterusan oleh komuniti antarabangsa dengan lagaknya sebagai seorang jurucakap bagi rakyat Palestin seakan-akan serupa dengan taktik penjajah untuk terus inferiorize rakyat Palestin. Seakan-akan sama dengan cubaan oleh Israel untuk menunjukkan kepada dunia yang mana lebih baik untuk rakyat Palestin, ia sangat penting bagi masyarakat antarabangsa untuk tidak mengikuti jejak langkah penjajah ini.
Memegang mikrofon
Jikalau anda menjadi salah seorang masyarakat antarabangsa yang dalam solidariti bersama Palestin, ia adalah sangat penting untuk memahami pemahaman pelbagai cubaan untuk bercakap bagi pihak rakyat Palestin, dan apa yang sepatutnya dilakukan di tempatnya, untuk menunjukkan keakraban yang sesuai. Jikalau anda sebagai seorang individu yang mahu memegang mikrofon, maka berbuatlah begitu di tanah air anda menentang normalisasi  kerajaan anda dalam bersepakat dengan keadaan apartheid, atau terhadap pembiayaan buta untuk Israel, sama ada oleh kerajaan anda atau syarikat-syarikat yang mendedahkan kewarganegaraan anda. Jikalau anda mahu memegang mikrofon, maka berbuatlah sebagai seorang individu yang bercakap menentang kolonialisasi, bercakap menentang apartheid dan bercakap menentang penglibatan semua yang berdiam diri. Sebaliknya janganlah berbuat demikian  dengan membuatkan rakyat Palestin seolah-olah mangsa yang tidak berupaya serta dalam keadaan terdesak yang memerlukan penggerakan oleh antarabangsa. Seumpama hanya satu cara untuk membebaskan Palestin adalah apabila masyarakat antarabangsa yang melakukannya. Peganglah mikrofon itu kerana anda menentang ketidakadilan, bukan sebagai wakil kepada rakyat Palestin. Dengan mempunyai pandangan kebapaan (baca: paternalistic) kepada seluruh penduduk dan dengan mengabaikan pergerakan rintangan dengan mempercayai jalan untuk pembebasan terletak di tempat lain, anda tidak menyatakan solidariti; anda menyatakan mentaliti penyelamat berkulit putih(white saviour mentality).
Bukti Kemanusiaan
Tambahan pula, sebagai seorang warga antarabangsa yang dalam solidariti dengan Palestin, ia bukanlah tanggungjawab anda untuk membuktikan dasar kemanusiaan rakyat Palestin. Keinginan untuk membuktikan dasar kemanusiaan rakyat Palestin sedang bermain terus ke dalam tangan-tangan pandangan dunia white-supremacist, serta menepati cita-cita barat yang mensyaitankan (baca:demonise) rakyat Palestin dalam kehidupan seharian. Jikalau anda dalam perpaduan, maka berbuatlah demikian dengan tidak melihat kami sebagai inferior, tambahan lagi, bahkan pelbagai cubaan dengan niat yang baik untuk membuktikan yang rakyat Palestin bukanlah “pengganas yang media menjadikan mereka, mereka juga berdarah seperti orang lain” adalah menjadikan rakyat Palestin seumpama inferior, dasar kemanusiaan kami tidak memerlukan pengesahan. Daripada ini yang menjadi produktif, ia lebih menafikan sifat-sifat manusia yang positif rakyat Palestin. Tidak ada keperluan untuk membuktikan dasr kemanusiaan kami kepada sesiapa. Kami rakyat Palestin, bukan haiwan.
Sokongan rintangan yang Terpilih
Rakyat Palestin mempunyai sejarah yang lama berkenaan menentang penjajahan yang menjangkaui lebih jauh daripada aspirasi penjajahan Israel pada 1948. Kami telah menggunakan semua kaedah anti-kolonial dalam perjuangan kami yang meluas, termasuklah tentangan bersenjata dan tidak bersenjata. Jikalau anda dalam solidariti dengan rakyat Palestin dan bersetuju dengan hak kami terhadap penentuan nasib sendiri(self-determination), maka anda dalam perpaduan dengan hak kami untuk menentang penjajahan dalam semua cara, termasuk penentangan bersenjata, tiada kompromi. Bukanlah sesorang yang telah dijajah memerlukan undang-undang untuk mengambil kembali maruahnya, bagaimanapun, resolusi PBB 3070  oleh perhimpunan agung juga menyatakan penduduk yang dijajah mempunyai hak untuk membebaskan diri sendiri menggunakan penentangan bersenjata. Sokongan terpilih untuk satu bentuk tentangan sahaja (biasanya tidak bersenjata) bukanlah solidariti yang tulen.


Kritikan dan Pengejaan
Sebagai seorang ahli masyarakat antarabangsa yang bersolidariti dengan Palestin serta permasalahan rakyat Palestin, satu lagi isu yang penting untuk difahami adalah had input anda ke arah expresi psikologi dan emosi oleh yang dijajah. Ia bukanlah posisi bagi mana-mana aktivis perpaduan untuk menilai  atau menentukan bagaimana rakyat Palestin perlu bertindak balas apabila berhadapan dengan penjajahan Israel dan apartheid. Tambahan lagi, dengan kehidupan yang melalui begitu banyak regim penjajah, ia merupakan hak rakyat Palestin untuk merasakan pelbagai jenis emosi dan jika ini termasuk kemarahan, ia tidak sepatutnya dipermainkan dan diperkecilkan. Dengan itu, masyarakat antarabangsa tidak patut mencuba untuk menasihat rakyat Palestin bahawa  marah-marah  itu tidak produktif atau apa-apa emosi yang mereka rasakan tidak sesuai untuk perjuangan mahupun mereka telahpun mengaitkan mesej yang salah untuk isu ini. Rakyat Palestin memang berkemampuan untuk membuat keputusan bagaimana untuk merasa dengan sendirinya. Akhir sekali, solidariti yang jelas menunjukkan sokongan untuk kaedah rakyat Palestin menamatkan penjajahan Israel bukannya dengan memberitahu mereka bagaimana untuk menamatkannya. Bukan semua, tapi ramai ahli antarabangsa yang datang dari satu tempat yang lebih privilej dan tidak harus jatuh ke dalam perangkap yang sepatutnya menjadi suara perjuangan; sekali lagi, ia amat penting untuk memahami bahawa posisi anda adalah untuk memerhati dan menjadi rakyat Palestin yang dipimpin dan bukannya cuba untuk memimpin rakyat Palestin.
Pengagihan kebudayaan
Satu lagi salah faham yang boleh diambildi luar sejarah ialah budaya. Kekliruan ini mungkin tanpa niat jahat, namun pelbagai tindakan pengagihan kebudayaan oleh masyarakat antarabangsa boleh diperbaiki apabila mereka sendiri secara meluasnya menjadi dilengkapi dengan pengetahuan dan hormat terhadap budaya rakyat Palestin. Contohnya, kuffiyeh (scarf berkotak-kotak) telahpun baru-baru ini diadaptasi oleh barat melalui penyataan fesyen. Kuffieyeh di Palestin memaparkan sejarah yang panjang terhadap rintangan dan kewujudan. Maka, mengabaikan sejarah dan kebudayaan yang penting bukan sahaja memberi gambaran yang salah malah satu penghinaan untuk identity kebudayaan Palestin. Satu aspek tambahan yang penting yang perlu diambil kira, ialah dengan tidak melihat rakyat Palestin sebagai orang eksotik dengan budaya yang eksotik. Reaksi orientalis seperti ini hanya mengesahkan ketuanan-putih. Tambahan lagi, kami bukanlah objek yang untuk dikagumi.
Rintangan objektifikasi dan romantisasi
Dengan pertambahan mendadak kewartawanan-gambar dan dokumentasi peribadi yang berterusan terhadap tindakan rakyat Palestin dan penentangan terhadap penjajah, ia sangatlah mudah untuk menyimpang ke jalan rintangan objektifikasi dan romantisasi (baca : objectifying and romanticizing resistance). Penentangan rakyat Palestin tidaklah berlaku supaya orang ramai boleh mengadakan projek-projek seni, dan para pejuang rakyat Palestin, bukanlah model untuk galeri seni yang seterusnya. Jika anda berada dalam perpaduan yang bukan menjejaskan, pandangan anda terhadap rakyat Palestin tidak boleh serupa dengan novel revolusi yang romantik. Me-romantikkan perjuangan ialah salah satu cara meng-objekkan rakyat Palestin. Salah satu contoh, adalah dengan fotografi dekat terhadap mata para wanita, yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tindakan yang mereka telah mengambil bahagian, ini bukan sahaja merendahkan perjuangan tersebut, malah para wanita di Palestin juga. Idealisasi telah menghilangkan daripada strategi teknikal dan perjuangan keras, yang sebenar terhadap pembebasan. Ia memperkecilkan permasalahan ini dan mengurangkan nilai kepentingan perjuangan terhadap penjajahan. Perjuangan rakyat Palestin terhadap pembebasan ini bukanlah satu puisi; ia adalah suatu reality yang tidak dapat dimaafkan dengan menuntut keadilan dan hak asasi manusia.
Mengetahui sejarah
Sebagai isi terakhir, seseorang itu perlu bersedia untuk menanam diri mereka dalam pengetahuan dengan mempelajari mengenai sejarah rakyat Palestin secara tepat dan pengembaraan pembelajaran itu mesti dilakukan oleh seseorang dan hanya dirinya sendiri, jikalau anda sebagai masyarakat antarabangsa akan bangun dalam perpaduan bersama dengan orang yang dijajah di Palestin yang diduduki. Ini secara khususnya penting bagi aktivis perpaduan yang ingin melawat, sebelum anda berada di atas tanah Palestin, ia adalah penting untuk tidak memberikan sokongan buta yang kosong dalam maknanya. Sebaliknya, seperti yang telah dijelaskan. Permbelajaran sebanyak mungkin perlu berlaku, melalui pembacan dan penggunaan media, sama ada yang menjadi arus perdana atau social dan sebagainya. Selain daripada ini, ia adalah penting untuk tidak pergi ke Palestin dengan mentality untuk melawat orang yang kurang bernasib baik kerana itu adalah apabila sesorang mula inferiorize kami. Dan semestinya tidak melawat dengan mentality menjadi penyelamat kami, atau sebagai hero, kerana set-minda seperti ini hanya menambah lagi kompleks penyelamat putih. Jadi, apabila anda tinggal di Palestin, ingatlah; perpaduan adalah satu tanggungjawab besar, dan sejarah tidak sepatutnya dilupakan.
*Pos ini ditujukan untuk menyampaikan pemerhatian personal terhadap salah faham maksud sebenar di sebalik perpaduan dan permasalahan rakyat Palestin. Semua masyarakat antarabangsa yang memberi perpaduan tulen mengenali diri mereka sendiri.
*Kredit pengubahsuaian kepada Lan Gley

Thursday, 11 July 2013

5 Peristiwa Sejarah Pada Bulan Ramadan yang Menggoncang Dunia

(Penulis asal ialah Muhammad Wajid Akhter. Dialih bahasa oleh Abbas Alias. Artikel asal muncul di Muslimmatters.org pada Ogos 2012.)
Kita semua tahu bahawa Ramadan ialah bulan untuk berpuasa, menahan diri dan muhasabah. Namun begitu, apa yang mungkin tidak kita ketahui ialah Ramadan juga merupakan satu bulan yang punyai peristiwa bersejarah yang sungguh hebat sehingga membentuk dunia yang kita hidup pada hari ini. Berikut merupakan  top 5 peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadan bagi saya :

5. Perang Guadalete

Ramadan, tahun 92 Hijrah(711 M) seorang hamba kepada gabenor Umayyah di Afrika dan para askar Berber-nya berdepan dengan raja Visigoth di Sepanyol. Tariq bin Ziyad dilahirkan sebagai seorang hamba dan matinya seorang peminta sedekah, tetapi di tengah-tengah hidupnya dia berjaya menjadi salah seorang jeneral perang terhebat yang pernah disaksikan oleh dunia.
Baru sahaja setelah mendarat di pulau berbatu di bawah Sepanyol(dimana sehingga hari ini dinamakan sempena namanya), Tariq membakar kapal-kapal yang membawanya dan komrad-komrad dari Maghreb. Alat motivasi yang ekstrem ini berjaya dan walaupun jumlah mereka lebih kecil dari musuh pada skala sekurang-kurangnya 1: 3, pihak Muslimin berjaya mengalahkan Raja Visigoth, Raja Roderic pada perang Guadalete dan terus maju kedepan untuk mengambil alih keseluruh Sepanyol dan sebahagian besar Perancis.
Bukan sebuah poskad yang biasa - Tariq bin Ziyad dan askar-askarnya di perlawanan Guadalete

Maka bermulalah 800 tahun pentadbiran dibawah Islam di Andalusia yang merupakan kemuncak peradaban zaman Umayyah, dan melampirkan asas kepada zaman pencerahan di Eropah serta turut membuktikan bahawa orang Islam,Kristian dan Yahudi boleh hidup dalam harmoni - sehinggalah menjelangnya peristiwa Inkuisisi(Inquisition) .

4. Kisah Perang di Hattin

Salahuddin Ayyubi merupakan salah seorang perwira yang amat hebat dalam sejarah Islam. Kita tahu bahawa dialah yang mengalahkan tentera salib dan menakluk semula Baitul Maqdis untuk Islam dan penganutnya setelah hampir seabad dicemar oleh puak Franks. Kita turut tahu bahawa dia berjaya melakukan kesemua ini disamping mempunyai perwatakan yang amat baik,  dengan keperwiraan dan kejujuran antara kualiti-kualiti yang turut diakui oleh para musuhnya.
Tetapi tahukan anda bahawa dia juga mempunyai timing yang amat sempurna? Salahuddin telah sedikit demi sedikit mengelilingi kerajaan tentera salib untuk bertahun lamanya. Dia telah membina kekuatan, meneutralkan poin-poin yang lemah dalam kalangannya sendiri dan yang amat penting sekali, bermain strategi dengan Raja tentera salib. Pada Ramadan 1187 M, permainan itu tiba di kemuncaknya dengan kedua-dua belah pihak berlawan habis-habisan di Hattin. Apa yang terjadi kemudiannya ialah bukan perang semata-mata namun lebih kepada sebuah kelas oleh Salahuddin dalam cara-cara mengalahkan musuh anda dari segi taktik,fizikal dan mental. Apabila kesemuanya telah selesai, pihak Islam telah beroleh kejayaan, ketua-ketua kerajaan tentera Salib dijadikan tahanan penjara dan jalan ke Baitul Maqdis terbuka luas. Oh ya, dan dia juga menakluk semula Baitul Maqdis pada hari Isra dan Mikraj.....seperti yang sudah saya katakan sebelum ini, timing yang begitu sempurna.

3. Pertahanan terakhir di Ain Jalut

Amat sedikit antara orang Islam yang pernah dengar akan Mongolia, apa pula berjumpa dengan seseorang dari sana namun disini terdapat sekumpulan barbarian yang menghancurkan apa sahaja yang berada di jalan mereka. Untuk memberi anda sedikit idea betapa orang-orang Islam berada dalam ketakutan yang amat pada waktu itu, diceritakan bahawa jika seorang perwira Mongolia menyuruh seorang Islam untuk tunggu dalam keadaan berlutut sementara dia mencari pedang untuk membunuh si Muslim tadi, si Muslim akan menunggu dengan sabar daripada mencari risiko kehidupan yang lebih teruk lagi dari kematian!
Keseluruhan dunia Islam telah jatuh apabila berhadapan dengan musuh baru dan menakutkan ini. Oh, bukan keseluruhan. Ada satu outpost terakhir yang tinggal. Di Mesir, Sultan Mamluk, Sultan Qutuz memilih untuk tidak hanya menunggu gilirannya untuk dibunuh. Beliau mengumpulkan askar-askarnya dan membuat satu penahanan terakhir. Di sumber air mata air Jalut (Ain Jalut) tentera terakhir dunia Islam berdepan dengan tentera Mongol yang tidak pernah kalah. Ianya seakan-akan sebuah perlawanan gusti dimana seorang ahli gusti yang kurus dan tidak berpengalaman berlawan dengan ahli gusti yang merupakan juara dunia berkali-kali -- cuma pada perang ini, berjuta-juta nyawa yang di pertaruhkan. Keputusan perang ini bergilir-gilir di antara tentera Islam dan Mongols sehinggalah akhirnya, Qutuz sendiri yang menukarkan keadaan ini dengan mengetuai tenteranya maju jauh ke dalam benteng tentera musuh -- dan Islam(juga dunia lain-lain) telah dapat diselamatkan.


3. Penaklukan Mekah

Penaklukan Mekah merupakan lebih dari sekadar nota kaki dalam sejarah Islam. Ianya merupakan sebuah penamat yang gembira kepada sebuah cerita yang amat menarik. Cerita dimana sekumpulan lelaki dan wanita diseksa dan dikacau di dalam bandar mereka sendiri hanya kerana kepercayaan mereka, bagaimana mereka perlu menyelamatkan diri sebagai pelarian dan dalam masa sedekad kembali semula sebagai penakluk.
Penaklukan Mekah merupakan sebuah turning point dalam sejarah dunia. Islam telah kembali ke rumah di mana ianya telah bermula dan Kaabah sekali lagi di dedikasikan sebagai tempat untuk menyembah Allah sahaja. Setelah Mekah ditakluk, begitu juga kawasan-kawasan lain dalam Arabia dan dalam masa yang diambil untuk berita disebarkan, hampir kesemua puak-puak di Semenanjung Arab menghantar delegasi ke Madinah menyatakan kesetiaan mereka.
Hari ini, lebih 1.6 billion orang Islam yang menghadapkan muka mereka lima kali sehari untuk bersolat, pergi menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali dan menguburkan kesemua jenazah untuk menghadap kearah bandar ini yang ditakluk pada suatu hari di bulan Ramadan. 

1. Perang Badr  

Ibu kepada semua masa-masa yang genting -- perang Badr tanpa diragukan lagi ialah perang terpenting antara kebaikan dan kejahatan dalam sejarah manusia. Pada satu pihak, Nabi terakhir s.a.w dan hanya lebih 300 pengikutnya. Pihak satu lagi, penyembah berhala orang-orang Quraish dengan bilangan yang jauh lebih besar,serta senjata-senjata dan kekayaan yang turut jauh lebih banyak.
Apa yang terjadi kemudiannya ialah sebuah perang yang epik yang masih lagi dirasai oleh orang Islam seluruh dunia. Sebenarnya- perkataan 'epik' tidak langsung memaknakan betapa penting dan besarnya perang ini. Apa signifikan perang ini? Sebelum perang bermula, Nabi s.a.w menadah tangan dan mengucapkan ,"Jika kumpulan kecil ini terhapus hari ini, maka tiadalah lagi orang yang tinggal untuk menyembah mu di muka bumi ini." Mereka semua tidak dihapuskan dan sehingga kini, semua yang bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad ialah rasulNya berasa amat bersyukur.
Sebuah tanah gersang....ataupun sebuah tempat yang menyaksikan perang terhebat dalam sejarah manusia?

Pengajaran dari Sejarah?

Untuk melihat Ramadan sebagai bulan untuk refleksi spiritual dan tazkiyah semata-mata sebenarnya meninggalkan  contoh sebenar erti pengorbanan, jihad yang telah pun menjadi sebuah ciri bulan Ramadan di sepanjang sejarah kita. Ramadan kali ini, aktifkan lah diri anda dalam sebuah projek dan buatlah perubahan kepada orang-orang Islam di komuniti anda serta di seluruh dunia.
Mengenai penulis; Walaupun berasal dari India, Wajid membesar di Riyadh, Saudi Arabia di mana beliau mula belajar ilmu-ilmu Islam sejak dari umur yang kecil. Selepas berpindah ke UK, beliau belajar di sekolah medik dimana beliau memulakan University of London Union Islamic Socienties(ULU ISoc) dan projek Charity Week for Orphans pada 2003. Beliau sekarang bertugas di Badan Penasihat untuk projek tersebut. Beliau seorang yang bersemangat dalam menyatukan golongan muda mudi Islam secara jeneralnya, dan sejarah Islam .

Popular Posts