Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Tuesday, 7 January 2014

“Si Bangsat Sharon” - Bagaimana dunia harus mengingati Ariel Sharon

karya Abbas Alias
Loren Jenkins( dari Washington Post) menyumpah seranah dengan kerap sekali. Jenkins sedar dengan serta merta bahawa menteri pertahanan Israel tentulah perlu bertanggungjawab ke atas perkara ngeri ini. “Sharon!” dia menjerit. “Si bangsat [Ariel] Sharon! Ini adalah Deir Yassin sekali lagi.”

Berikut merupakan petikan daripada memoir seorang wartawan perang warga British, Robert Fisk yang berjudul Pity the Nation: The Abduction of Lebanon. Robert Fisk merupakan antara wartawan dari Barat yang terawal memasuki kem pelarian Sabra dan Shatila di Lubnan setelah diganasi militan Falangis.

Ariel Sharon


Pada tahun 1981, Israel beberapa kali menyerang kem PLO(Palestine Liberation Organisation) di selatan Lubnan dalam usaha provokasi yang bertujuan untuk membuat PLO menyerang balas. Julai 1981, jet pejuang Israel membunuh dua ratus orang awam di Beirut, dan Ariel Sharon yang ketika itu merupakan menteri pertahanan Israel mengeluarkan pernyataan terkenalnya untuk menghapuskan terus perjuangan(resistance) Palestin. Perjuangan Palestin pada ketika itu diketuai oleh Yasser Arafat dan pertubuhan yang dicop sebagai teroris, Palestine Liberation Organisation yang berpusat di Lubnan, di kem-kem pelarian orang Palestin.

Beirut dibedil dengan teruk sekali oleh Israel pada 1981-1982. PLO dan tentera Lubnan menyerang balas, namun tidak dapat menahan serangan Israel yang menggunakan teknologi yang lebih canggih. Untuk menyelamatkan kem-kem pelarian serta bandar-bandar di Lubnan dari diserang dengan teruk lagi oleh Israel, PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan, dengan syarat bahawa wanita-wanita dan kanak-kanak mereka di Lubnan diberi perlindungan. Maka, sebuah perjanjian aman di tandatangani, dengan Amerika Syarikat sebagai orang tengah. Ronald Reagan, presiden Amerika Syarikat memberi janji akan memastikan keselamatan mereka yang tertinggal di kem pelarian; yang mana ramai terdiri daripada wanita, orang tua, dan kanak-kanak. PLO menuju ke Tunisia dengan membawa janji tertulis dari Amerika Syarikat bahawa keluarga mereka tidak akan diapa-apakan.

Namun begitu, mereka di khianati. Pada 16 September, Ariel Sharon melanggar perjanjian aman dan mengarah tenteranya mengepung kem-kem pelarian di Sabra dan Shatila. Tentera Israel menghalang penduduk kem tersebut keluar,dan membiarkan pengganas Falangis membuat sesuka hati mereka terhadap populasi kem pelarian yang sudah ketiadaan lelaki-lelaki dewasa yang boleh melindungi mereka. Pada waktu malam pula, tentera Israel menyalakan kegelapan malam dengan api flare untuk memberi cahaya kepada pengganas Falangis dalam perbuatan mereka merogol dan membunuh penduduk di Sabra dan Shatila.



Dua hari selepas itu, Robert Fisk memasuki kem ini dan menulis kata-kata berikut ,


“Mereka di mana-mana, di atas jalan, di lorong-lorong, di kawasan belakang rumah dan bilik-bilik yang pecah, di bawah simen-simen yang hancur dan di atas tong-tong sampah. Apabila kami sudah melihat seratus jumlah mayat, kami berhenti menghitung. Dibawah setiap lorong-lorong, terdapat mayat-mayat manusia -- wanita, remaja lelaki, bayi dan orang-orang tua -- baring bersama dalam keadaan yang teruk dimana mereka telah ditikam atau ditembak sehingga mati. Setiap koridor yang kami lalui menghasilkan lebih banyak mayat. Pesakit-pesakit di sebuah hospital orang Palestin telah menghilangkan diri setelah para pengganas ini memerintahkan para doktor untuk berambus. Dimana-mana kami menjumpai kubur-kubur yang seakan-akan dibuat dengan segera. Walau ketika kami masih di sana, di sebalik bukti-bukti kekejaman ini, kami dapat melihat tentera-tentera Israel melihat kami. Dari atas menara pengawasan, kami dapat melihat mereka melihat kami melalui binokular, dan melihat mayat-mayat yang bergelimpangan ini, dengan lens binokular yang kadang-kadang bersinar akibat pantulan cahaya matahari. Loren Jenkins( dari Washington Post) menyumpah seranah dengan kerap sekali. Jenkins sedar dengan serta merta bahawa menteri pertahanan Israel tentulah perlu bertanggungjawab keatas perkara ngeri ini. “Sharon!” dia menjerit. “Si bangsat [Ariel] Sharon! Ini adalah Deir Yassin sekali lagi.


…….Memang terdapat pembunuhan besar-besaran sebelum ini di Lubnan, namun bukan pada skala yang amat besar sebegini dan tidak pernah pula diawasi oleh tentera biasa yang kononnya berdisiplin. Dalam keadaan panik dan kebencian yang timbul dari peperangan, berpuluh ribu orang telah dibunuh di negara ini. Namun, mereka ini[di Shatila], yang berjumlah ratusan , telah di bunuh dalam keadaan mereka tidak bersenjata. Ini adalah pembunuhan beramai-ramai, sebuah insiden -- betapa senangnya kami menggunakan terma “insiden” di Lubnan -- yang juga pada masa yang sama adalah sebuah kekejian….

Saya dan Jenkins sangat terkejut dengan apa yang kami jumpai di Shatila yang pada awalnya, sukar untuk kami menyedari kekejutan kami sendiri. Kami mungkin dapat menerima lagi bukti untuk pembunuhan yang sedikit; mungkin masih boleh menerima jika menemui sedozen mayat, yang terbunuh dalam peperangan. Namun, disini terdapat mayat wanita yang bergelimpangan dengan kain mereka terkoyak sehingga atas pinggang dan kaki terkangkang luas, kanak-kanak dengan leher yang dikelar, barisan remaja lelaki yang ditembak di belakang apabila disuruh berbaris di sebuah dinding. Terdapat bayi-bayi yang sudah kehitaman kerana disembelih sudah lebih 24 jam dan badan mereka melalui proses dekomposisi, dan mereka dibaling ke tong sampah bersama-sama tin makanan tentera Amerika Syarikat, alat-alat perubatan tentera Israel, serta botol-botol whisky kosong.”
Sedutan dari dokumentari grafik Waltz with Bashir yang menggambarkan kejadian Sabra dan Shatila.

Catatan Robert Fisk bertukar menjadi seolah-olah sebuah cerita seram . Beliau menyambung lagi,

“Di seberang sebuah jalan, di tengah-tengah runtuhan, kami menjumpai mayat lima wanita dan beberapa kanak-kanak. Wanita-wanita ini dalam lingkungan separuh umur dan mayat mereka berbaring diatas runtuhan. Seorang dari mereka berbaring terlentang, jubahnya dikoyakkan dan kepala seorang kanak-kanak muncul disebalik badan wanita dewasa itu. Kanak-kanak itu mempunyai rambut ikal yang pendek, matanya memandang terus kearah kami dan wajahnya muram. Kanak-kanak itu sudah mati. Seseorang telah mengelar perut wanita dewasa itu, memotong dari tepi dan kemudiannya memotong ke atas, mungkin dalam cubaannya untuk membunuh bayi didalam kandungan wanita tersebut. Mata wanita tersebut terbuka luas, wajahnya yang gelap kaku dalam kekejaman disekitarnya.”
Sedutan dokumentari grafik Waltz with Bashir.

Dunia pada ketika itu memilih untuk mengenepikan kesedihan Sabra dan Shatila. Seminggu selepas kejadian ini berlaku, media di barat memilih untuk melebihkan liputan kepada insiden kematian Puteri Grace Kelly, seorang artis Hollywood yang berkahwin dengan seorang ahli keluarga diraja Monaco. Media dunia mempercayai cerita Israel yang menggelarkan misi perangnya terhadap Lubnan adalah perang membela keselamatan Israel. Ariel Sharon , dalang kepada serangan keatas Lubnan selepas peperangan ini semakin naik profailnya di persada politik Israel. Dia memenangi pilihan raya dan dipilih menjadi perdana menteri Israel pada 6 Februari 2001. Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, George W. Bush merujuk kepada Sharon dengan jolokan nama “Lelaki Keamanan”.


Kini, Ariel Sharon yang sudah lebih lapan tahun berada di dalam koma menjadi semakin tenat . Media-media barat sudahpun ada yang mengeluarkan artikel untuk mengenangi “jasa” lelaki ini. Majalah terkemuka Time mengenangi jasa Ariel Sharon dengan hanya mengambil kata-kata dari warga Israel mengenai lelaki ini yang banyaknya kepada puji-pujian dan mengenepikan pembunuhan di Sabra dan Shatila. Media mula mengeluarkan cerita bahawa langkah terakhir Ariel Sharon mungkin sebenarnya ke arah keamanan. Ada juga yang membandingkan perjuangan terakhirnya untuk keamanan layak menempatkannya selaras dengan pejuang apartheid yang baru sahaja meninggal dunia, Nelson Mandela.

Masyarakat dunia boleh mimilih untuk mengiktiraf Ariel Sharon seperti seorang lelaki yang berjuang untuk keamanan,ataupun keselamatan Israel. Mungkin banyak lagi artikel-artikel selepas ini yang akan lebih mendalam mengenang perkara-perkara yang dilakukan oleh Sharon,samaada yang baik mahupun buruk. Namun, penulis lebih selesa mengingati lelaki ini seperti mana Loren Jenkins menyebutnya, iaitu seorang bangsat yang bertanggungjawab terhadap Sabra dan Shatila, yang sehingga zaman sedarnya tidak pernah meminta maaf atas kekejian yang didalanginya.


Nota : Terdapat sebuah filem grafik yang dihasilkan oleh seorang veteran perang Israel yang berjudul Waltz with Bashir. Filem dokumentari ini berkisarkan direktor ,Ari Folmann yang pada zaman mudanya menyertai tentera Israel menyerang Lubnan. Dia adalah antara salah seorang tentera Israel yang mengepung kem Sabra dan Shatila. 

Rujukan :

1. Mornings in Jenin, karya Susan Abulhawa

2. Pity the Nation, karya Robert Fisk. Alih bahasa kepada bahasa Melayu petikan buku ini dibuat oleh penulis sendiri, Abbas Alias.

3. Artikel dari Time,"Israel Wakes up to Ariel Sharon as Former Prime Minister Nears Death" 

Sunday, 4 August 2013

Deja Vu! Rundingan Damai Israel-Palestin Hanya Akan Menemui Kegagalan

tulisan asal oleh Phyllis Bennis, pada 1 Ogos 2013. Dialih bahasa oleh Awan Putih

artikel asal dikeluarkan di Mondoweiss

Sedikit pengenalan, John Kerry,setiausaha bagi negara Amerika Syarikat memulakan rundingan damai Israel-Palestin pada 1 Ogos 2013. Wakil bagi Israel ialah Tzipi Livni iaitu Menteri Keadilan untuk Israel, manakala Palestin diwakili oleh Saeb Erakat, Ahli Parlimen bagi Palestinian Authority. Rata-rata suara Palestin tidak bersetuju dengan rundingan damai kerana tidak ramai yang merasakan Palestinian Authority merupakan mandat atau wakil suara untuk mewakili keseluruhan warga Palestin. Palestinian Authority mempunyai reputasi sebagai anjing suruhan Israel dan Amerika Syarikat, dan terlibat dengan banyak kes rasuah. Rundingan-rundingan sebelumnya pula kebanyakannya gagal kerana rundingan berat sebelah yang lebih menguntungkan Israel dan tidak merangkumi 'Right of Return' bagi pelarian Palestin. Israel tetap berkeras membina penempatan-penempatan untuk orang Yahudi sahaja di dalam kawasan Tebing Barat sejak sekian lama, iaitu melepasi sempadan yang digariskan pada 1967, dan ini lebih merumitkan pembahagian kawasan dan mengecilkan Tebing Barat. Penulis (Phyllis Bennis) beranggapan bahawa rundingan ini hanyalah sebuah aksi untuk mengukuhkan pengaruh AS di Timur Tengah. Bennis juga menyatakan kerisauan akan impak kegagalan rundingan ini kepada kempen BDS(Boikot, Divesmen dan Sekatan) yang semakin laju dibuat oleh negara-negara dunia pertama. Penulis berpendapat bahawa kesanggupan Perdana Menteri Israel,Benjamin Netanyahu untuk membuat rundingan adalah impak dari aksi-aksi BDS seperti Kesatuan Eropah yang baru-baru ini meluluskan untuk menyekat pembiayaan kepada entiti-entiti di penempatan haram Israel -Awan Putih

Setiausaha Negara, John Kerry memulakan rundingan aman awal minggu ini di Washington.
 
 
Cubaan terkini Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dalam rundingan Timur Tengah patut dinamakan rundingan damai Einstein. Menurut saintis ulung itu, membuat perkara yang sama berulang kali dan menjangkakan keputusan yang berbeza adalah definisi untuk kegilaan. Pada kali ini pula, nampaknya Kerry benar-benar mempercayai, walaupun ada bukti-bukti untuk sebaliknya, bahawa percubaan terkini dalam industri yang telah wujud berdekad-dekad lamanya yang dipanggil “rundingan damai” mungkin akan benar-benar berhasil. Namun , malang pula untuk Kerry, perkiraan politik nya akan terhapus begitu sahaja kerana realiti politik yang kelam dan sukar.

Apa-apapun kepercayaan yang dipegang Kerry, masa yang dipilih untuk membuat rundingan ini amat jelas berkait-rapat dengan krisis-krisis yang tercetus di rantau Timur Tengah.  Perang sivil di Syria yang semakin teruk, pergeseran sektarian dan  Islam-sekular yang semakin meningkat di rantau tersebut, dan kudeta ketenteraan yang disokong oleh Pentagon terhadap Ikhwanul Muslimin di Mesir, semua ini menunjukkan kelemahan dan kegagalan polisi Amerika Syarikat di Timur Tengah. Kegagalan AS untuk respon secara berstrategik kepada cabaran-cabaran ini sudah tentu suatu sebab kenapa mereka tergesa-gesa memulakan rundingan Israel-Palestin, tidak kisahlah bahawa sejarah menunjukkan kegagalan rundingan-rundingan damai yang terdahulu. Ini mungkin merupakan suatu tindakan yang berguna – sebagai suatu distraction, dan menguatkan jaminan penyokong-penyokong Israel, dan juga percubaan untuk mengukuhkan dakwaan sebuah empayar yang sudah lemah bahawa ia masih lagi berkuasa.

Namun, disebalik semua alasan yang disebutkan, rundingan ini juga akan berjumpa kegagalan yang sama seperti kegagalan diplomasi selama 22 tahun yang sebelum-sebelum ini.


Sebahagian daripada masalah ini terletak sepenuhnya keatas misi AS seperti yang dinyatakan oleh Kerry untuk rundingan ini: ‘menamatkan konflik, menamatkan tuntutan”. Bukannya menamatkan penjajahan, bukan untuk menamatkan pengepungan keatas Gaza, bukan untuk mengakhiri berdekad lamanya perampasan dan pembuangan pelarian-pelarian Palestin. Sekadar ingin menamatkan tekanan, pertikaian – tidak kisahlah versi realiti yang manakah yang akan menjadi status terakhir yang dipersetujui secara rasmi. Kemudian, dalam dunia angan-angan Kerry, kesemua tuntutan warga Palestin akan secara tiba-tiba hilang, dan orang-orang Palestin, sesungguhpun hak-hak mereka yang diiktiraf antarabangsa masih belum dicapai, akan senyum, memuji pemimpin-pemimpin mereka yang berani, dan secara sopannya bersetuju untuk mendiamkan diri sahaja. (Tuntutan Israel pada masa akan datang pula tidak akan diakhiri, kerana, sudah tentulah, tuntutan Israel berkisar mengenai “keselamatan”, selama-lamanya sah dan tidak boleh dirunding, manakala tuntutan Palestin pula, iaitu untuk penentuan nasib sendiri, kedaulatan, kesamaan, dan untuk kembali – hanyalah sekadar isu politikal dan kurang penting.)

 

 

Pelantikan Martin Indyk selaku envoy AS untuk rundingan ini merupakan petunjuk yang mengukuhkan lagi bahawa tiada seorang pun yang berniat untuk mengubah rangka kerja diplomasi yang gagal selama 22 tahun lepas yang diketuai oleh AS. Indyk, bekas duta AS ke Israel, juga merupakan bekas pengarah kajian untuk AIPAC, sebuah lobi pro-Israel yang sangat berkuasa, dan juga merupakan pengasas bersama Washington Institute for Near East Policy, sebuah institusi yang mempunyai kaitan dengan AIPAC, telah menjadi orang penting untuk diplomasi Israel-Palestin yang dikawal oleh AS untuk bertahun-tahun. (Dalam masa beberapa tahun lepas, telah menjadi kebiasaan untuk melihat Indyk, Dennis Rose, Aaron Miller dan lain-lain yang bertanggungjawab kepada 22 tahun kegagalan diplomasi AS di Timur Tengah. Mereka-mereka ini bergantung kepada status “veteran” sebagai suatu tauliah untuk menyambung kerjaya mereka.)

Rundingan ini, seperti yang sebelum-sebelumnya, akan mengabaikan undang-undang dunia, dan sebaliknya akan berdasarkan kepada penerimaan terhadap perbezaan kuasa yang wujud antara penjajah dan yang dijajah. Pengadil AS yang pro-Israel akan menentukan posisi Israel dan “kompromi-kompromi” yang diusulkan oleh Israel sebagai sesuatu yang “munasabah”. Israel akan terus membina dan meluaskan penempatan-penempatan di Jerusalem Timur dan Tebing Barat yang dijajah, berdasarkan daripada beribu-ribu permit yang sudahpun dikeluarkan, sementara akan menawarkan sedikit penangguhan dalam meluluskan permit-permit baru – dan inilah yang akan dipanggil sebagai kompromi besar yang dibuat oleh Israel. Lebih dari 600,000 orang Israel akan tetap duduk di penempatan besar bersaiz bandar yang ekslusif untuk Yahudi sahaja di seluruh Tebing Barat dan Jerusalem Timur, dan rundingan ini akan dibuat berdasarkan pemahaman bahawa dalam apa-apa perkiraan terakhir, Israel akan dibenarkan untuk menyimpan semua blok-blok penempatan yang utama, akuifer-akuifer(tempat pemprosesan air), dan lebih 80% para peneroka Israel akan tetap duduk di tempat yang sama mereka diami sekarang.

Kerry dengan bangganya mengumumkan bahawa rundingan pada kali ini lain dari yang lain – ianya berdasarkan Inisiatif Kedamaian Arab tahun 2002. Namun, beliau tidak menyebut mengenai “pembetulan” yang dikenakan oleh AS dan Israel kepada pelan tersebut, yang melucutkan nilai dan potensi sebenar pelan ini. Pelan ini pada asalnya menawarkan negara-negara Arab sebuah normalisasi(menjalinkan hubungan diplomatik) dengan Israel hanya setelah penarikan penuh ke sempadan 1967, dan solusi yang adil kepada masalah pelarian mengikut resolusi PBB 194 yang menjanjikan hak mereka untuk kembali ke tanah asal. Versi baru Kerry ini mengabaikan para pelarian ( sehingga kini) dan mengambil bahasa AS-Israel mengenai sempadan-1967-bersama-penukaran (yang selalunya disebut dalam satu perkataan). “Penukaran” tanah ini, sudah tentunya, bermaksud Israel dapat menyimpan kesemua Bandar penempatannya, hampir semua para peneroka haram Israel, dan kesemua sumber air Palestin, sementara orang-orang Palestin akan ditawarkan beberapa padang pasir yang tidak dibangunkan kecuali Gaza, atau mungkin sebuah tawaran untuk meletakkan Bandar yang bermajoriti Palestin dalam Israel, seperti Nazareth, di bawah bidang kuasa “negara” Palestin yang bakal dihasilkan. (Kemungkinan besar juga tiada kompromi yang akan dibincangkan mengenai Gaza – pengepungan Israel keatas Gaza akan dibiarkan begitu sahaja, dikuatkan pula oleh kerajaan pasca kudeta di Mesir yang menutup terowong-terowong dan mengetatkan penutupan pintu Rafah – dan para diplomat Palestinian Authority kemungkinan besar tidak akan memasukkan Gaza sebagai strategi utama rundingan mereka.)

 

Orang-orang Palestin pula, sudah tentu, akan dijangkakan untuk menerima kompromi-kompromi Israel yang “munasabah” seakan-akan kedua-dua pihak, si penjajah dan yang dijajah, mempunyai kewajipan yang sama dibawah undang-undang antarabangsa. ( oh ya, undang-undang antarabangsa tidak akan mempunyai peranan disini.) Harganya, jika orang-orang Palestin menolak tawaran-tawaran Israel yang sungguh munasabah ini, ialah penghinaan AS dan mungkin juga dunia kerana akan digambarkan sebagai menyekat sebuah usaha kearah perdamaian. Kini, beberapa buah negara yang membangun (Afrika Selatan, Brazil) sedang beralih kearah posisi yang lebih adil kepada Israel-Palestin. Sekatan yang baru dibuat oleh  Kesatuan Eropah kepada pembiayaan entiti-entiti penempatan haram Israel, yang diumumkan sebelum pengumuman Kerry bahawa adanya rundingan baru serta penerimaan Israel kepada rundingan ini, juga amatlah penting, sebuah renungan kepada impak besar yang terhasil walaupun Tel Aviv dikenakan sekatan yang baru sedikit. Gerakan masyarakat awam untk boikot, divesmen dan sekatan (Boycott,Divestment and Sanctions,BDS) terus meningkat,dan ianya masih tidak jelas bagaimanakah kerajaan-kerajaan yang kini berpaling dari posisi AS akan merespon kepada kegagalan rundingan yang dikawal AS ini, terutama sekali jika AS mendakwa bahawa kegagalan ini merupakan salah Palestin.

Pencabulan yang dibuat oleh Israel terhadap undang-undang antarabangsa, Konvensi Geneva, resolusi-resolusi PBB dan banyak lagi tetap wujud. AS tidak pernah berusaha untuk menamatkan pencabulan-pencabulan ini sebagai gol rundingan damai ini, - apatah lagi sebagai sebuah kondisi awal. Jika AS berbuat demikian, Israel terpaksa akan menamatkan penjajahannya keatas kawasan-kawasan 1967 sekaligus mengiktiraf hak kepulangan pelarian Palestin – menamatkan pencabulan sepatutnya tidak memerlukan rundingan. Inilah sebabnya, secara umumnya, rundingan ini akan gagal. Sehinggalah rundingan ini dibuat bukan berdasarkan sokongan AS kepada kuasa Israel tetapi kepada undang-undang antarabangsa, hak manusia, dan kesamaan kepada semua, “rundingan damai” ini,termasuklah yang terbaru, Edisi Einstein, akan tetap akan menempuh kegagalan.

 

Wednesday, 17 July 2013

Perpaduan Antarabangsa dengan Palestin

tulisan asal oleh Mariam Barghouti,pautan asal ke blog beliau boleh didapati di sini.
dialih bahasa oleh Awan Putih.
Solidariti Antarabangsa dengan Palestin : Pemerhatian Peribadi
Setelah penemuan baru-baru ini mengenai laman solidariti di Facebook bertajuk “International Community to Save Palestine” pada saat ini telah mencapai lebih 8,000 ‘suka’ (baca: likes), masalah berhubung solidariti antarabangsa dengan perjuangan rakyat Palestin perlu ditangani sekali lagi. Walaupun ramai yang menyukai laman ini mungkin mempunyai niat yang baik, istilah ‘menyelamat’ (baca: save) membawa banyak konotasi berbahaya dan tidak boleh diterima sama sekali. Semenjak dari permulaan lagi aktivisme antarabangsa, sentiasa terdapat garis halus antara perpaduan dan penganiayaan, khususnya apabila berkaitan dengan permasalahan rakyat Palestin.
Apabila masyarakat antarabangsa mula untuk belajar dan memahami lebih mengenai perbuatan yang dahsyat oleh penjajah Israel, ia mungkin mendorong beberapa untuk bergerak untuk mencerahkan lagi perkara jenayah ini yang bertentangan dengan kemanusiaan; sungguhpun begitu, ini tidak menjadikan mana-mana masyarakat antarabangsa sebagai jurucakap kepada rakyat Palestin, dan juga tidak bermakna mereka patut berterusan melayan rakyat Palestin sebagai inferiors. Sebagai seorang rakyat Palestin, ini mesti diperjelaskan: kami mempunyai suara kami sendiri dan kami tidak memerlukan orang untuk bercakap bagi pihak kami, kami tidak bisu dan kami menolak untuk didiamkan. Dengan itu, ia sangat penting untuk faham bahawa dengan mengambil posisi untuk bercakap bagi pihak rakyat Palestine, sesorang itu juga telah mengambil tindakan untuk mendiamkan rakyat Palestin. Jikalau anda mahu menunjukkan perpaduan, maka bertindaklah sebagai gema (baca: echo) dan bukannya satu suara untuk panggilan kebebasan dan keadilan.
Sebuah komrad Palestin pernah menyatakan sebelum ini, Palestine bukanlah kes kebajikan. Tindakan berterusan oleh komuniti antarabangsa dengan lagaknya sebagai seorang jurucakap bagi rakyat Palestin seakan-akan serupa dengan taktik penjajah untuk terus inferiorize rakyat Palestin. Seakan-akan sama dengan cubaan oleh Israel untuk menunjukkan kepada dunia yang mana lebih baik untuk rakyat Palestin, ia sangat penting bagi masyarakat antarabangsa untuk tidak mengikuti jejak langkah penjajah ini.
Memegang mikrofon
Jikalau anda menjadi salah seorang masyarakat antarabangsa yang dalam solidariti bersama Palestin, ia adalah sangat penting untuk memahami pemahaman pelbagai cubaan untuk bercakap bagi pihak rakyat Palestin, dan apa yang sepatutnya dilakukan di tempatnya, untuk menunjukkan keakraban yang sesuai. Jikalau anda sebagai seorang individu yang mahu memegang mikrofon, maka berbuatlah begitu di tanah air anda menentang normalisasi  kerajaan anda dalam bersepakat dengan keadaan apartheid, atau terhadap pembiayaan buta untuk Israel, sama ada oleh kerajaan anda atau syarikat-syarikat yang mendedahkan kewarganegaraan anda. Jikalau anda mahu memegang mikrofon, maka berbuatlah sebagai seorang individu yang bercakap menentang kolonialisasi, bercakap menentang apartheid dan bercakap menentang penglibatan semua yang berdiam diri. Sebaliknya janganlah berbuat demikian  dengan membuatkan rakyat Palestin seolah-olah mangsa yang tidak berupaya serta dalam keadaan terdesak yang memerlukan penggerakan oleh antarabangsa. Seumpama hanya satu cara untuk membebaskan Palestin adalah apabila masyarakat antarabangsa yang melakukannya. Peganglah mikrofon itu kerana anda menentang ketidakadilan, bukan sebagai wakil kepada rakyat Palestin. Dengan mempunyai pandangan kebapaan (baca: paternalistic) kepada seluruh penduduk dan dengan mengabaikan pergerakan rintangan dengan mempercayai jalan untuk pembebasan terletak di tempat lain, anda tidak menyatakan solidariti; anda menyatakan mentaliti penyelamat berkulit putih(white saviour mentality).
Bukti Kemanusiaan
Tambahan pula, sebagai seorang warga antarabangsa yang dalam solidariti dengan Palestin, ia bukanlah tanggungjawab anda untuk membuktikan dasar kemanusiaan rakyat Palestin. Keinginan untuk membuktikan dasar kemanusiaan rakyat Palestin sedang bermain terus ke dalam tangan-tangan pandangan dunia white-supremacist, serta menepati cita-cita barat yang mensyaitankan (baca:demonise) rakyat Palestin dalam kehidupan seharian. Jikalau anda dalam perpaduan, maka berbuatlah demikian dengan tidak melihat kami sebagai inferior, tambahan lagi, bahkan pelbagai cubaan dengan niat yang baik untuk membuktikan yang rakyat Palestin bukanlah “pengganas yang media menjadikan mereka, mereka juga berdarah seperti orang lain” adalah menjadikan rakyat Palestin seumpama inferior, dasar kemanusiaan kami tidak memerlukan pengesahan. Daripada ini yang menjadi produktif, ia lebih menafikan sifat-sifat manusia yang positif rakyat Palestin. Tidak ada keperluan untuk membuktikan dasr kemanusiaan kami kepada sesiapa. Kami rakyat Palestin, bukan haiwan.
Sokongan rintangan yang Terpilih
Rakyat Palestin mempunyai sejarah yang lama berkenaan menentang penjajahan yang menjangkaui lebih jauh daripada aspirasi penjajahan Israel pada 1948. Kami telah menggunakan semua kaedah anti-kolonial dalam perjuangan kami yang meluas, termasuklah tentangan bersenjata dan tidak bersenjata. Jikalau anda dalam solidariti dengan rakyat Palestin dan bersetuju dengan hak kami terhadap penentuan nasib sendiri(self-determination), maka anda dalam perpaduan dengan hak kami untuk menentang penjajahan dalam semua cara, termasuk penentangan bersenjata, tiada kompromi. Bukanlah sesorang yang telah dijajah memerlukan undang-undang untuk mengambil kembali maruahnya, bagaimanapun, resolusi PBB 3070  oleh perhimpunan agung juga menyatakan penduduk yang dijajah mempunyai hak untuk membebaskan diri sendiri menggunakan penentangan bersenjata. Sokongan terpilih untuk satu bentuk tentangan sahaja (biasanya tidak bersenjata) bukanlah solidariti yang tulen.


Kritikan dan Pengejaan
Sebagai seorang ahli masyarakat antarabangsa yang bersolidariti dengan Palestin serta permasalahan rakyat Palestin, satu lagi isu yang penting untuk difahami adalah had input anda ke arah expresi psikologi dan emosi oleh yang dijajah. Ia bukanlah posisi bagi mana-mana aktivis perpaduan untuk menilai  atau menentukan bagaimana rakyat Palestin perlu bertindak balas apabila berhadapan dengan penjajahan Israel dan apartheid. Tambahan lagi, dengan kehidupan yang melalui begitu banyak regim penjajah, ia merupakan hak rakyat Palestin untuk merasakan pelbagai jenis emosi dan jika ini termasuk kemarahan, ia tidak sepatutnya dipermainkan dan diperkecilkan. Dengan itu, masyarakat antarabangsa tidak patut mencuba untuk menasihat rakyat Palestin bahawa  marah-marah  itu tidak produktif atau apa-apa emosi yang mereka rasakan tidak sesuai untuk perjuangan mahupun mereka telahpun mengaitkan mesej yang salah untuk isu ini. Rakyat Palestin memang berkemampuan untuk membuat keputusan bagaimana untuk merasa dengan sendirinya. Akhir sekali, solidariti yang jelas menunjukkan sokongan untuk kaedah rakyat Palestin menamatkan penjajahan Israel bukannya dengan memberitahu mereka bagaimana untuk menamatkannya. Bukan semua, tapi ramai ahli antarabangsa yang datang dari satu tempat yang lebih privilej dan tidak harus jatuh ke dalam perangkap yang sepatutnya menjadi suara perjuangan; sekali lagi, ia amat penting untuk memahami bahawa posisi anda adalah untuk memerhati dan menjadi rakyat Palestin yang dipimpin dan bukannya cuba untuk memimpin rakyat Palestin.
Pengagihan kebudayaan
Satu lagi salah faham yang boleh diambildi luar sejarah ialah budaya. Kekliruan ini mungkin tanpa niat jahat, namun pelbagai tindakan pengagihan kebudayaan oleh masyarakat antarabangsa boleh diperbaiki apabila mereka sendiri secara meluasnya menjadi dilengkapi dengan pengetahuan dan hormat terhadap budaya rakyat Palestin. Contohnya, kuffiyeh (scarf berkotak-kotak) telahpun baru-baru ini diadaptasi oleh barat melalui penyataan fesyen. Kuffieyeh di Palestin memaparkan sejarah yang panjang terhadap rintangan dan kewujudan. Maka, mengabaikan sejarah dan kebudayaan yang penting bukan sahaja memberi gambaran yang salah malah satu penghinaan untuk identity kebudayaan Palestin. Satu aspek tambahan yang penting yang perlu diambil kira, ialah dengan tidak melihat rakyat Palestin sebagai orang eksotik dengan budaya yang eksotik. Reaksi orientalis seperti ini hanya mengesahkan ketuanan-putih. Tambahan lagi, kami bukanlah objek yang untuk dikagumi.
Rintangan objektifikasi dan romantisasi
Dengan pertambahan mendadak kewartawanan-gambar dan dokumentasi peribadi yang berterusan terhadap tindakan rakyat Palestin dan penentangan terhadap penjajah, ia sangatlah mudah untuk menyimpang ke jalan rintangan objektifikasi dan romantisasi (baca : objectifying and romanticizing resistance). Penentangan rakyat Palestin tidaklah berlaku supaya orang ramai boleh mengadakan projek-projek seni, dan para pejuang rakyat Palestin, bukanlah model untuk galeri seni yang seterusnya. Jika anda berada dalam perpaduan yang bukan menjejaskan, pandangan anda terhadap rakyat Palestin tidak boleh serupa dengan novel revolusi yang romantik. Me-romantikkan perjuangan ialah salah satu cara meng-objekkan rakyat Palestin. Salah satu contoh, adalah dengan fotografi dekat terhadap mata para wanita, yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tindakan yang mereka telah mengambil bahagian, ini bukan sahaja merendahkan perjuangan tersebut, malah para wanita di Palestin juga. Idealisasi telah menghilangkan daripada strategi teknikal dan perjuangan keras, yang sebenar terhadap pembebasan. Ia memperkecilkan permasalahan ini dan mengurangkan nilai kepentingan perjuangan terhadap penjajahan. Perjuangan rakyat Palestin terhadap pembebasan ini bukanlah satu puisi; ia adalah suatu reality yang tidak dapat dimaafkan dengan menuntut keadilan dan hak asasi manusia.
Mengetahui sejarah
Sebagai isi terakhir, seseorang itu perlu bersedia untuk menanam diri mereka dalam pengetahuan dengan mempelajari mengenai sejarah rakyat Palestin secara tepat dan pengembaraan pembelajaran itu mesti dilakukan oleh seseorang dan hanya dirinya sendiri, jikalau anda sebagai masyarakat antarabangsa akan bangun dalam perpaduan bersama dengan orang yang dijajah di Palestin yang diduduki. Ini secara khususnya penting bagi aktivis perpaduan yang ingin melawat, sebelum anda berada di atas tanah Palestin, ia adalah penting untuk tidak memberikan sokongan buta yang kosong dalam maknanya. Sebaliknya, seperti yang telah dijelaskan. Permbelajaran sebanyak mungkin perlu berlaku, melalui pembacan dan penggunaan media, sama ada yang menjadi arus perdana atau social dan sebagainya. Selain daripada ini, ia adalah penting untuk tidak pergi ke Palestin dengan mentality untuk melawat orang yang kurang bernasib baik kerana itu adalah apabila sesorang mula inferiorize kami. Dan semestinya tidak melawat dengan mentality menjadi penyelamat kami, atau sebagai hero, kerana set-minda seperti ini hanya menambah lagi kompleks penyelamat putih. Jadi, apabila anda tinggal di Palestin, ingatlah; perpaduan adalah satu tanggungjawab besar, dan sejarah tidak sepatutnya dilupakan.
*Pos ini ditujukan untuk menyampaikan pemerhatian personal terhadap salah faham maksud sebenar di sebalik perpaduan dan permasalahan rakyat Palestin. Semua masyarakat antarabangsa yang memberi perpaduan tulen mengenali diri mereka sendiri.
*Kredit pengubahsuaian kepada Lan Gley

Sunday, 16 June 2013

Meluaskan Diskusi Israel-Palestin di Malaysia

oleh Awan Putih

Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di perantauan diberi peluang untuk menyaksikan satu pendekatan yang berlainan dalam pembawaan isu Palestin-Israel. Jika di Malaysia, isu Palestin-Israel hanyalah terhad kepada masyarakat Melayu Muslim, lain pula di Negara-negara dunia pertama di mana isu ini diperjuangkan oleh semua orang tidak kira kaum, jantina, agama atau tahap kealiman(hehe).


Lawatan Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak ke Gaza pada tahun 2013.



Rata-rata NGO Palestin di Malaysia memperjuangkan isu Palestin dari kaca mata Islam dan memasukkan unsur-unsur Islam. Ini adalah sesuatu yang baik. Mereka tanpa jemu memperjuangkan isu Palestin, mengadakan roadshow, flashmob dan acara-acara yang amat menarik untuk memberi pendedahan kepada masyarakat di Malaysia. Namun begitu, penulis teringin melihat isu Palestin ini di perjuangkan juga  oleh mereka yang bukan melayu Islam di Malaysia. Tetapi, disebabkan pembawaan isu Palestin-Israel oleh majoriti masyarakat melayu Islam di Malaysia sendiri, kita mungkin lebih menjauhkan sokongan bangsa lain daripada cuba untuk membawa mereka kedalam diskusi Israel-Palestin. Kenapakah begini? Ada pelbagai faktor yang menyebabkan hal yang sebegini berlaku. Di sini, penulis menyenaraikan beberapa perkara(mengikut pandangan penulis) yang dapat dipastikan sebagai faktor-faktor yang mungkin telah merugikan wacana Palestin di Malaysia oleh masyarakat melayu Malaysia sendiri.


Retorik Anti-Yahudi yang membawa kepada tuduhan anti-semitik


Ini merupakan masalah utama yang menyelubungi perjuangan palestin bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Pihak pro Israel acap kali melemparkan tuduhan anti semitik kepada mereka yang memperjuangkan isu Palestin ini. Anti-semitik merupakan sebuah terma yang digunakan kepada apa-apa sahaja bentuk perkauman terhadap bangsa Yahudi.  Namun begitu, ianya disalah gunakan pula oleh puak-puak pro Israel apabila mengenakan tuduhan ini kepada sesiapa sahaja yang bukanlah anti-Yahudi tetapi menentang polisi-polisi terkutuk kerajaan Israel. Perlu diingatkan bahawa perjuangan membebaskan Palestin bukanlah dengan tujuan untuk berperang dengan Yahudi, namun dengan rejim Zionis Israel. Perjuangan Palestin di luar Negara amat berterus terang untuk menggariskan perbezaan antara anti-semitik dan anti-Israel, dengan logik yang mengatakan bahawa hanya kerana kita mengkritik polisi sesebuah negara itu, tidaklah bermaksud si pengkritik bersifat perkauman terhadap bangsa negara itu. Sebagai contoh, mereka yang mengkritik polisi kerajaan China bukanlah kerana mereka membenci bangsa Cina, tetapi hanya menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan tindakan-tindakan zalim oleh kerajaan China terhadap rakyat nya sendiri. Namun begitu, tindakan naïf beberapa masyarakat muslim yang menggunakan slogan-slogan anti-yahudi dalam acara-acara solidariti untuk Palestin menganggu perjuangan Palestin antarabangsa ini.

Perlu diketahui bahawa kita menentang tindakan kerajaan Zionis Israel, bukanlah bangsa Yahudi.  Terdapat orang-orang Yahudi yang turut bersama menentang kekejaman rejim Zionis Israel. Dan jumlah Yahudi pro-Palestin ini semakin berkembang dan membuat Israel dan Zionis semakin gelisah. Kadang-kadang, mereka(aktivis Yahudi) yang lebih vokal dalam mengutuk rejim Zionis. Maka untuk kita berlaku rasis terhadap Yahudi dan memasukkan unsur-unsur itu kedalam perjuangan Palestin di Malaysia amatlah tidak adil sekali. Pertubuhan-pertubuhan di Malaysia perlulah membantu dalam mengikis sifat perkauman dan membetulkan salah faham ini di kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Sejarah Islam yang lampau juga mengajar kita bahawa dalam zaman khilafah Islam, masyarakat Yahudi diiktiraf dan beberapa orang Yahudi turut memegang jawatan penting dalam kerajaan Islam.

Namun demikian, terdetik juga di fikiran penulis, mungkin bukan salah orang Malaysia sendiri jika bertindak begitu kerana sudah terlalu lama dibentuk dengan retorik-retorik anti yahudi. Susah juga untuk mempercayai kewujudan orang Yahudi yang baik dan pro-Palestin apabila kita melihat tentera Israel yang membunuh saudara kita di Palestin adalah kesemuanya bangsa Yahudi. Namun, kita tidak membenci keseluruhan rakyat Amerika kerana kita dapat membezakan polisi kerajaan mereka, dan bukan rakyat Amerika biasa yang telah menyerang saudara-saudara kita di banyak tempat dunia ketiga. Untuk mengambil contoh yang lebih dekat lagi dengan Malaysia, kita menerima orang Thailand serta meminjam budaya dan makanan mereka, tetapi pada masa yang sama tetap mengutuk keras tindakan kerajaan Thailand yang menindas penduduk Islam di Selatan Thailand.


FAKTA untuk berhujah, bukan meminta belas kasihan semata-mata


Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kita mempunyai banyak NGO-NGO Palestin di Malaysia. Badan-badanbukan kerajaan ini telah menjalankan aktiviti yang sungguh mantap dalam menjayakan program-program Palestin mereka. Pujian patut diberikan kepada betapa mereka berjaya meraih derma yang mencecah ratusan ribu untuk diberi kepada projek-projek yang menguntungkan di Palestin. Mereka juga amat kreatif dalam menjana wang dengan mengadakan acara-acara seperti walkathon, larian amal, konsert amal, dan film screening.

Penulis mempunyai beberapa cadangan untuk NGO sebegini. Penulis merasakan pentingnya untuk fokus kepada pendidikan dan bukan sekadar meminta simpati dan membuat orang menangis meratapi nasib umat Islam di Palestin.  

Masyarakat Muslim di Malaysia sudah peka dan sedar akan kepentingan menentang dan mengutuk perbuatan Israel terhadap Palestin, namun mereka tidak dibekalkan dengan informasi dan pendidikan yang secukupnya untuk berhujah kenapa mereka memilih untuk berpihak kepada Palestin. Kita di Malaysia sudah hafal mungkin sebab kenapa kita sebagai orang Islam perlu menyokong dan berdoa untuk Palestin, namun begitu, kita tidak punyai info untuk menyokong  hujah kita sebagai seorang yang bukan hanya menyokong Palestin kerana sama agama semata-mata, dan mengemukakan alasan yang tidak semestinya terletak dalam kerangka Islamik ,i.e, memandang Palestin dari pandangan kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.

Untuk mempengaruhi masyarakat antarabangsa lain yang bukan Islam, kita perlu hujah-hujah yang tidak berpaksikan Islam. Sebagai contoh, hujah-hujah seperti Israel perlu ditentang kerana telah acap kali mencabul hak-hak rakyat Palestin seperti yang telah digariskan dalam beratus-ratus Undang-undang dan Resolusi PBB. Israel perlu menghentikan pembinaan rumah-rumah di tanah Palestin kerana ianya haram disisi undang-undang dunia. Jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Israel bukan hanya khusus kepada menumpahkan darah rakyat Palestin, tetapi juga termasuklah menyekat kemasukan barang-barang asas kehidupan ke Gaza, serta menyekat pergerakan penduduk Tebing Barat dengan pembinaan Tembok Pemisah yang sudahpun diisytiharkan sebagai haram dan menyalahi undang-undang oleh Mahkamah Keadilan Dunia.  Fakta di mana Israel mencabuli hak-hak nelayan Gaza untuk menangkap ikan di perairan mereka sendiri, hak-hak kanak-kanak di Tebing Barat dan Gaza untuk mendapat pendidikan dan bermacam-macam lagi hujah yang menyokong Palestin.

Fakta dan hujah sebeginilah yang perlu untuk kita didik kepada masyarakat Malaysia supaya apabila mereka hendak berhujah dengan masyarakat Malaysia yang bukan beragama Islam(ataupun yang beragama Islam tetapi tidak menyokong Palestin), mereka tidak menggunakan hujah-hujah Al Quran dan Hadis yang sudah tentu tidak diyakini oleh mereka yang bukan Islam.

Jika kita melihat laman-laman web atau pergi ke program NGO palestin di luar Negara, pembaca dan pengunjung akan dihidangkan dengan fakta-fakta konkrit seperti yang telah dijelaskan di atas. NGO-NGO di Malaysia perlulah memberi pendidikan sebegini kepada masyarakat Melayu, memandangkan mereka sudah pun mendapat sokongan penuh dari rakyat Malaysia. Namun demikian, penulis juga sedar bahawa ada beberapa NGO yang memang telahpun memulakan program pendidikan seperti yang disebutkan diatas.


Progresif, bukan Reaktif 


Ianya bukanlah terletak keatas bahu NGO sahaja untuk mendidik masyarakat. Masyarakat Melayu Islam Negara ini perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan diri dengan info-info sebegini. Ianya sungguh senang, ada beratus-ratus laman web di alam maya yang menyediakan info-info sebegini.

              Satu perkara yang amat dikesali penulis ialah apabila adanya program-program berunsur ilmiah dan fakta mengenai isu Palestin Israel, rata-rata dari kita memekakkan telinga dan tidak menghiraukannya. Kebanyakan remaja kita hanya mahu melihat gambar-gambar yang menyedihkan. Kita hanya mahu menangis, tidak lebih dari itu. Penulis sendiri beberapa kali menyertai acara-acara seperti Malam Mengenangi Palestin. Acara sebegini selalunya dimulakan dengan video-video sedih dengan muzik yang menyedihkan untuk menimbul rasa belas dan kesal dengan keadaan umat di Palestin. Kemudian, masuklah pula ke slot dimana penceramah yang telah sendiri pergi ke Gaza menceritakan pengalamannya sendiri. Namun begitu, apabila penceramah mula memberi fakta-fakta yang panjang lebar dan tidak lagi menceritakan pengalamannya beramah mesra dengan penduduk Gaza, audiens mula hilang fokus dan bercakap sesama sendiri. Penulis kira, ada tiga acara yang dihadiri penulis dimana masuk sahaja slot penceramah dengan bersemangat ingin mendidik pelajar, namun pelajar ada yang sudah berdengkur atau bercakap sesama sendiri. Mereka hanya ingin menangis dan melihat video. Ini adalah pelajar yang berusia sekitar 18 ke 23 tahun, bukannya pelajar sekolah rendah.

            Hasilnya, setelah berpuluh-puluh tahun usaha NGO-NGO sebegini untuk mendidik masyarakat, masyarakat Islam di Malaysia masih gagal untuk menumpukan fokus atau usaha ke arah sesuatu yang progresif, bukannya reaktif. Progresif di sini ialah dengan mengambil langkah-langkah yang konkrit yang akan membawa kepada pembelaan rakyat Palestin, bukan hanya dengan lancaran tabung derma atau demo-demo tiap kali Israel mengebom Palestin. Aktivis-aktivis di negara-negara Barat sudahpun memulakan langkah-langkah yang positif kearah pembelaan nasib rakyat Palestin seperti mendesak kerajaan mereka supaya menarik balik pelaburan ke syarikat-syarikat yang terlibat dengan penindasan terhadap Palestin, seperti aksi aktivis BDS terhadap Veolia, pelajar-pelajar universiti yang memutuskan untuk tidak membenarkan jualan barangan Israel di kampus mereka.


Berita mengenai Majlis Pelajar-Pelajar di Universiti Sidney yang meluluskan motion BDS. Pautan asal.

      Apa yang hendak penulis keluhkan disini ialah, kelemahan masyarakat Malaysia dalam memobilisasikan aktiviti-aktiviti yang benar-benar akan melemahkan Israel. Israel tidak akan hairan kalau rakyat Malaysia berdoa bersolat hajat beramai-ramai empat tahun sekali(iaitu apabila jet-jet Israel mengebom Gaza), Israel tidak juga sakit jika rakyat Malaysia turun ramai-ramai berdemo, ini kerana Malaysia memang pun sudah secara terang-terangan menyatakan posisi mereka mengenai isu Palestin-Israel.

       Namun, ianya akan menggigit ekonomi Israel jika kita menguatkuasakan embargo terhadap Israel ; jangan mengeksport barangan Malaysia kepada Israel contohnya. Ataupun mengkoordinasikan sebuah kempen boikot yang realistik dan boleh memberi impak maksimum kepada ekonomi Israel. Masyarakat sivil Palestin telahpun mengeluarkan seruan BDS (ketahui apa itu seruan BDS disini), dan kebanyakan aktivis-aktivis barat telahpun menyahut seruan ini sehingga menemui kejayaan di beberapa tempat, bila pula giliran masyarakat Malaysia?


Kempen terhadap syarikat Veolia


Mengambil cakna mengenai penindasan yang menimpa masyarakat lain 



           Sebagai umat Islam, kita perlulah mengambil berat mengenai semua manusia, tanpa mengira warna kulit, agama dan kerakyatan. Sebagaimana kita merasa sedih dengan penindasan terhadap saudara kita di Palestin, begitu juga kita perlu merasa belas dengan penindasan yang dilakukan terhadap orang-orang Tibet, atau keganasan terhadap masyarakat Tamil di Sri Lanka oleh kerajaan mereka sendiri. Sebagaimana kita terharu dan gembira apabila mereka yang bukan islam turut sama melaungkan slogan-slogan untuk pembebasan Palestin, sudah tentu masyarakat-masyarakat Tamil atau mereke yang menyokong Tibet akan terharu dan menghargai sokongan yang kita berikan tehadap kaum-kaum ini. 

          Untuk meluaskan diskusi Israel-Palestin di Malaysia, mungkin kita sendiri dahulu yang perlu meluaskan diskusi kemanusiaan yang kita halakan. Penulis amat mengagumi gereja-gereja Kristian yang amat progresif dalam memperjuangkan hak-hak rakyat tertindas walaupun masyarakat tertindas itu bukanlah dari golongan penganut agama mereka. Tahukan anda, semakin ramai gereja-geraja di negara-negara Barat sudahpun mengambil keputusan untuk tidak lagi memberi sokongan kepada Israel, dan memboikot barangan-barangan dari penempatan haram Israel? Komuniti Islam di Malaysia,malahan di dunia perlulah juga aktif dalam menyatakan sokongan kepada masyarakat tertindas yang lain.




Kesimpulannya, sudah 65 tahun Palestin dijajah, mungkin sudah tiba masanya untuk kita meluaskan diskusi Israel Palestin dan membuatkannya sebuah diskusi yang inklusif; dengan penglibatan semua bahagian masyarakat di Malaysia, Muslim Islamik/Sekular, dan juga non muslim yang lain. Malaysia sudahpun mempunyai sokongan yang kuat terhadap rakyat Palestin, dan ini amat membantu NGO-NGO Palestin untuk membuat pelbagai projek yang menguntungkan rakyat-rakyat Palestin. Namun begitu, sudah tiba juga masanya NGO-NGO Palestin di Malaysia untuk merancang strategi BDS yang dapat menggunakan sepenuhnya sokongan kuat rakyat Malaysia, di samping memperkasakan ilmu mengenai konflik Israel-Palestin.

      



Wednesday, 15 May 2013

Memperkenalkan Gerakan BDS

Diterjemah oleh Awan Putih. Artikel asal boleh didapati disini.

Gerakan antarabangsa untuk kempen Boycott,Divestment and Sanctions(BDS)* terhadap Israel sehinggalah ia patuh dengan undang-undang antarabangsa dan hak Palestin telah dimulakan oleh masyarakat sivil Palestin pada tahun 2005, dan di koordinasikan oleh Komiti Nasional BDS Palestin (BNC) yang ditubuhkan pada tahun 2007.
BDS merupakan sebuah strategy yang memberi peluang untuk orang-orang yang mempunyai concience untuk memainkan peranan yang efektif dalam usaha masyarakat Palestin untuk mendapatkan keadilan.

*Boikot,Pembatalan pelaburan dan Sekatan



Berdekad lamanya, Israel telah menidakkan masyarakat Palestin hak asasi mereka kepada kemerdekaan, kesamarataan, dan penentuan nasib sendiri melalui pembersihan etnik, penjajahan, diskriminasi kaum, dan pendudukan kententeraan. Walaupun polisi-polisi Israel menerima pelbagai tentangan oleh PBB, lain-lain badan antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia yang penting, masyarakat dunia telah gagal untuk membuat Israel mengakui kesalahan mereka serta gagal untuk membuat Israel patuh kepada prinsip-prinsip undang-undang yang asas. Jenayah-jenayah yang dilakukan Israel telah berterusan tanpa apa-apa tindakan.


Melihat kepada kegagalan yang berterusan ini, masyarakat sivil Palestin telah memanggil rakyat antarabangsa(global citizen) untuk memberi respons. Pada 9 Julai, 2005, setahun selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa mencipta satu sejarah dengan memberi pandangan mengenai keharaman tembok-tembok Israel dalam Kawasan Pendudukan Ketenteraan Palestin (Occupied Palestine Territories/OPT), majoriti  masyarakat sivil Palestin memanggil rakan-rakan dan masyarakat prihatin di seluruh dunia untuk melancarkan boikot yang meluas, memulakan inisiatif untuk divesment (pembatalan pelaburan), dan untuk mengenakan sekatan terhadap Israel, sehingga kesemua hak-hak masyarakat Palestin diiktiraf dengan keakuran penuh dengan undang-undang antarabangsa.


Kempen untuk Boikot, Divesmen dan Sekatan (BDS) dihasilkan untuk sebuah pendekatan yang berasaskan kepada hak-hak orang Palestin dan menyerlahkan tiga seksyen masyarakat Palestin yang luas: para pelarian, mereka yang dibawah pendudukan ketenteraan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dan rakyat Arab-Palestin di Israel. Seruan ini menggesa pelbagai bentuk boikot dilakukan terhadap Israel sehinggalah ia memenuhi kewajipannya dibawah undang- undang antarabangsa dengan :


  1. Memberhentikan pendudukan ketenteraan dan penjajahan keatas semua tanah-tanah orang Arab yang diduduki pada Jun 1967 dan merobohkan Tembok Pemisah;
  2. Mengiktiraf hak asasi rakyat Arab-Palestin di Israel kepada kesamarataan yang penuh; dan
  3. Menghormati, melindungi dan mempromosi hak-hak pelarian Palestin untuk kembali ke rumah-rumah dan tanah-tanah mereka seperti yang digariskan oleh Resolusi PBB 194.

Permintaan BDS ini turut disokong oleh lebih dari 170 pati-parti politik, organisasi, gerakan-gerakan buruh, dan lain-lain gerakan Palestin. Para penanda tangan mewakili para pelarian, masyarakat Palestin dalam OPT, dan rakyat Palestin dalam Israel.


Boikot mensasarkan produk-produk dan syarikat-syarikat (Israel dan antarabangsa) yang mengaut keuntungan dari pencabulan hak-hak masyarakat Palestin, serta institusi sukan, budaya dan akademik Israel. Sesiapa sahaja boleh memboikot barangan Israel, dengan cara mudah iaitu memastikan bahawa mereka tidak membeli barangan yang dibuat di Israel ataupun oleh syarikat-syarikat Israel. Para pengempen dan pertubuhan meminta para konsumer supaya tidak membeli barangan Israel dan kepada perniagaan untuk tidak membeli dari atau menjual kepada mereka.

Institusi budaya dan akademik Israel secara langsung menyumbangkan kepada penyelenggaraan, pembelaan atau propaganda dalam penindasan terhadap masyarakat Palestin, kerana Israel dengan sengaja cuba untuk memulihkan imejnya di arena antarabangsa melalui kolaborasi akademik dan kebudayaan. Sebagai satu bahagian boikot ini juga, ahli-ahli akademik, para artis dan konsumer berkempen menentang kolaborasi sebegitu rupa dan juga usaha 'penjenamaan semula' oleh Israel. Bilangan artis yang menolak untuk pergi ke Israel semakin bertambah. sehingga kini.


Divesmen(Pembatalan Pelaburan) bermaksud mensasarkan badan-badan yang terlibat dalam pencabulan hak-hak masyarakat Palestin dan memastikan badan-badan seperti portfolio pelaburan universiti dan tabung simpanan pekerja tidak digunakan untuk membiayai syarikat-syarikat sebegini. Usaha-usaha ini membantu untuk menyebarkan kepekaan mengenai realiti polisi Israel dan menggalakkan syarikat-syarikat untuk menggunakan pengaruh ekonomi mereka untuk memberi tekanan kepada Israel untuk berhenti menidakkan hak-hak rakyat Palestin.
 
Sekatan ialah suatu perkara penting untuk memperlihatkan ketidaksetujuan terhadap tindakan sesebuah negara. Keahlian Israel dalam pelbagai forum diplomatik dan ekonomi seolah-olah memberi sebuah penghormatan dan sokongan material kepada jenayah-jenayah yang dilakukannya. Dengan memanggil sekatan terhadap Israel, para pengempen dapat mendidik masyarakat mengenai pencabulan undang-undang antarabangsa dan mencari penamat bagi penglibatan negara-negara lain terhadap pencabulan ini.


Komiti Nasional BDS

Usaha-usaha untuk mengkoordinasi kempen BDS, yang semakin mengembang sejurus selepas permintaan ini dibuat secara umum pada tahun 2005, telah berjaya menghasilkan sebuah Konferens BDS Palestin yang pertama, diadakan di Ramallah pada November 2007. Dari konferens ini, muncullah Komiti Nasional BDS (BNC) sebagai satu badan Palestin yang mengkoordinasikan kempen BDS seluruh dunia. Lihat laman BNC ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Tuesday, 14 May 2013

Sepuluh Fakta Mengenai Nakba

Dialah bahasa oleh Durratun Naasihin

Artikel asal dalam bahasa Inggeris diterbitkan pada May 1, 2008 oleh IMEU, International Middle East Understanding.(klik sini untuk pautan ke artikel asal)
nahr-el-bared-nakba-refugees.jpg
Beberapa pelarian Palestin dilihat berjalan melewati khemah pelarian Nahr el-Bared di Lebanon pada tahun 1951 (UNRWA)

"Kami sangkakan peperangan ini hanya memakan masa beberapa minggu ,hanya selepas tempoh itu peperangan akan beransur reda. Tapi sememangnya, kami tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah.' Nina Saah, Washington DC
"Ladang-ladang limau, anggur dan lemon milik keluarga saya, yang dipusakai selama beratus-ratus tahun, kini hilang." Darwish Addassi, Walnut Creek, California
"Kami yang terpaksa lari berpindah pada tahun 1948 dirundung satu nostalgia yang amat menyakitkan. Tapak rumah kami di Barat Baitul Maqdis kini telah menjadi tapak sebuah sekolah kanak-kanak Israel," Inea Bushnaq, New York, New York.
"Bayangkan perasaan warga New Orleans yang bangun suatu pagi dan menyaksikan kebinasaan yang amat dahsyat dan terpaksa lari menyelamatkan diri. Nakba itu seumpama Taufan Katrina kepada kami.' Abe Fawal, Birmingham, Alabama.

Enam puluh tahun yang lampau, lebih daripada 700,000 (TUJUH RATUS RIBU) warga Palestin telah kehilangan segala rumah dan harta benda mereka, juga ladang dan perniagaan mereka. Tentera Yahudi mahu membina sebuah negara yang mempunyai majoriti bangsa Yahudi di atas tanah Palestin, oleh kerana itu, tentera Israel menundung mereka keluar dari tanah air mereka sendiri! Selepas itu, pihak Israel dengan selekas mungkin memindah masuk orang-orang Yahudi ke rumah-rumah warga Palestin yang baru sahaja dikosongkan. Nakba bermaksud "malapetaka" dalam bahasa Arab, dan orang Palestin merujuk kepada kemusnahan masyarakat mereka dan perampasan tanah tumpah darah mereka sebagai an-Nakba, "Hari Malapetaka"

Sepuluh Fakta mengenai Hari Nakba


1. Nakba merupakan punca asal kepada masalah Israel/Palestin.

Peristiwa ini terjadi pada tanggal 15 Mei, sehari selepas Israel mengumumkan kemerdekaannya pada 1948.

2. Kejadian traumatik ini menyebabkan krisis pelarian Palestin.

Pada penghujung 1948, dua pertiga populasi masyarakat Palestin hidup dalam buangan. Dianggarkan bahawa lebih daripada 50% telah dihalau secara paksa menggunakan kekerasan tentera. Ada juga yang lari apabila menerima penyebaran berita mengenai pembunuhan besar-besaran yang dilakukann oleh tentera Yahudi di perkampungan bangsa Palestin seperti di Deir Yassin dan Tantura.

3. Pemimpin-pemimpin Yahudi memandang "perpindahan" sebagai satu langkah penting dalam penubuhan negara Israel.

Para pemimpin Yahudi bercakap secara terbuka terhadap peri pentingnya penggunaan unsur ketenteraan untuk menghalau secepat mungkin orang-orang Palestin sebelum negara-negara Arab yang lain 'tersedar' dan datang menuntut pembelaan bagi pihak mereka. Plan Dalet oleh Ketenteraan Haganah merupakan sebuah rangka tindakan untuk pembersihan etnik ini. Perdana Menteri Israel yang pertama, David Ben Gurion, berkata " Kita perlu menggunakan kekerasan, pembunuhan terancang, ugutan, rampasan tanah dan menyekat semua perkhidmatan awam demi untuk membersihkan populasi masyarakat arab di Galilee."Lihat dalam pautan ini untuk membaca lebih lanjut mengenai apa para pemimpin Israel yang lain katakan mengenai perpindahan bangsa Palestin.

4. Ratusan kampung dan pekan masyarakat Palestin  dihapuskan.

Rejim Yahudi telah menghapuskan lebih daripada 450 pekan-pekan dan perkampungan warga Palestin, kebanyakannya telah dirobohkan.

5. Harta benda rakyat Palestin dirampas begitu sahaja.

Kerajaan Israel yang baru ditubuhkan, merampas segala tanah dan harta benda pelarian tanpa memberi penghormatan dan penghargaan kepada hak serta hasrat orang Palestin yang mahu pulang ke rumah-rumah mereka.

Seorang sejarawan Israel mendakwa bahawa; "Seluruh bandar-bandar dan ratusan perkampungan yang ditinggalkan kosong telah diisi semula dengan pendatang yang baru(bangsa Yahudi)... Bangsa yang merdeka -- iaitu orang-orang Arab -- terpaksa hidup dalam buangan dan menjadi pelarian yang serba daif; pelarian yang serba daif  -- orang-orang Yahudi -- mengambil alih tempat orang-orang Palestin dalam langkah pertama kehidupan mereka sebagai orang-orang yang merdeka. Sekumpulan[orang Palestin] kehilangan kesemua yang mereka miliki sementara sekumpulan lagi [orang Yahudi] menjumpai segala apa yang mereka perlukan - meja, kerusi, almari, periuk, kuali, pinggan, kadang-kadang baju, album keluarga, buku-buku, radio, binatang ternakan....

6. Sesetengah orang Palestin masih lagi menetap di tanah yang sekarang dipanggil sebagai Israel.

Sementara ramai orang Palestin dihalau keluar, ada juga yang dibenarkan menetap di dalam negara yang dijadikan Israel. Walaupun telah sah menjadi warganegara kepada negara baru ini, mereka semua masih tertakluk bawah pemerintahan tentera Israel sehinggalah tahun 1966. Hari ini, rakyat Palestin di Israel merangkumi hampir 20 peratus daripada kesuluruhan populasi Israel. Mereka mempunyai hak untuk mengundi dan bertanding, namun lebih dari 20 undang-undang Israel yang secara terang-terangan memperuntukkan keutamaan yang lebih ke atas bangsa Yahudi berbanding mereka yang bukan berbangsa Yahudi. Lebih kurang satu perempat warga Palestin di Israel merupakan "pelarian", ini kerana mereka tidak mampu kembali ke rumah dan tanah yang pernah dirampas dari mereka sendiri.

7. Masih terdapat berjuta-juta pelarian Palestin di serata dunia.

Pada hari ini, terdapat 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dianggarkan lebih kurang sejuta yang langsung tidak berdaftar. Maka, majoriti bangsa Palestin, sekitar 10 juta orang, merupakan pelarian.

8. Para pelarian mempunyai hak yang diiktiraf secara antarabangsa.

Kesemua pelarian mempunyai hak yang telah pun mendapat pengiktirafan antarabangsa, untuk kembali ke kawasan yang mereka dahulu terpaksa tinggalkan atau diusir keluar,juga telah diiktiraf hak untuk memerima pemampasan akibat segala kemusnahan, dan juga untuk mendapatkan semula harta benda atau menerima pemampasan serta diberi sokongan untuk penempatan semula secara sukarela. Hak ini telah secara jelas diakui dalam beberapa perjanjian damai di Cambodia, Rwanda, Croatia,Bosnia-Herzegovina,Guatemala,Ireland Utara,Kosovo,Sierra Leone, Burundi, dan Darfur. Hak ini turut ditegaskan lagi untuk rakyat Palestin oleh Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 194 pada tahun 1948. Namun begitu, Israel tidak membenarkan pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka sendiri, walaupun seseorang Yahudi dari ceruk negara mana pun di dunia ini diberi hak yang serupa untuk menetap di Israel.

9. Menyelesaikan isu berkaitan hak-hak pelarian dengan adil amat penting untuk keamanan Timur Tengah

Majoriti orang Palestin percaya bahawa hak-hak pelarian mesti dikembalikan demi memperkukuhkan keamanan antara Palestin dan Israel. Dan menurut sebuah bancian yang dibuat pada Ogos 2007 oleh Jerusalem Media and Communications Center, hampir 70 peratus orang Palestin percaya bahawa para pelarian mesti dibenarkan untuk kembali kepada "tanah asal mereka".

10. Nakba juga mempunyai implikasi kepada warganegara Amerika.

Israel yang secara berterusan menafikan hak orang-orang Palestin - dan kesanggupan Amerika untuk terus memberikan bantuan secara kewangan mahupun diplomatik kepada Israel tanpa berbelah bagi - menjana sentimen anti-Amerika di luar negara. Bancian yang dibuat oleh Zogby pada tahun 2002, dibuat di lapan negara Arab menunjukkan bahawa 'persepsi negatif terhadap Amerika Syarikat adalah berdasarkan polisi-polisi Amerika, bukannya disebabkan kebencian terhadap Barat." Bancian yang sama menunjukkan bahawa "isu Palestin disenaraikan oleh kebanyakan orang Arab sebagai satu isu politik yang paling mempengaruhi mereka secara peribadi." Resolusi yang dibuat oleh pelarian Palestin sudah tentu akan memulihkan imej antarabangsa Amerika, dengan membuktikan bahawa kerajaan Amerika Syarikat mendokong penerapan undang undang antarabangsa secara konsisten.




Popular Posts