Wednesday, 15 May 2013

Masyarakat Sivil Palestin Menyeru untuk BDS

Dialih bahasa oleh Awan Putih. Baca artikel asal disini.

Masyarakat Sivil Palestin Menyeru untuk Boikot, Divesmen (Pembatalan Pelaburan) dan Sekatan terhadap Israel Sehinggalah ianya Akur dengan Undang-undang Antarabangsa dan Prinsip Universal Hak Asasi Manusia

9 Julai 2005

Setahun selepas peristiwa bersejarah Advisory Opinion (Pendapat berbentuk nasihat)  oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang mendapati Tembok Pemisah yang dibina Israel atas tanah pendudukan kawasan Palestin sebagai tidak sah; Israel tetap meneruskan pembinaan Tembok Pemisah yang bersifat kolonial itu dengan pengabaian penuh kepada keputusan Mahkamah.Tiga puluh lapan tahun dalam pendudukan Israel terhadap Tebing Barat Palestin (termasuk Timur Baitul Maqdis), Semenanjung Gaza dan Bukit Golan kepunyaan Syria, Israel terus mengembangkan koloni-koloni Yahudi. Ia telah merampas terus Timur Baitul Maqdis serta Bukit Golan dan kini secara de facto merampas sebahagian besar Tebing Barat melalui Tembok Pemisah. Israel juga sedang bersedia - di sebalik bayangan penarikan kembali perpindahan dari Semenanjung Gaza -  untuk membina dan mengembangkan koloni-koloni di Tebing Barat. Lima puluh tujuh tahun selepas negara Israel dibina di atas tanah yang kebanyakkannya telah melalui pembersihan etnik keatas pemilik-pemilik Palestinnya, majoriti masyarakat Palestin sekarang merupakan pelarian, ramai dari mereka yang tidak mempunyai negara (stateless). Tambahan pula, sistem Israel yang bersifat diskriminasi terhadap rakyat Arab-Palestinnya sendiri masih lagi berdiri kukuh.


Di atas pencabulan berterusan terhadap undang-undang antarabangsa oleh Israel; dan

Kerana, sejak tahun 1948, ratusan resolusi PBB telah mengutuk keras kolonial dan polisi berunsur diskriminasi Israel sebagai tidak sah dan memanggil untuk penyelesaian yang cepat, cukup dan efektif; dan

Kerana semua cara campur tangan antarabangsa dan proses keamanan sehingga sekarang gagal untuk meyakini atau memaksa Israel untuk akur terhadap undang-undang kemanusian, untuk menghormati hak asasi manusia yang asas dan untuk menghentikan pendudukan dan penindasannya kepada orang-orang Palestin; dan

Di atas fakta bahawa mereka yang memiliki hati nurani dalam masyarakat dunia sudah terbukti dalam sejarah menanggung bersama tanggungjawab moral untuk melawan ketidakadilan, seperti yang disaksikan dalam usaha untuk menghapuskan aparteid di Afrika Selatan melalui pelbagai bentuk boikot,divesmen dan sekatan; dan

Diinspirasi oleh perjuangan rakyat Afrika Selatan melawan aparteid dan dengan semangat solidariti antarabangsa, konsistensi moral dan penentangan kepada ketidak adilan dan penindasan;

Kami, wakil-wakil masyarakati sivil Palestin, menyeru keatas organisasi-organisasi masyarakat sivil antarabangsa dan mereka yang prihatin di seluruh dunia untuk mengenakan boikot yang meluas dan memulakan implementasi  divesmen terhadap Israel seperti apa yang dikenakan keatas Afrika Selatan pada era aparteid. Kami memohon kepada anda untuk memberi tekanan keatas negara anda untuk mengenakan embargo dan sekatan keatas Israel. Kami juga menjemput rakyat Israel yang berhati perut untuk menyokong panggilan ini, demi keadilan dan keamanan yang tulen.

Sukatan-sukatan yang bukan berbentuk keganasan ini perlu di kekalkan sehinggalah Israel akur akan kewajipannya untuk mengiktiraf hak orang-orang Palestin untk menentukan nasib sendiri dan sepenuhnya mematuhi undang-undang antarabangsa dengan :


  1. Menghentikan pendudukan dan penjajahan keatas semua tanah orang Arab dan merobohkan Tembok Pemisah.
  2. Mengiktiraf hak asasi rakyat Arab-Palestin di Israel untuk mendapat kesamarataan yang penuh; dan
  3. Menghormati, melindungi dan mempromosi hak-hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah dan hartanah mereka seperti yang digariskan dalam Resolusi 194 PBB.

Disokong oleh:

Parti-parti politik, gerakan-gerakan pekerja, persatuan-persatuan, pakatan-pakatan dan organisasi-organisasi Palestin dibawah yang mewakili tiga bahagian utama orang-orang Palestin; Pelarian-pelarian Palestin, Masyarakat Palestin dibawah pendudukan Israel dan rakyat Palestin di Israel.

(tidak dialih bahasa)
Unions, Associations, Campaigns
• Council of National and Islamic Forces in Palestine (Coordinating body for the major political parties in the Occupied Palestinian Territory)
• Palestinian Independent Commission for Citizen’s Rights (PICCR)
• Union of Arab Community Based Associations (ITTIJAH), Haifa
• Forum of Palestinian NGOs in Lebanon
• Palestinian General Federation of Trade Unions (PGFTU)
• General Union of Palestinian Women (GUPW)
• General Union of Palestinian Teachers (GUPT)
• Federation of Unions of Palestinian Universities’ Professors and Employees
• Consortium of Professional Associations
• Union of Palestinian Medical Relief Committees (UPMRC)
• Health Work Committees – West Bank
• Union of Agricultural Work Committees (UAWC)
• Union of Palestinian Agricultural Relief Committees (PARC)
• Union of Health Work Committees – Gaza (UHWC)
• Union of Palestinian Farmers
• Occupied Palestine and Syrian Golan Heights Advocacy Initiative (OPGAI)
• General Union of Disabled Palestinians
• Palestinian Federation of Women’s Action Committees (PFWAC)
• Palestinian Campaign for the Academic and Cultural Boycott of Israel (PACBI)
• Palestinian Grassroots Anti-Apartheid Wall Campaign
• Union of Teachers of Private Schools
• Union of Women’s Work Committees, Tulkarem (UWWC)
• Dentists’ Association – Jerusalem Center
• Palestinian Engineers Association
• Lawyers’ Association
• Network for the Eradication of Illiteracy and Adult Education, Ramallah
• Coordinating Committee of Rehabilitation Centers – West Bank
• Coalition of Lebanese Civil Society Organizations (150 organizations)
• Solidarity for Palestinian Human Rights (SPHR), Network of Student-based Canadian University Associations
Refugee Rights Associations/Organizations
  1. Al-Ard Committees for the Defense of the Right of Return, Syria
  2. Al-Awda Charitable Society, Beit Jala
  3. Al Awda – Palestine Right-to-Return Coalition, U.S.A
  4. Al-Awda Toronto
  5. Aidun Group – Lebanon
  6. Aidun Group – Syria
  7. Alrowwad Cultural and Theatre Training Center, Aida refugee camp
  8. Association for the Defense of the Rights of the Internally Displaced (ADRID), Nazareth
  9. BADIL Resource Center for Palestinian Residency and Refugee Rights, Bethlehem
  10. Committee for Definite Return, Syria
  11. Committee for the Defense of Palestinian Refugee Rights, Nablus
  12. Consortium of the Displaced Inhabitants of Destroyed Palestinian Villages and Towns
  13. Filastinuna – Commission for the Defense of the Right of Return, Syria
  14. Handala Center, ‘Azza (Beit Jibreen) refugee camp, Bethlehem
  15. High Committee for the Defense of the Right of Return, Jordan
(including personal endorsement of 71 members of parliament, political parties and unions in Jordan)
  1. High National Committee for the Defense of the Right of Return , Ramallah
  2. International Right of Return Congress (RORC)
  3. Jermana Youth Forum for the Defense of the Right of Return, Syria
  4. Laji Center, Aida camp, Bethlehem
  5. Local Committee for Rehabilitation, Qalandia refugee camp, Jerusalem
  6. Local Committee for Rehabilitation of the Disabled, Deheishe refugee camp, Bethlehem
  7. Palestinian National Committee for the Defense of the Right of Return, Syria
  8. Palestinian Return Association, Syria
  9. Palestinian Return Forum, Syria
  10. Palestine Right-of-Return Coalition (Palestine, Arab host countries, Europe, North America)
  11. Palestine Right-of-Return Confederation-Europe (Austria, Denmark, France, Germany, Italy, Netherlands, Norway, Poland, Sweden)
  12. Palestinian Youth Forum for the Right of Return, Syria
  13. PLO Popular Committees – West Bank refugee camps
  14. PLO Popular Committees – Gaza Strip refugee camps
  15. Popular Committee – al-’Azza (Beit Jibreen) refugee camp, Bethlehem
  16. Popular Committee – Deheishe refugee camp, Bethlehem
  17. Shaml – Palestinian Diaspora and Refugee Center, Ramallah
  18. Union of Women’s Activity Centers – West Bank Refugee Camps
  19. Union of Youth Activity Centers – Palestine Refugee Camps, West Bank and Gaza
  20. Women’s Activity Center – Deheishe refugee camp, Bethlehem
  21. Yafa Cultural Center, Balata refugee camp, Nablus
Organizations
  1. Abna’ al-Balad Society, Nablus
  2. Addameer Center for Human Rights, Gaza
  3. Addameer Prisoners’ Support and Human Rights Association, Ramallah
  4. Alanqa’ Cultural Association, Hebron
  5. Al-Awda Palestinian Folklore Society, Hebron
  6. Al-Doha Children’s Cultural Center, Bethlehem
  7. Al-Huda Islamic Center, Bethlehem
  8. Al-Jeel al-Jadid Society, Haifa
  9. Al-Karameh Cultural Society, Um al-Fahm
  10. Al-Maghazi Cultural Center, Gaza
  11. Al-Marsad Al-Arabi, occupied Syrian Golan Heights
  12. Al-Mezan Center for Human Rights, Gaza
  13. Al-Nahda Cultural Forum, Hebron
  14. Al-Taghrid Society for Culture and Arts, Gaza
  15. Alternative Tourism Group, Beit Sahour (ATG)
  16. Al-Wafa’ Charitable Society, Gaza
  17. Applied Research Institute Jerusalem (ARIJ)
  18. Arab Association for Human Rights, Nazareth (HRA)
  19. Arab Center for Agricultural Development (ACAD)
  20. Arab Center for Agricultural Development-Gaza
  21. Arab Educational Institute – Open Windows (affiliated with Pax Christie International)
  22. Arab Orthodox Charitable Society – Beit Sahour
  23. Arab Orthodox Charity – Beit Jala
  24. Arab Orthodox Club – Beit Jala
  25. Arab Orthodox Club – Beit Sahour
  26. Arab Students’ Collective, University of Toronto
  27. Arab Thought Forum, Jerusalem (AFT)
  28. Association for Cultural Exchange Hebron – France
  29. Association Najdeh, Lebanon
  30. Authority for Environmental Quality, Jenin
  31. Bader Society for Development and Reconstruction, Gaza
  32. Canadian Palestine Foundation of Quebec, Montreal
  33. Center for the Defense of Freedoms, Ramallah
  34. Center for Science and Culture, Gaza
  35. Chamber of Commerce and Industry, Ramallah- Al-Bireh District
  36. Child Development and Entertainment Center, Tulkarem
  37. Committee for Popular Participation, Tulkarem
  38. Defense for Children International-Palestine Section, Ramallah (DCI/PS)
  39. El-Funoun Palestinian Popular Dance Troupe
  40. Ensan Center for Democracy and Human Rights, Bethlehem
  41. Environmental Education Center, Bethlehem
  42. FARAH – Palestinian Center for Children, Syria
  43. Ghassan Kanafani Society for Development, Gaza
  44. Ghassan Kanafani Forum, Syria
  45. Gaza Community Mental Health Program, Gaza (GCMHP)
  46. Golan for Development, occupied Syrian Golan Heights
  47. Halhoul Cultural Forum, Hebron
  48. Himayeh Society for Human Rights, Um al-Fahm
  49. Holy Land Trust – Bethlehem
  50. Home of Saint Nicholas for Old Ages – Beit Jala
  51. Human Rights Protection Center, Lebanon
  52. In’ash al-Usrah Society, Ramallah
  53. International Center of Bethlehem (Dar An-Nadweh)
  54. Islah Charitable Society-Bethlehem
  55. Jafra Youth Center, Syria
  56. Jander Center, al-Azza (Beit Jibreen) refugee camp, Bethlehem
  57. Jerusalem Center for Women, Jerusalem (JCW)
  58. Jerusalem Legal Aid and Human Rights Center (JLAC )
  59. Khalil Al Sakakini Cultural Center, Ramallah
  60. Land Research Center, Jerusalem (LRC)
  61. Liberated Prisoners’ Society, Palestine
  62. Local Committee for Social Development, Nablus
  63. Local Committee for the Rehabilitation of the Disabled, Nablus
  64. MA’AN TV Network, Bethlehem
  65. Medical Aid for Palestine, Canada
  66. MIFTAH-Palestinian Initiative for the Promotion of Global Dialogue and Democracy, Ramallah
  67. Muwatin-The Palestinian Institute for the Study of Democracy
  68. National Forum of Martyr’s Families, Palestine
  69. Near East Council of Churches Committee for Refugee Work – Gaza Area
  70. Network of Christian Organizations – Bethlehem (NCOB)
  71. Palestinian Council for Justice and Peace, Jerusalem
  72. Palestinian Counseling Center, Jerusalem (PCC)
  73. Palestinian Democratic Youth Union, Lebanon
  74. Palestinian Farmers’ Society, Gaza
  75. Palestinian Hydrology Group for Water and Environment Resources Development-Gaza
  76. Palestinian Prisoners’ Society-West Bank
  77. Palestinian Society for Consumer Protection, Gaza
  78. Palestinian University Students’ Forum for Peace and Democracy, Hebron
  79. Palestinian Women’s Struggle Committees
  80. Palestinian Working Women Society for Development (PWWSD)
  81. Popular Art Centre, Al-Bireh
  82. Prisoner’s Friends Association – Ansar Al-Sajeen, Majd al-Krum
  83. Public Aid Association, Gaza
  84. Ramallah Center for Human Rights Studies
  85. Saint Afram Association – Bethlehem
  86. Saint Vincent De Paule – Beit Jala
  87. Senior Citizen Society – Beit Jala
  88. Social Development Center, Nablus
  89. Society for Self-Development, Hebron
  90. Society for Social Work, Tulkarem
  91. Society for Voluntary Work and Culture, Um al-Fahm
  92. Society of Friends of Prisoners and Detainees, Um al-Fahm
  93. Sumoud-Political Prisoners Solidarity Group, Toronto
  94. Tamer Institute for Community Education, Ramallah
  95. TCC – Teacher’s Creativity Center, Ramallah
  96. Wi’am Center, Bethlehem
  97. Women’s Affairs Technical Committee, Ramallah and Gaza (WATC)
  98. Women’s Studies Center, Jerusalem (WSC)
  99. Women’s Center for Legal Aid and Counseling, Jerusalem (WCLAC)
  100. Yafa for Education and Culture, Nablus
  101. Yazour Charitable Society, Nablus
  102. YMCA-East Jerusalem
  103. Youth Cooperation Forum, Hebron
  104. YWCA-Palestine
  105. Zakat Committee-al-Khader, Bethlehen
  106. Zakat Committee-Deheishe camp, Bethlehem
  107. The Palestinian Center for Rapprochement between People (PCR)
  108. Alternative Voice in the Galilee (AVIG)






Tuesday, 14 May 2013

Sepuluh Fakta Mengenai Nakba

Dialah bahasa oleh Durratun Naasihin

Artikel asal dalam bahasa Inggeris diterbitkan pada May 1, 2008 oleh IMEU, International Middle East Understanding.(klik sini untuk pautan ke artikel asal)
nahr-el-bared-nakba-refugees.jpg
Beberapa pelarian Palestin dilihat berjalan melewati khemah pelarian Nahr el-Bared di Lebanon pada tahun 1951 (UNRWA)

"Kami sangkakan peperangan ini hanya memakan masa beberapa minggu ,hanya selepas tempoh itu peperangan akan beransur reda. Tapi sememangnya, kami tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah.' Nina Saah, Washington DC
"Ladang-ladang limau, anggur dan lemon milik keluarga saya, yang dipusakai selama beratus-ratus tahun, kini hilang." Darwish Addassi, Walnut Creek, California
"Kami yang terpaksa lari berpindah pada tahun 1948 dirundung satu nostalgia yang amat menyakitkan. Tapak rumah kami di Barat Baitul Maqdis kini telah menjadi tapak sebuah sekolah kanak-kanak Israel," Inea Bushnaq, New York, New York.
"Bayangkan perasaan warga New Orleans yang bangun suatu pagi dan menyaksikan kebinasaan yang amat dahsyat dan terpaksa lari menyelamatkan diri. Nakba itu seumpama Taufan Katrina kepada kami.' Abe Fawal, Birmingham, Alabama.

Enam puluh tahun yang lampau, lebih daripada 700,000 (TUJUH RATUS RIBU) warga Palestin telah kehilangan segala rumah dan harta benda mereka, juga ladang dan perniagaan mereka. Tentera Yahudi mahu membina sebuah negara yang mempunyai majoriti bangsa Yahudi di atas tanah Palestin, oleh kerana itu, tentera Israel menundung mereka keluar dari tanah air mereka sendiri! Selepas itu, pihak Israel dengan selekas mungkin memindah masuk orang-orang Yahudi ke rumah-rumah warga Palestin yang baru sahaja dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab, dan orang Palestin merujuk kepada kemusnahan masyarakat mereka dan perampasan tanah tumpah darah mereka sebagai an-Nakba, "Hari Malapetaka"

Sepuluh Fakta mengenai Hari Nakba


1. Nakba merupakan punca asal kepada masalah Israel/Palestin.

Peristiwa ini terjadi pada tanggal 15 Mei, sehari selepas Israel mengumumkan kemerdekaannya pada 1948.

2. Kejadian traumatik ini menyebabkan krisis pelarian Palestin.

Pada penghujung 1948, dua pertiga populasi masyarakat Palestin hidup dalam buangan. Dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau secara paksa menggunakan kekerasan tentera. Ada juga yang lari apabila menerima penyebaran berita mengenai pembunuhan besar-besaran yang dilakukann oleh tentera Yahudi di perkampungan bangsa Palestin seperti di Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin-pemimpin Yahudi memandang "perpindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan negara Israel.

Para pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka terhadap peri pentingnya penggunaan unsur ketenteraan untuk menghalau secepat mungkin orang-orang Palestin sebelum negara-negara Arab yang lain 'tersedar' dan datang menuntut pembelaan bagi pihak mereka. Plan Dalet oleh Ketenteraan Haganah merupakan sebuah rangka tindakan untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata " Kita perlu menggunakan kekerasan, pembunuhan terancang, ugutan, rampasan tanah dan menyekat semua perkhidmatan awam demi untuk membersihkan populasi masyarakat arab di Galilee."Lihat dalam pautan ini untuk membaca lebih lanjut mengenai apa para pemimpin Israel yang lain katakan mengenai perpindahan bangsa Palestin.

4. Ratusan kampung dan pekan masyarakat Palestin  dihapuskan.

Rejim Yahudi telah menghapuskan lebih daripada 450 pekan-pekan dan perkampungan warga Palestin, kebanyakannya telah dirobohkan.

5. Harta benda rakyat Palestin dirampas begitu sahaja.

Kerajaan Israel yang baru ditubuhkan, merampas segala tanah dan harta benda pelarian tanpa memberi penghormatan dan penghargaan kepada hak serta hasrat orang Palestin yang mahu pulang ke rumah-rumah mereka.

Seorang sejarawan Israel mendakwa bahawa; "Seluruh bandar-bandar dan ratusan perkampungan yang ditinggalkan kosong telah diisi semula dengan pendatang yang baru(bangsa Yahudi)... Bangsa yang merdeka -- iaitu orang-orang Arab -- terpaksa hidup dalam buangan dan menjadi pelarian yang serba daif; pelarian yang serba daif  -- orang-orang Yahudi -- mengambil alih tempat orang-orang Palestin dalam langkah pertama kehidupan mereka sebagai orang-orang yang merdeka. Sekumpulan[orang Palestin] kehilangan kesemua yang mereka miliki sementara sekumpulan lagi [orang Yahudi] menjumpai segala apa yang mereka perlukan - meja, kerusi, almari, periuk, kuali, pinggan, kadang-kadang baju, album keluarga, buku-buku, radio, binatang ternakan....

6. Sesetengah orang Palestin masih lagi menetap di tanah yang sekarang dipanggil sebagai Israel.

Sementara ramai orang Palestin dihalau keluar, ada juga yang dibenarkan menetap di dalam negara yang dijadikan Israel. Walaupun telah sah menjadi warganegara kepada negara baru ini, mereka semua masih tertakluk bawah pemerintahan tentera Israel sehinggalah tahun 1966. Hari ini, rakyat Palestin di Israel merangkumi hampir 20 peratus daripada kesuluruhan populasi Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding, namun lebih dari 20 undang-undang Israel yang secara terang-terangan memperuntukkan keutamaan yang lebih ke atas bangsa Yahudi berbanding mereka yang bukan berbangsa Yahudi. Lebih kurang satu perempat warga Palestin di Israel merupakan "pelarian", ini kerana mereka tidak mampu kembali ke rumah dan tanah yang pernah dirampas dari mereka sendiri.

7. Masih terdapat berjuta-juta pelarian Palestin di serata dunia.

Pada hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dianggarkan lebih kurang sejuta yang langsung tidak berdaftar. Maka, majoriti bangsa Palestin, sekitar 10 juta orang, merupakan pelarian.

8. Para pelarian mempunyai hak yang diiktiraf secara antarabangsa.

Kesemua pelarian mempunyai hak yang telah pun mendapat pengiktirafan antarabangsa, untuk kembali ke kawasan yang mereka dahulu terpaksa tinggalkan atau diusir keluar,juga telah diiktiraf hak untuk memerima pemampasan akibat segala kemusnahan, dan juga untuk mendapatkan semula harta benda atau menerima pemampasan serta diberi sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah secara jelas diakui dalam beberapa perjanjian damai di Cambodia, Rwanda, Croatia,Bosnia-Herzegovina,Guatemala,Ireland Utara,Kosovo,Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini turut ditegaskan lagi untuk rakyat Palestin oleh Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 194 pada tahun 1948. Namun begitu, Israel tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka sendiri, walaupun seseorang Yahudi dari ceruk negara mana pun di dunia ini diberi hak yang serupa untuk menetap di Israel.

9. Menyelesaikan isu berkaitan hak-hak pelarian dengan adil amat penting untuk keamanan Timur Tengah

Majoriti orang Palestin percaya bahawa hak-hak pelarian mesti dikembalikan demi memperkukuhkan keamanan antara Palestin dan Israel. Dan menurut sebuah bancian yang dibuat pada Ogos 2007 oleh Jerusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus orang Palestin percaya bahawa para pelarian mesti dibenarkan untuk kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba juga mempunyai implikasi kepada warganegara Amerika.

Israel yang secara berterusan menafikan hak orang-orang Palestin - dan kesanggupan Amerika untuk terus memberikan bantuan secara kewangan mahupun diplomatik kepada Israel tanpa berbelah bagi - menjana sentimen anti-Amerika di luar negara. Bancian yang dibuat oleh Zogby pada tahun 2002, dibuat di lapan negara Arab menunjukkan bahawa 'persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah berdasarkan polisi-polisi Amerika, bukannya disebabkan kebencian terhadap Barat." Bancian yang sama menunjukkan bahawa "isu Palestin disenaraikan oleh kebanyakan orang Arab sebagai satu isu politik yang paling mempengaruhi mereka secara peribadi." Resolusi yang dibuat oleh pelarian Palestin sudah tentu akan memulihkan imej antarabangsa Amerika, dengan membuktikan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mendokong penerapan undang undang antarabangsa secara konsisten.




Popular Posts