karya Zulqarnain
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Selawat dan salam kepada junjungan besar lagi mulia,
Muhammad sallalahualaihi wasallam.
Langit mendung seketika hari ini merelakan pemergian seorang
lagi murabbi ummah, allahyarham al-fadhil Tuan Guru Harun Taib. Al-Fatihah.
Kepada ahli keluarga al-fadhil Tuan Guru, takziah dan
diucapkan. Inna lillahi wa inna ilaihiraa ji’un. Daripada Allah kita datang dan
kepada Allah kita kembali.
Alhamdulillah, kita panjat syukur kepada Allah ‘Azza wa
Jalla kerana memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama dengan al-fadhil
Tuan Guru dan melepaskan Tuan Guru daripada derita dan ujian dunia.
Pemergian Tuan Guru yang juga merupakan Ketua Dewan Ulama’
PAS Pusat adalah satu kerugian yang besar kepada masyarakat. Namun, seperti
akan mengetahui dan menyedari bahawa dunia hanya persinggahan semata, Tuan Guru
telah banyak menulis untuk meninggalkan tinta-tinta ‘ilmu kepada masyarakat.
Semoga banyak manfaatnya kepada semua.
Pemergian Tuan Guru memberi ingat kepada kita bahawa kita
hamba-Nya yang hina pasti akan dipanggil bilamasa sahaja. Justeru, pedoman dan
pengajaran untuk kita adalah apakah bekal kita sudah melayakkan kita untuk
mengemis belas kasih Allah ‘Azza wa Jalla untuk ditempatkan bersama-sama dengan
yang dicintai Muhammad sallalahualaihi wasallam dan orang-orang yang beriman
lainnya?
Pemergian Tuan Guru juga pada satu sudut sepatutnya menjadi
pembakar semangat kepada abnaul harakah khususnya
yang telah mewakafkan diri kepada perjuangan Islam secara amnya dan PAS khususnya.
Pendokong perjuangan ini perlu mula mengambil ingat bahawa secara logiknya satu
demi satu murabbi ummah akan pergi menyahut seruan yang Esa dan secara
logiknya, merekalah yang akan mengambil amanah dan tanggungjawab yang
ditinggalkan.
Oleh yang demikian, pendokong jamaah PAS semua secara
hukumnya, wajib haraki, untuk menggali sedalam-dalamnya khazanah ‘ilmu Allah
‘Azza wa Jalla dan menyampaikannya kepada masyarakat untuk mendekatkan lagi
mereka kepada kehidupan Islam yang sebenar.
Kepada semua pembaca, solat ghaiblah walau di mana jua anda
berada. Semoga allahyarham al-fadhil Tuan Guru Harun Taib rahimallahu ta’ala
ditempat dalam kalangan orang-orang yang diangkat darjatnya.
Menulislah buat pedoman ummah. Menulislah agar pedoman dan
pengajaran kekal dalam lipatan sejarah.
Akhirul kalam, sekali lagi takziah diucapkan kepada seluruh
ahli keluarga allahyarham Tuan Guru rahimallahu ta’ala. Al-Fatihah.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment