Ketua Polis Istanbul (Huseyin Capkin) meninggalkan stesen polis di Istanbul (18 Disember 2013). Gambar dari Reuters/Osman Orsal |
Artikel asal karya Kadri Gursel, dari almonitor.com. Boleh dibaca dalam bahasa asal disini.
Dialih bahasa oleh Awan Putih.
Sejak pagi 17 Disember, masyarakat
awam di Turki sedang mengalami kejutan gempar berikutan keputusan operasi
anti-korupsi yang dijalankan secara besar-besaran, yang secara terus ada
perkaitan dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan partinya Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP). Terdapat
tuduhan rasuah yang begitu berat terhadap empat menteri kerajaan yang penting
yang juga dikenali sebagai mereka yang rapat dengan perdana menteri. Mereka ini
ialah : Erdogan Bayraktar, menteri alam sekitar dan pembandaran; Muammer Guler,
menteri dalam negeri, Zafer Caglayan, menteri ekonomi, dan Egemen Bagis,
menteri hal ehwal EU.
Anak-anak lelaki kepada tiga menteri pertama disebutkan diatas telahpun ditahan
polis pada pagi 17 Disember atas kesalahan merasuah dan menggunakan pengaruh.
Pada 19 Disember, mereka disoal oleh pihak polis.
Pada hari yang sama, polis Istanbul melancarkan tiga operasi anti-rasuah yang
berlainan dan menahan 52 orang. Di pusat operasi pertama ialah seorang warga
Iran berbangsa Azeri yang bernama Reza Zarrab. Menurut maklumat yang
dikeluarkan kepada pihak awam, Zarrab aktif dalam menyeludup wang ke Iran
melalui Russia dan China. Ianya dikatakan bahawa Zarrab telah menubuhkan
saluran-saluran rasuah dengan Guler,Caglayan dan Bagis, samaada secara terus
ataupun melalui anak-anak mereka. Zarrab dituduh mengedarkan $63 million duit
rasuah kepada menteri-mentari terbabit. Menurut laporan berita, Caglayan
dituduh mengambil $51.5 milion dalam rasuah; Guler, $10 milion; dan Bagis,$1.5
milion.
Pada
hari 19 Disember, suratkhabar harian Taraf menyiarkan rakaman polis keatas
perbualan-perbualan telefon dan pengawasan visual keatas hubungan rasuah Guler
dan Bagis.
Di
pusat operasi kedua pula ialah Bayraktar, yang bertanggungjawab keatas badan Sosial
dan Pentadbiran Perumahan(TOKI). Sebelum menjadi seorang menteri, Bayraktar
merupakan pengerusi kepada TOKI yang berkuasa,antaranya mengkoordinasikan
pelaburan-pelaburan perumahan negeri. Antara 22 orang yang ditahan berhubung
kes ini ialah pemilik-pemilik kepada tiga firma pembinaan yang besar: Ali
Agaoglu, Emrullah Turanli, dan Osman Agca. Mereka dikenali sebagai memang rapat
dengan kerajaan dan menerima pulangan besar dari kontrak-kontrak TOKI. Abdullah
Ogus Bayraktar, anak kepada Menteri Bayraktar, juga antara yang ditahan. Mereka
ditahan atas tuduhan aktiviti pembinaan yang haram, serta memberi dan menerima
rasuah.
Operasi ketiga adalah terhadap daerah Fatih di Istanbul yang dikawal oleh AKP.
33 orang, diketuai oleh Datuk Bandar Mustafa Demir telahpun ditahan. Antara kesalahan
yang sedang disiasat adalah rasuah bernilai jutaan dolar yang ditujukan untuk
mendapatkan permit pembinaan untuk sebuah projek yang dapat membahayakan system
keretapi bawahlaut Marmaray, yang menghubungkan kawasan Asia dan Eropah bandar
Istanbul.
Pendakwa Zekeriya Oz - yang terkenal di
kalangan mereka yang mengikuti penyingkiran pimpinan rejim tentera di Turki -
mengkoordinasikan ketiga-tiga siasatan ini. Sebelum ini, Oz merupakan pendakwa
dalam percubaan Ergenekon keatas bekas-bekas tentera dan orang awam yang
dituduh merancangkan perampasan kuasa, serta kes Odatv, iaitu merupakan sebuah
kes terhadap para wartawan yang mensasarkan gerakan Gulen.
Protes rakyat Turki keatas dakwaan rasuah dalam kerajaan AKP |
Terdapat dua dimensi kepada operasi 17 Disember yang berjaya dirahsiakan dari
kerajaan; pertama, korupsi berleluasa yang benar-benar mencabar kerajaan dan Erdogan; kedua, pendedahan kepada amalan-amalan korup, yang berlaku
bukan kerana hasil pendakwa yang berkecuali dan professional, tetapi sebuah
manifestasi kepada pergolakan yang dramatik antara parti AKP dan gerakan Gulen.
Namun demikian, korupsi adalah korupsi, dan
legitimasi mereka yang melawan korupsi tidak akan dibahaskan. Pergolakan antara
AKP dan Gulen adalah perebutan kuasa antara dua kuasa politik yang dahulunya merupakan rakan
politik. Sesiapa sahaja pengikut media yang berpengetahuan sudah tentunya
senang sahaja membuat kesimpulan ini.
Sejak operasi 17 Disember menjadi publik, pihak media - terutama sekali media
yang rapat dengan gerakan Gulen, bersungguh-sungguh melaporkan maklumat
siasatan yang sepatutnya dibiarkan tersimpan dari pengetahuan awam. Berlainan
pula dengan media yang pro-kerajaan yang tidak melaporkan tuduhan-tuduhan
rasuah, mahupun bukti yang telah dijumpai serta bahan-bahan visual yang telahpun diberi
kepada pihak media. Media pro-kerajaan sebaliknya menyebarkan dakwaan bahawa
operasi tersebut merupakan sebuah konspirasi untuk menumbangkan kerajaan yang
dijalankan oleh kumpulan asing.
Pergolakan tidak simetri antara AKP (parti Erdogan) dan gerakan Gulen semakin
hari semakin menampakkan perang saudara didalam negara. Ianya seolah-olah tiada
pemenang yang akan muncul dari pertarungan ini, maka adalah penting untuk
melihat siapa yang akan mendapat kerugian yang lebih besar. Pada saat ini,
kerosakan yang paling serius sedang dikenakan terhadap Erdogan dan kerajaannya.
Satu perkara yang boleh dipersoalkan ; Kenapa tiga operasi berbeza ,yang
melibatkan suspek berlainan namun semuanya berhubungkait dengan pemerintahan
AKP dan korupsi menteri, dijalankan pada hari yang sama?
Jawapannya,
dengan realiti Turki, adalah ; Jika dijalankan berasingan,
maka dua lagi operasi sudah tentu tidak dapat dijalankan, kerana kerajaan akan terus menghalangnya.
Kerajaan
Turki pula tidak lambat dalam campur tangan dalam siasatan-siasatan tersebut.
Walaupun kedua-dua pendakwa yang ditugaskan dengan siasata itu tidak
meminta banyak perkara, pada 18 Disember, dua lagi pendakwa diletakkan ke
kes-kes ini oleh pendakwa raya Istanbul.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan |
Satu lagi perkara menarik berlaku dalam institusi polis. Seramai 29 ketua polis
ditugaskan semula dari jawatan mereka di Ankara dan Istanbul. Walaunpun
kebanyakannya bersetuju bahawa penugasan semula ini merupakan suatu perbuatan
untuk menghukum ketua polis yang menyembunyikan operasi itu dari orang atasan
mereka,ataupun menyingkirkan polis-polis yang dirasakan rapat dengan gerakan
Gulen, ada juga yang mempercayai bahawa tindakan tersebut sebenarnya bertujuan
untuk menghalang siasatan lanjut dilakukan.
Kesemua ini menunjukkan percubaan AKP untuk mengawal kerosakan.
Sementara
itu, kita boleh membuat catatan mengenai kerosakan-kerosakan yang dibawa oleh
kerajaan hasil dari operasi-operasi pada 17 Disember:
Pertama
: Hasil dari siasatan-siasatan tersebut, Erdogan dan partinya mengalami
kerosakan yang serius dan kehilangan kredibiliti di ambang suatu acara politik
yang sangat kritikal, termasuklah pilihanraya lokal pada Mac 2014 dan
pilihanraya presiden serta pilihanraya utama pada pertengahan tahun 2015. Ini
mungkin boleh menghasilkan kekecewaan dalam kalangan pengundi dan akan
mempengaruhi keputusan pilihan raya secara negatif untuk pihak AKP.
Kedua : Kerajaan telah membuatkan orang awam mengesyaki kewibawaannya apabila
ia masuk campur dalam siasatan korupsi keatas ahli-ahlinya, walaupun terdapat
bukti kukuh. Jika campur tangan ini masih lagi berlaku disaat pilihanraya kecil
semakin menghampiri, kehilangan jumlah pengundi akan mencerminkan kehilangan
kepercayaan mereka.
Ketiga
: Oleh kerana kerajaan tidak dapat menunjukkan menteri-menterinya tidak
bersalah dengan bukti yang kukuh, dakwaan terhadap menteri-menteri seakan-akan
benar.
Keempat : AKP di Turki telahpun melakukan taboo terbesar di Turki,iaitu taboo
korupsi. Sejak tahun 2008, pihak media tidak pernah menyiarkan walaupun satu
laporan rasuah yang mungkin akan mengapa-apakan kepentingan kerajaan disebabkan
kawalan ketat keatas pihak media oleh kerajaan AKP. Seseorang yang tidak
menyedari realit di Turki mungkin akan berfikir bahawa Turki pada pemerintahan
AKP sudah tidak ada lagi kes rasuah. Operasi 17 Disember ini, membuktikan
sebaliknya. Rasuah amatlah berleluasa di negara ini dan sudah pun mencapai paras yang merbahaya.
Kelima : Berkaitan dengan taboo korupsi, suatu lagi taboo telah berakar melalui
kawalan ketat terhadap pihak media. Taboo ini, yang berkenaan dengan hal ehwal
perniagaan, pelaburan dan tabiat perbelanjaan keluarga-keluarga parti
pemerintah, maka, “taboo keluarga parti pemerintah” turut juga telah dilakukan
oleh AKP. *
Keenam : Pemerintahan
AKP telah mewujudkan media yang partisan dengan membenarkan surat khabar dan
stesen-stesen TV yang mengalami krisis kewangan diambil alih oleh kerajaan
kepada kroni-kroni pemilik. Ianya tidak musnah , namun sudah tentu kehilangan
kuasa mereka disebabkan siasatan-siasatan ini. Kawalan ketat terhadap media
tidak dapat memberhentikan aliran berita mengenai kes rasuah ini. Dalam masa
artikel ini disiapkan, Huseyin Capkin, ketua polis Istanbul, dimasukkan kedalam
senarai polis-polis yang dibuang dari jawatan mereka.
* AKP merupakan sebuah
parti politikal Islam dan berbangga dengan imej mereka yang bersih dan bebas
rasuah. Oleh kerana ini, terdapat beberapa taboo dalam pemerintahan AKP yang
biasanya dilakukan oleh kerajaan-kerajaan sebelumnya tetapi oleh kerana imej
Islamik AKP, orang dan AKP sendiri beranggapan rasuah dan korupsi tidak
mempunyai tempat dalam pemerintahan Erdogan. Dengan adanya kes rasuah Disember
17 ini, AKP dilihat seperti telah melakukan dua perkara yang amat bertentangan
dengan imej yang dipaparkan, lantas dikatakan sebagai melakukan taboo. (nota
pengalih bahasa)
No comments:
Post a Comment