Showing posts with label Baitfilbahr. Show all posts
Showing posts with label Baitfilbahr. Show all posts

Sunday, 28 July 2013

Pantang Larang Melayu Dahulukala


oleh Baifilbahr

Gambar hiasan "Dapur Rumah Melayu" karya Pehal


Jangan menyanyi sambil masak, nanti dapat suami tua.
Jangan potong kuku malam-malam, nanti harimau datang.
jangan baring meniarap sambil angkat kaki, nanti kena patuk ular.
Jangan duduk atas bantal, nanti punggung bisul.

Sungguh masa kecil dahulu, betapa takutnya kita dengan pantang-larang yang sedemikian.
Pantang-larang yang kalau difikirkan, sungguh karut lagi tidak berasas.
Masakan harimau itu makanan nya orang yang memotong kuku di waktu malam?
Mana mungkin jodoh seseorang ditentukan dengan tabiat menyanyi di dapur?
Jurnal perubatan manakah yang berjaya membuktikan kaitan antara bantal dengan bisul di punggung?

Memang, sungguh karut dan tidak masuk akal pantang larang orang Melayu ni.
Tetapi, tujuan pantang larang ini sungguh murni.
Semua kegiatan yang dilarang itu merupakan kegiatan yang agak kurang sopan (contoh: duduk di atas bantal) ataupun agak berbahaya (contoh: potong kuku di waktu malam, besar kemungkinan akan mencederakan diri. Terutama di zaman yang lampu elektrik belum wujud secara meluas).
Tambahan pula, nature orang Melayu itu lembut dan tutur katanya penuh berlapik.
Jarang sekali untuk diberi teguran secara terus seperti kebanyakan kaum di barat.
Maka, cara paling mudah dan cepat untuk menghalang manusia melakukan kegiatan yang tidak diterima umum ialah dengan menakut-nakutkan mereka.
Makanya lahirlah pantang-larang seperti yang tertera diatas tadi.
Amalan sebegini masih lagi dipraktikkan di zaman Melayu abad ke 21 ini. Tapi malang sekali, usaha menakut-nakutkan itu bukan lagi dijalankan atas niat murni.
Bukan lagi demi menjaga kesejahteraan masyarakat. Bukan lagi atas nama keberadaban sosial.
Dikeluarkan pantang-larang demi mencapai agenda peribadi.
Demi popular ideologi sendiri.
Dituduhnya si kerdil fulan bakal merosak negara, sedang penzalim berkuasa bebas menindas rakyat jelata.
Dijajanya Islam kini dalam bahaya, walhal kemenangan sudah di depan mata.
Apabila diminta menerang erti 'pantang-larang' mereka, semua kecut diam tidak bersuara.
Masih enggan berpijak di bumi yang nyata.

Pantang-larang si Melayu abad 21.

Ibarat orang-orang di jelapang padi.
Menakut burung, sendiri tak berisi.


Tuesday, 28 May 2013

Kunci ke Syurga


Oleh : Baitfilbahr

Syurga. Menjadi impian setiap Muslim untuk masuk syurga. Kenapa? Sebab syurga itu dipenuhi dengan keseronokan dan keindahan. Apa-apa sahaja yang kita nak, pasti akan ditunaikan. Banyak benda yang kita nak kat dunia ni tapi tak dapat. Nah, ni lah peluangnya untuk kita mintak apa sahaja yang kita nak. Pasti Allah akan tunaikan. Apa sahaja. Yes. Anything. Di syurga, tiada lagi kemiskinan. Tiada lagi penderitaan. Tiada lagi kelaparan. Tiada lagi sun burnt. Tiada lagi orang yang tak ada pakaian nak pakai. Semua lengkap. Dan semua orang yang masuk syurga ni akan sentiasa muda. Tak tua. Semua indah-indah belaka. Dah tak payah risau pasal apa-apa. Haa, best kan? ^^

Persoalannya ialah 'How to unlock the door to Jannah (Syurga)? What is the key?

Well, the only key to unlock Jannah is the kalimah La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Masya Allah. It's  kalimah syahadah!

Haa, bila dengar ni mesti akan rasa, 'Oh, rupanya senang je nak masuk syurga ni'. Mengucap dua kalimah syahadah pun dah boleh masuk syurga. Tidak! Anda salah sekiranya berfikir sedemikian. Sebabnya harga untuk ke syurga itu terlalu mahal. Dan perjalanan menuju je sana mestilah di penuhi dengan onak dan duri. Tak semudah sekadar lafaz sahaja. Memang tak cukup.

Kalau orang zaman dulu-dulu (refer to zaman Rasulullah saw), bila diorang mengucap kalimah syahadah ni. Diorang faham apa yang perlu dilakukan. Mereka beriman dengan Allah dan juga rukun iman yang lain serta melakukan segala perintah, meninggalkan segala larangannya. Dan pastikan Islam tersebar dan tertegak di muka bumi ni.

Tapi kita hari ini? Kita hanya menganggap kalimah itu hanyalah sekadar kalimah yang dilafazkan di bibir. Sekadar ucapan. Apa yang korang rasa bila mengucapkan kalimah ni? Adakah sama je dengan perkataan lain yang dilafazkan? Seharusnya, kita terasa sesuatu di hati kita bila melafazkan kalimah ni. Kita bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bersaksi Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Tapi, adakah benar penyaksian kita itu? Atau dusta. Naudzubillah.

Step pertama to unlock the Jannah is faith (iman). Sebagaimana kita tahu, iman manusia ni akan naik dan turun. Bila iman lemah, sebutlah La ilaha illallah, insya Allah iman kita akan kembali. Ada beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menguatkan iman kita.

1. Yang pertama ialah belajar. Fokus untuk belajar lebih pasal ilmu agama dan al-Quran. Insya Allah iman kita akan semakin bertambah.
2. Bersahabat dengan orang-orang yang soleh. Haa, kalau kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, insyaAllah wangian tu pun akan terpalit sama dengan kita. Sebab tulah pentingnya kita cari kawan yang baik. Jangan berkawan dengan budak-budak yang tak baik, nanti kita pun akan terikut-ikut sekali perangai mereka.
3. Practice. Get involve in the community. Jangan malas-malas. Dalam Islam takde istilah lazy believer. Syaitan memang akan selalu hasut kita supaya bermalas-malasan ni. Jadi, bila syaitan hasut. Kuat-kuat tepis.

Another way to open the door to Jannah is obedience to Allah (taat kepada Allah). Taat kepada Allah bermaksud kita melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mai mai buat ape yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia tak suka ^_^ 

Selain tu, cara untuk ke syurga ni ialah dengan melakukan solat. Aha, kita tahu perkara pertama yang akan dihisab nanti ialah solat kan. Jadi, jangan pernah tinggalkan solat sebab ianya adalah dosa besar. Bagi yang sudah berkahwin tu, galakkan lah suami anda solat berjemaah di masjid. Allah akan meningkatkan 27 darjat (level) bagi orang yang solat berjemaah di masjid ni. Tell him kalau dia sayangkan anda dan anak anda, solatlah di masjid dan sewaktu sujud berdoalah semoga Allah melindungi kalian di dunia dan juga di akhirat. Pergi solat berjemaah kat Masjid ni bukan untuk orang yang dah kahwin atau dah berumur je. Kita-kita yang muda ni pun digalakkan solat di masjid. Perempuan pun boleh solat di masjid, bukan lelaki je tau.. :)

Last but not least, another way to unlock Jannah ialah dengan berbuat baik kepada orang lain. Sebenarnya, ada link antara iman dan akhlak ni. Bila baik imannya, maka akan baiklah perangai seseorang tu. Kalau buruk imannya, maka akan buruk lah akhlaknya. Kalau nak tengok, iman kita ni macam mana. Tengok lah akhlak kita. Bagaimana akhlak kita dengan ibu bapa kita terutamanya. Dengan adik beradik dan jugak dengan kawan-kawan. Macam mana? Bagus? Alhamdulillah, bagus lah kalau macam tu.. ^^ Itu tandanya iman anda sihat dan tak sakit.

Lagipun orang yang paling baik hubungannya dengan Allah ialah orang yang baik perhubungannya dengan manusia.

Tengok, semua step to unlock the door of Jannah berkaitan dengan kalimah La ilaha illallah kan? Iman, solat, taat pada Allah dan juga berbuat baik kepada orang lain. These are the keys to Jannah.

Jadi, jom sama-sama unlock the door to Jannah! ^^



Saturday, 25 May 2013

Jalan ini masih panjang

Oleh: baitfilbahr




 Syed Qutb ada berkata:

" Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhirnya kita dengan umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.

Jika kita rasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi sehinggalah ke akhir zaman.

Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang." 

Adakah kita salah seorang yang menjadi penyambung mata rantai perjuangan ini? Perjuangan untuk menegakkan agama Allah yang telah berlangsung semenjak zaman Rasulullah saw lagi. Sehingga baginda sanggup dibaling batu, dihina dan dicemuh oleh orang-orang yang tidak sukakan Islam. Betapa baginda sanggup berkorban bagi memastikan Islam sampai kepada kita pada hari ini.

Sungguh perjuangan baginda itu tidak mudah. Baginda dan para sahabat berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa bagi memastikan risalah agung ini sampai kepada kita.

Sejak baginda menerima wahyu tentang kerasulan baginda di Gua Hira' sampailah ke penghujung nyawa, baginda tidak pernah lupa akan tugas baginda sebagai penyampai risalah ini. 

Hinggakan dalam khutbahnya yang terakhir juga baginda berpesan:

"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

Tengoklah betapa Rasulullah saw sangat menyayangi umat-umatnya. Baginda meninggalkan kita dua perkara yang bila mana kita berpegang teguh kepadanya kita tidak akan sesat. Dan baginda juga menyuruh kita menyebarkan risalah Allah kepada orang lain. Sungguh, setiap daripada kita bertanggungjawab untuk memastikan Islam terus ada dan tersebar di muka bumi ini.

Ingat, kita bukannya berseorangan dalam jalan ini. Sekiranya kita berseorangan maka kita akan senang dipatahkan. Umpama lidi. Sebatang lidi pasti amat mudah untuk dipatahkan. Tapi sekiranya seberkas lidi ingin dipatahkan, itu bukanlah satu perkara yang mudah. Disebabkan itulah kita kena bergerak secara berjemaah, secara berkumpulan. Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang  di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."
(Surah As-Saff, 61:4)

Kadang-kadang saya terfikir, apakah yang menyebabkan Rasulullah dan para sahabat begitu gigih menyebarkan risalah Allah ini. Akhirnya, saya mengetahui jawapannya.

Ikhlas dan thabat.

Fatamorgana dunia tidak pernah menyilaukan pandangan mereka. Terik matahari tidak pernah melunturkan semangat mereka. Ribut dan taufan juga tidak berjaya membuatkan mereka berundur. Ancaman-ancaman musuh juga ditempuhi dengan tabah.

Sebabnya mereka ikhlas melakukannya kerana Allah. Mereka juga tetap tegak berdiri di jalan ini walau apa ujian yang melanda. Tetap thabat dalam perjuangan ini, membela agama Allah.

Sungguh perjalanan ini sangat jauh. Perjalanan ini memang akan memakan masa yang panjang sehinggalah menjelangnya hari kiamat.


"Kalaulah apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang amat mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafiq) itu akan mengikutimu; tetapi tempat yang hendak dituju itu adalah jauh bagi mereka dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu." (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggup mengikutmu)." (Surah At-Taubah, 9:42)

Wednesday, 22 May 2013

Lebah dan Madu

Oleh: Baitfilbahr




Apabila mendengarkan perkataan lebah, secara automatiknya kita juga pasti akan teringat madu. Madu dan lebah ni tak dapat dipisahkan. Kalau sebut pasal lebah, pasti akan teringat madu. Dan kalau sebut pasal madu pula, pasti akan teringat lebah. Betul tak? Sebabnya madu dihasilkan dari lebah. Tanpa lebah, madu tidak akan dapat dihasilkan.


Personally, saya sangat kagum dengan kesungguhan lebah-lebah ni bekerja. Mereka tidak jemu bekerja untuk mengumpul debunga dan manisan yang kemudiannya ditukarkan menjadi madu. Sangat gigih!


Dan madu ni kan, hampir semua orang suka makan madu. Mungkin ada juga yang tidak suka makan sebab terlalu manis katanya. Tapi, kalau kita fikirkan dan perhatikan madu ni ada banyak khasiatnya. Madu boleh dijadikan sebagai bahan makanan. Malah boleh juga digunakan sebagai ubat. 

Di sini, saya melihat lebah-lebah ini bolehlah dianggap sebagai diri kita. Da'ie di jalan Allah. Dan kita tahu bahawa setiap yang bergelar Muslim itu adalah da'ie. Tidak terkecuali. Kita perlu lah mencontohi sikap lebah ini dalam bekerja. Sangat rajin dan sangat gigih. Jadi kita juga perlu menjadi seorang yang sangat gigih dan rajin dalam menyampaikan dakwah atau dalam  bahasa yang lebih mudahnya mengajak manusia lain ke arah kebaikan dan mencegah ke arah keburukan.

Kenapa kita mesti rajin dan gigih? 

Sebabnya kalau kita tidak rajin dan gigih, bagaimana mungkin madu akan dapat dihasilkan. Betul tak? Madu ni bolehlah diibaratkan sebagai hasil daripada usaha dakwah kita. Haa, agak-agak apa hasil yang akan kita dapat kalau kita rajin menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran ni ye?

Allah ada berfirman dalam al-Quran:

"Dan barangsiapa yang mengerjakan amal kebajikan, baik lelaki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun." (Surah An-Nisa', 4: 124)

Haa, ada lagi.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya." (Surah Fushilat, 41:8)

Saya yakin dan pasti bahawa semua orang menginginkan syurga. Mendambakan syurga. Sebab semua orang tahu syurga itu indah dan semua yang kita inginkan kita akan dapat. 

Yes, semua orang nak. Tapi yang dapat saya perhatikan ramai orang berkata sekadar di mulut. Tapi tidak dengan perlakuannya. Pernah dengar tak yang 'Actions speak louder than words'?

Hurmm.. jadi untuk mendapatkan madu yang berkualiti, kita kenalah bekerja dengan gigih. Jangan pernah jemu untuk menasihati orang lain. Menyeru ke arah kebaikan dan kalau mampu, cegahlah kemungkaran. 

Tanpa usaha untuk bekerja, bagaimana mungkin madu mampu dihasilkan?

Jadi, bekerjalah. Jadilah seperti lebah! ^^

Popular Posts