Oleh Zulqarnain
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Sebuah
motivasi bagi mereka yang bergelar ansarullah.
Tidak seperti
hari-hari biasa yang dilaluinya, hari ini Ayyas bersiap lebih awal dari
kebiasaan untuk ke kelas. Entah kenapa hatinya cukup resah selepas mimpi yang
dia alami semalam. Cukup menyentuh hati hingga dia terbangun dari tidurnya .
Serta merta dia menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di awal pagi.
******
Jam berdetik
menunjukkan angka dua belas tengah hari. Empat jam non-stop lecture hari
ini, sedikit sebanyak memenatkan otak yang masih ligat berfikir cuba mengingati
kembali tajuk-tajuk penting.”Masih ada satu kelas lagi sebentar lagi, bertahan
Ayyas!”, bisik hati kecilnya. Berehat
sebentar di perpustakaan universiti sebelum meneruskan kelas jam satu petang
nanti. Seperti biasa, dia mengeluarkan telefon bimbit dari beg sambil disambung
headphone ke telinganya.
Di mana mujahid,
Yang cintakan keamanan,
Kembalikan nafas jihad,
Semarakkan kesedaran ummah.
Keamanan mekar segar,bersendikan pohon
iman
Ayuh sedia wahai pejuang jika mahu
ambil pengajaran
Sejak
akhir-akhir ini, lirikan lagu ini sungguh menyuntik semangat Ayyas. Dia
sememangnya meminati lapangan nasyid sebagai salah satu hiburan yang dibenarkan
dalam Islam. Seketika
kemudian, Ayyas terus log in ke akaun
facebook bagi mengetahui berita-berita terbaru.
Tidak
semena-mena Ayyas terkejut dan bibirnya pantas mengucap, “Allahuakbar!”. Terduduk
dia menerima berita dari Bumi Kinanah. Kezaliman
kudeta As-Sisi & jenteranya, membaham rakus rakyat yang tidak bersalah,
seakan-akan dahagakan darah manusia.
Ayyas
teringatkan sahabatnya di sana. “ Ziyad..”, bisik hati kecilnya. Lantas Ayyas menghantar
satu private message di laman sosial
facebook. “Harap-harap internet masih bernyawa di sana”, kata Ayyas dengan
penuh harapan agar dia dapat menghubungi Ziyad.
Assalamua’laikum wbt Ziyad sahabatku,
Di saat ini, aku begitu terkejut
menerima perkhabaran dari Bumi Mesir.Melihat gambar-gambar para syuhada’ yang
ditembak & mayat bergelimpangan.Mana mungkin aku masih masih mampu bersabar
mendengar dan melihat kezaliman boneka Israel Laknatullah. Sungguh aku mengharapkan
ini semua adalah satu mimpi ngeri. Aku teringin sekali bangun dari tidur yang
panjang & terjaga dari mimpi yang buruk ini. Aku perlu bergegas. Sampaikan padaku
suatu berita tentang keadaan engkau dan saudara seakidah kita disana. Doa dari
sini sentiasa aku titipkan untuk Mesir, in shaa Allah.
Wassalam,
Ayyas
******
Jam hampir ke
pukul satu petang. Ayyas tidak tenang sama sekali, selagi Ziyad tidak membalas
pertanyaan khabarnya. “Lepas kelas, in shaa Allah mungkin Ziyad akan balas”,
bisik hati kecilnya, cuba menenangkan hati. Tepat jam dua
setengah petang, Ayyas bergegas keluar dari kelas dan berlari mendapatkan cab uni untuk pulang ke rumah. Di dalam
perjalannya, tanpa disangka-sangka radio menyiarkan berita di Kaherah,Mesir.
“The Health ministry has put the
figure at 56 people killed and this number expected to increase today in two
Cairo protest camps set up by supporters of Egypt’s ousted president Mohamed
Morsi.”
Pedih hati
mendengar perkhabaran dari sana. Sebaik sahaja sampai di rumah, Ayyas terus
mengetuk papan kekunci laptopnya untuk mengetahui keadaan semasa. “Alhamdulillah,
Ziyad dah reply”.
Assalamu’alaikum wbt buat sahabatku
Ayyas yang jauh di sana,
semoga keadaanmu jauh lebih baik
berbanding kami disini.
Fi Amanillah untuk kita semua yang jauh
& dekat.
Ayyas,
Benar engkau tidak tidur.
Benar, engkau tidak bermimpi.
Jauh sekali ini bukan fantasi.
Engkau melihat perkara yang benar,
yakni kezaliman semakin menggila saat ini.
Andai engkau yang jauh masih terkejut
menerima berita ini, apatah lagi kami yang tinggal begitu hampir di dua dataran
suci ini.
Ayyas,
kamu tahu apa yang aku sedang lakukan?
Aku menangis
Aku menangis bukan kerana takut dengan
peluru hidup yang tidak mengenal mangsa.
Aku menangis melihat kerakusan binatang
bertopengkan manusia dan bergelar boneka.
Aku menangis, kerana saat ini, saat
aku mengetuk papan kekunci ini, aku melihat dengan mata kepalaku sendiri, begitu
ramai para syuhada’ di hadapan kediamanku.
Aku menangis, kerana wanita, anak
kecil dan warga tua ditembak tanpa ada perikemanusiaan.
Aku menangis wahai Ayyas, kerana aku melihat darah manusia menghiasi permukaan jalan-jalan disini. Darah itu darah suci. Darah para huffaz. Darah para ulama’.
Aku menangis wahai sahabat, kerana
saat ini aku begitu rindukan Rasullulah SAW
Entah kenapa saat ini rindu pada
Baginda menggunung tinggi.Terlalu rindu.
Aku menggambarkan Baginda bersama-sama
dalam pertempuran ini.
Seperti mana peperangan pertama umat
Islam Badar Kubra.
Menyuntik semangat melawan kejahatan.
Namun, disebalik tangis ini, aku kagum
melihat rakyat di sini.
Andai engkau tahu Ayyas, aku belajar
erti sebenar tarbiyyah di sini.
Baru aku faham, erti tarbiyyah dari
pengorbanan rakyat di sini.
Sama sekali tarbiyyah yang kita
belajar dari kulit ke kulit buku itu hanya sedikit.
Bila mana laungan syahid itu bergema,
engkau akan merasa seakan-akan sirah yang engkau pelajari selama ini dari
kitab-kitab, benar-benar di alam nyata.
Laungan takbir membelah alam &
menjadi benteng tembakan rambang dari seluruh arah.
Sebenar-benar perjuangan adalah
perjuangan jihad & syahid, Ayyas.
Tidak sekali-kali Yahudi akan
melepaskan umat Islam selagi mana, kita masih berpegang teguh dengan Al-Qur’an
& ajaran Islam.Selagi mana kita tidak tunduk pada telunjuk mereka.
Engkau tahu Ayyas, rakyat yang
menentang penggulingan ini, hanya bersenjatakan Al-Qur’an. Biarpun ratusan
nyawa sebagai galang gantinya, Al-Qur’an masih dan akan tetap ada.
Itu janji Allah.Kalamullah akan tetap
tertegak dengan izin dan kuasaNya.
Wahai sahabat yang sangat aku sayangi,
Umat Islam akan tetap ditindas selagi
mana, kita sendiri masih belum keluar dari kepompong jahiliyyah & zon
selesa yang kita cipta sendiri. Mana mungkin perjuangan itu mudah andai syurga
itu mahal? Selama ini aku begitu takut & gerun untuk mengucapkan kalimah
‘syahid’ dan ‘jihad’ kerana aku sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki.
Namun, sampai kapan kita mahu duduk di
takuk lama?
Sampai kapan kita hanya mampu melihat
keadaan umat Islam sejagat?
Sampai kapan, kita hanya mampu
bercakap berdasarkan fakta, tanpa ada implementasi?
Sampai kapan kita mahu bergantung pada
yang lain ?
Sekalipun terpaksa menjual agama?
Sampai saat kita pula tiba?
Aku tidak hairan dengan kekuatan
rakyat Mesir disini,
Aku tidak hairan semangat juang meraka
di sini,
As-Syahid Syed Qutub, Zainab
Al-Ghazali, As-Syahid Hassan Al-Banna.
Semuanya lahir di tanah ini, tanah
Musa & Fir’aun.
Cuma aku khuatir,
Aku khuatir, saat masa kita tiba, kita
cabut lari sebelum tembakan dihalakan.
Aku khuatir saat kita pula, kita futur sebelum gas
pemedih mata dilepaskan.
Aku khuatir jika ini berlaku, maka
siapa yang akan mengambil tempat sebenar pejuang?
Aku khuatir, kita gagal.
Kita terlalu banyak mencipta alasan.
Terlalu manja dengan tawaran dunia,
hingga buta dengan balasan akhirat
Ayyas,
Aku mengingati diriku & dirimu
serta semua sahabat & saudara seakidah kita,
Islam hanya satu-satunya cara
penyelesaian untuk setiap masalah.
Generasi muda kini, adalah pemangkin
& penentu untuk masa hadapan.
Aku sedih melihat masih ada remaja mampu
ketawa berdekah-dekah,
melayan perkara-perkara yang jauh dari
agama.
Menyanjung barisan artis yang disangka
hebat tetapi para ulama’ ditentang kuat?
Zaman apakah ini?Aku yang tertinggal
atau mereka yang ketinggalan?
Walhal mereka ini, golongan
berpelajaran tinggi.
Golongan bijak pandai tetapi
berpaksikan nafsu bukan ajaran Tuhan.
Ayyas,
Masih hangatkah darah perjuangan dalam
dirimu?
Jangan sekali-kali putus asa kerana kemenangan
akan datang.
Dengan izin Allah.Janji Allah tidak
pernah silap dan sentiasa tepat.
Akhir kalam,
Gengamlah kata-kata ini dan sematkan
dalam jiwamu,
“Barangsiapa yang membela agama Allah,
nescaya Allah akan membelanya (mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian”
[Muhammad :7]
Engkau tahu kenapa Mesir begini?
Mengapa rakyatnya bermati-matian
mempertahankan tanah ini?
Kerana Mesir, adalah abang sulung
negara-negara Islam.
Aku tahu kamu letih dengan apa yang
sedang kamu lakukan. Tetapi sedarlah wahai sahabat, seletih-letih kita, letih
lagi saudara kita di sini. Namun mereka tidak pernah mengalah. Bertahanlah.
Perhebatkan imanmu, teguhkan pendirianmu. Hasbunallah Wani’mal Wakeel.
Hingga ketemu lagi,
andai bukan di sini,
di syurga nanti.
In shaa Allah.
Wallahu ta’ala ‘alam,
Tariq Ziyad,
--------
Ayyas
menutup mata rapat-rapat membiarkan linangan air matanya mengalir deras.
Janjinya, biarlah ini kali terakhir dia menangis. Selepas ini, tidak mahu lagi
ada keluh kesah dalam melakukan kerja-kerja yang harus digalas.
“Sahabat,semoga
engkau berjaya, semoga kita berjaya. Islam tetap akan menang. Jika bukan
sekarang, akan datang. Allahummansuril
Islam Wal Musmiln!”, tekad Ayyas lantas menutup skrin laptop dan bergegas
menunaikan solat Maghrib.
Gambar-gambar yang digunakan dalam post ini adalah dari flickr Mosa'aberising. Wartawan yang bertanggungjawab dengan gambar ini adalah antara wartawan yang maut angkara kekejaman pasukan keselamatan Mesir. Moga beliau ditempatkan dalam kalangan para syuhada'.
No comments:
Post a Comment