Dialih bahasa oleh Awan Putih . Artikel asal, How It's Possible to Lose an Airplane in 2014 muncul di laman Wired.com pada 11 Mac 2014 oleh Jordan Golson.
Imej : Pedro Moura Pinheiro/Flickr |
Pada zaman dimana kita
semua mempunyai GPS di dalam saku, OnStar dalam kereta dan NSA yang
menjejaki sesiapa sahaja, dan dimana sahaja, ianya masih boleh berlaku, walaupun
jarang sekali , untuk sebuah pesawat komersial lesap begitu sahaja.
Inilah yang nampaknya
telah terjadi kepada pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang setelah lebih
kurang sejam meninggalkan Kuala Lumpur untuk menuju ke Beijing awal pagi Sabtu
lepas. Sehingga Isnin, kumpulan-kumpulan mencari dan menyelamat dari sembilan buah
negara termasuklah Amerika Syarikat belum menemui jejak pesawat Boeing 777-200
mahupun 239 penumpang pesawat tersebut.
Apapun yang berlaku,ianya
berlaku dengan begitu pantas dan melibatkan malapetaka yang besar, kata pakar-pakar
penerbangan. Kerana kejadian ini terjadi di atas lautan- dijangkakan Laut Cina
Selatan, tetapi berkemungkinan juga
Teluk Thailand - bermakna ianya akan mengambil masa berbulan ataupun bertahun
untuk kita mengetahui secara tepat apakah sebenarnya yang telah terjadi. Lautan
merupakan tempat yang sangat luas, dan usaha mencari petunjuk-petunjuk akan
berlaku dengan lambat. Para penyiasat mengambil masa dua tahun untuk menemui data dari perakam suara kotak hitam milik pesawat Air France Penerbangan 447,
yang terhempas di atas lautan Atlantik pada 1 Jun,2009.
“ Ianya mudah, amat-amat
sukar untuk mencari apa-apa benda di dalam air,” kata kolonel pesara, Kol. J.
Joseph, bekas juruterbang Marine Corps dan konsultan penerbangan.
Yang paling menggerunkan,
pesawat ini seolah-olah lesap begitu sahaja, tanpa meninggalkan jejak. Kapten
pesawat yang mempunyai lebih 18,000 jam pengalaman penerbangan tidak memberi
apa-apa amaran, dan tidak membuat panggilkan kecemasan. Tiada apa petunjuk
bahawa terdapat apa-apa yang tidak kena dengan pesawat itu pada ketika ianya terputus hubungan. Ini bukanlah sesuatu yang sangat
ganjil, kerana keutamaan pertama kru penerbangan dalam masa kecemasan ialah
menangani situasi yang ada. “Aviate,navigate,then
communicate (Menerbangkan,mengemudi kemudian berkomunikasi)” adalah mantra
yang dipegang. Juruterbang sebuah syarikat penerbangan dan juga seorang
blogger,Patrick Smith berkata bahawa radio yang senyap tidak menggusarkannya.
“Ia sebenarnya sesuatu yang luar biasa untuk terdapatnya
distress message ,” katanya. “Ia akan memilih antara satu dari dua jalan.
Pertama, apabila terdapat suatu melapetaka dan tiba-tiba tiada masa
untuk menghantar mesej distress tersebut.
Kedua, kru-kru telah dilatih supaya komunikasi dengan pangkalan darat ialah
tidak semustahak keperluan untuk menangani apa-apa perkara yang memerlukan
perhatian segera.”
Ini mungkin menerangkan
mengapa Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Kapten Fariq Ab.Hamid tidak memberitahu
kawalan trafik apa masalah yang dihadapi mereka,ataupun membuat panggilan untuk mendapatkan
bantuan. Namun, kenapakah ianya masih boleh terjadi bahawa kawalan trafik udara
tidak tahu lokasi tepat dimana MH370 berada sebelum ianya terputus hubungan?
Jawapannya : Kerana pesawat berada di
atas lautan.
Tiada Penjejak Radar untuk Pesawat Komersil di atas Lautan
Ianya merupakan sebuah salah faham, tanggapan bahawa juruterbang sentiasa berkomunikasi dengan pusat kawalan
trafik sepanjang masa, ataupun pesawat diperhatikan di radar pada setiap masa.
Sejurus selepas sebuah pesawat berada lebih dari 100 atau 150 batu dari pantai,
radar tidak lagi berfungsi. Ianya mudah, radar tidak mempunyai jarak yang cukup
untuk ia mengesan pesawat. (Jarak spesifik dari pantai berubah-ubah dengan
jenis radar, keadaan cuaca, dan faktor-faktor lain). Pada waktu itu, pesawat
awam berkomunikasi dengan radio berfrekuensi tinggi. Kru penerbangan pula
sentiasa pada poin-poin yang ditentukan ketika penerbangan, memberi informasi
mengenai posisi pesawat, halaju, dan ketinggian. Ianya bukanlah sesuatu yang
luar biasa apabila radio senyap sahaja diantara poin-poin tersebut kerana
perjalanan pada 35 000 kaki di udara selalunya tidak berlaku apa-apa yang
menarik. Terdapat juga pesawat udara yang mempunyai sistem komunikasi dimana
juruterbang tidak perlu membuat apa-apa panggilan; pengurusan komputer penerbangan
tersebut menghantar informasi melalui pautan satelit.
Walaupun system pengurusan
penerbangan moden menggunakan GPS untuk pengemudian, ianya hanya memberitahu
pesawat itu dimana ia berada - GPS itu tidak memberitahu pusat kawalan trafik
dimana pesawat itu berada. Sama seperti jika anda membawa iPhone anda ke
tengah-tengah padang pasir Mojave; GPS anda hanya akan memberitahu anda lokasi
anda, namun anda tidak dapat menggunakan Find My Phone kerana ketiadaan liputan
talian telefon mobil. Walaupun boleh mengunakan data
aliran(streaming) dari pesawat secara langsung melalui satelit, kos untuk melaksanakan
sistem sebegitu di seluruh industri akan mencecah berbilion-bilion dolar, kata
Smith.
Namun, amat tidak mungkin
untuk pesawat MH370 terhempas secara senyap-senyap tanpa sesiapa mengetahuinya, kata Joseph. Banyak
pesawat-pesawat komersil mempunyai beacon pencari (locator beacon) kecemasan
yang kru penerbangan boleh mengaktifkan dengan serta-merta. Ia juga akan turut
diaktifan dalam beberapa situasi, seperti apabila berlaku impak antara pesawat
dengan air -- namun ia tidak begitu efektif pada di air yang dalam. Dan
walaupun sistem penerbangan awam tidak mempunyai radar atau teknologi penjejakan
lain di laut, ajensi tentera dan keselamatan sudah tentu akan memiliki teknologi
sedemikian. Mungkin terdapat kapal, pesawat atau satelit kerajaan yang dapat
menangkap beberapa petunjuk, seperti kesnya apabila sebuah jet pejuang Soviet
menembak dan menyebabkan terhempasnya Korean Air Lines pesawat 007 pada tahun
1983.
“Saya benar-benar akan
terperanjat jika insiden ini (pesawat MH370) tidak direkodkan pada radar data
seseorang,” kata Joseph.
Aliran-aliran data yang
lain mungkin boleh memberi lebih banyak petunjuk. Reuters melaporkan bahawa pesawat MH370 dilengkapi teknologi ACARS, sebuah penyelenggaraan komputer yang mampu
menghantar data ke syarikat penerbangan, memberi amaran kepada mekanik mengenai
bahagian-bahagian yang memerlukan pembaikian ataupun penambahbaikkan. Walaupun sistem
ini biasanya tidak menghantar data dalam real-time, ianya menghantar informasi
secara berkala ketika penerbangan. Data sebegini boleh memberi petunjuk, namun
hanya selepas berlakunya apa-apa kejadian. ACARS membantu para penyelidik untuk
mengenal pasti mengapa pesawat Air France 447 terhempas. Walaupun Boeing
menyediakan sistem yang lebih maju, iaitu Airplane Health Management yang
menyediakan penyelesaian pada masa sebenar dan turut mengawasi penerbangan,
pesawat MH370 tidak menggunakan sistem ini.
Kawasan
Serpihan adalah besar, Dan Lautan pula Lebih Besar
Namun demikian, jika sesebuah kapal terbang terhempas, ianya
pasti akan terhempas di sesebuah tempat, maksudnya mestilah ada sesuatu di luar
sana. Namun setelah hari ketiga pencarian dijalankan, para penyiasat masih
tidak menemui apa-apa petunjuk mengenai kapal terbang ini. Ini luar biasa,
namun bukanlah tidak pernah berlaku.
Penerangan yang paling ketara sekali ialah kapal-kapal pencarian dan penyelamat tidak mencari di
tempat yang betul kerana mereka tidak pasti di mana kapal terbang ini jatuh,
kata Smith. Kemungkinan juga, walaupun sangat tidak mungkin, bahawa kapal
terbang ini sebahagian besarnya masih utuh selepas terjunam kedalam air dan
tenggelam.
Terdapat banyak spekulasi
mengenai apa yang sebenarnya telah berlaku, dan pesawat-pesawat telahpun
terhempas sebelum-sebelum ini diatas pelbagai alasan dari kebakaran yang berlaku dalam penerbangan kepada juruterbang yang sengaja membawa kapal terbangnya terhempas dan, sudah tentu, insiden terorisme. Suatu kegagalan yang membawa
kepada kemalangan pada pesawat itu--sebagai contoh kegagalan atau kehilangan
suatu komponen yang penting, ataupun suatu letupan juga merupakan satu lagi
kemungkinan.
Pakar-pakar penerbangan
berkata ianya merupakan sangat awal , dan terlalu sedikit informasi yang
diketahui, untuk membuat spekulasi mengenai apa yang telah terjadi. Namun ramai
yang bersetuju bahawa apapun yang berlaku, ianya berlaku dalam masa yang pantas
dan secara tiba-tiba , dan sudah tentu berlaku di altitud yang tinggi,
menyebabkan serpihan berselerak di kawasan yang sungguh luas.
“Jika sesuatu malapetaka buruk yang terjadi,
ianya terjadi pada tujuh batu di atas sana,”kata Joseph. ”Angin pada altitud itu
kadang-kadang melebihi 100 knot. Dengan kelajuan angin sebegitu,
serpihan-serpihan yang kecil akan diselerakkan di pelbagai tempat yang lain-lain.”
Mana-mana bahagian
aerodinamik,seperti bahagian sayap ataupun bahagian ekor pesawat akan
diterbangkan dimana-mana seperti sebuah beg plastic ditiup angina. Serpihan
yang berat seperti enjin atau gear pendaratan akan menjunam terus. Minyak dan
likuid-likuid lain akan berselarakan, meninggalkan bukti yang sangat sedikit.
Ini yang berlaku apabila kapal angasa Columbia berkecai ketika memasuki bumi
pada 1 Februari 2003. Bezanya, kejadian itu berlaku diatas darat. Untuk mencari
serpihan di lautan luas adalah jauh lebih sukar.
Jordan Golson merupakan
seorang wartawan teknologi dan automatif di Durango,Colorado. Ikutinya di
@jlgolson di twitter.
No comments:
Post a Comment